pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Nak kena selesaikan tag-tag ni semua. yippi ^_^

Salam semua. Atau lebih tepat lagi baik Tim ucap Selamat Malam sebab sekarang ni tengah malam..Alahai malam je sempat online..mengupdate apa yang patut..sebab siang hari sibuk duk kemas rumah dan mop lantai (perlu ke??) sibuk duk rumah ni sebenarnya maklumlah tengah cuti sem..maka menjadi rutin harian la sebagai seorang anak dara untuk kembali menjadi rajin. Oh makkk. hehe. bukan nak bangga tapi memang oke. Ok lah. kali ni Tim nak balas tag kawan-kawan blogger yang dah susah-susah tag kat Tim..thanks a lot kawan-kawan. Sebenarnya Tim suka orang tag kat Tim sebab Tim rasa dia sentiasa ingat kat Tim. Jadi korang boleh la bersenang-lenang tag Tim pas ni. ( Habis la aku pas ni kene jawab bertambung tag-tag ..!! ) Neway guys.. tim nak kongsi la kat korang semua.. Tim ada dapat award.. bukan satu ye tapi DUA award ! Nak tengok? Meh kasi dekat sikit itu kepala ke skrin lappy anda.. hehehe..


Taraaaaaaaaaa ! Ini dia yeah. comel la ini award.
mekasih ye Untebetine
Tim pun tak tahu kenapa dia buh nama dia camtu. Tapi unik kan?
:)


Dan dia ada satu soalan istimewa yang pastinya sangat LAZAT untuk dijawab :
Apakah makanan Fav anda...??

JAWAPAN :

Grrr. korang mesti tahu kan apa ni? tolong la tahu.
Pizza Hut wehh.

Tim suka gila makan kat Pizza Hut. tatau napa.
kalau ade time free Tim dengan family, mesti ayah Tim ajak makan kat sini.
Rindunya nak makan lagi.
Last Tim makan tengah bulan baru ni kot. Of cos dengan family. Sebab tak suka keluar duit sendiri untuk makan benda mahal-mahal. Suka korek duit ayah. hehehe. Jahat tak Tim??

Next Question:
Siapakah manusia yang anda sayang...

JAWAPAN :

Aisehhh. mestilah mak. pastu ayah. pastu atuk then opah. pastu sepupu2. pastu sedare mare. pastu kawan-kawan pastu blogger2 pastu ermm.
ehem2.
pastu my hubby la. aduihh.* tercakap.

Last task:
Berikan award ini kepada 4 kesayangan anda..

kesayangan? urgghhh . susahnya sebab semua nye sayang.
tag random je okee. takpe kan? kan? kan??


oke dah.siap kan?
tq buat Untebetine sekali lagi...
:)


Eh. ada satu lagi award dari LING WAI KOT. Nak tahu dia ni siapa?
Oh dia ni lah yang femes kat blog Tim hari tu.
Cakap pasal pengorbanan tengok porno.
tak caye? tengok sini
HAHAHAHA.
tengok tengok. Ling Wai dah pandai bagi award meh skang.

ni haa.

hehe. Tim jiwang ke sebab tu Ling Wai bagi award ni?? Alahai..hehehe.
Tq Ling Wai...



NEXT TAG adalah daripada Siti Shafiah. bertajuk " BILA SI DIA BERTANYA"

What u See Is What u Get .

1) Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?

♥ > isi yang hebat, padat dan berguna untuk semua pembacanya. kadang-kadang isi yang kelakar pun bagus juga. boleh release kan otak kita. tak suka yang serabut2 nih. lagi-lagi kalau ade lagu.


2) Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?

♥ > promote? huhuu..tak rasa nak promote pun sebab buat blog ni atas kepuasan sendiri..takde niat pun nak bertanding atau nak jadi famous. cuma selalu-selalu lah blogwalking supaya orang kat dunia blog kenal kita walaupun kita takdelah femes sangat..sedikit sebanyak takde lah jadi kera sumbang. kan kan?
dengan cara jerit-jerit kan Shout Box pun boleh membantu.. Tim dah try. berkesan !!


3) Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?

♥ > Blog yang kusam dan hitam. Seriously taku gile masuk blog camni. Serammmm ! Entah kenapa. Suka masuk blog yang warna nya menarik. Corak yang tak terlalu berat dan sedap mata memandang. tak perlu banyak widget sangat. Dan tak perlu ada lagu kat blog. Jenuh tim nak cari punat pause. Itu pun kalau ade, kalau takde?? Lagi satu serabut lahh ade lagu kat blog. Serius !



4) Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?

♥ > Header of course..warna dan background. isi dia yang padat dan menarik, susunan ayat dan isi yang comel dan gojess, hiasan yang comel dan follower yang ramai !!


5) Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?

♥ > Jangan cepat putus asa..Teruskan perjuagan dalam dunia blog ni..Sememangnya kalau kita pergi ke mana-mana pun akan tempuh banyak dugaan kan? Lumrah hidup la tuu. Jadikan ia semangat dan titik tolak untuk terus melangkah ke hadapan dan bukan menoleh ke belakang. Good luck dan jangan sesekali putus asa :)

6) Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..

♥ > Blog yang comel, berwibawa, ramai follower, isi yang best dan tak memenatkan otak, takde lagu, yang salu update dan simple.

__oh oke. siap sudahhh !! __

4 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

. akit kot . said...

wow !
thank u ^^

TimmY Cik KupuKupu Ungu said...

hehehehee..sama2..

farhana said...

Sy pon suka jugak buat tag sebab bila dah xde idea nak tulis, publish je entry tag =P

TimmY Cik KupuKupu Ungu said...

hai farhana..
hehehe..suke kan? best jeee.
tapi tak tahu la ade org nk bace ke tak tag kite tu. hehehe