pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Alangkah Bahagianya Jika Suamiku Seperti Dia...



Hai semua. Baru sekarang dapat update entry, busy tadi kemas rumah, basuh baju, sidai baju pastu suap sarapan si budak kecik kemetot tu. hahaha. Dah la makan banyak. Dua pinggan pulut kuning berlaukkan ayam masak kurma habis dia bedal. Kakak dia ni kalah. T_T Mentang-mentang la lauk dan ayam kurma tu kesukaan dia..Umi ada masak rendang ayam, tapi si budak ni pulak tak makan rendang :)

Umi dengan abi awal-awal pagi dah keluar. Hantar adik ke 5 Tim pergi Sungai Gabai. Kat sana ada temuduga untuk masuk sekolah tahfiz. Adik Tim yang baru habis UPSR tu abi dengan umi nak masukkan ke sekolah tahfiz. Setakat ni dah 1 juzuk Al-Quran dia hafal. Alhamdullah. So sepeninggalan umi dengan abi, Tim lah kena jaga rumah. Jaga adik :)

Semalam sebelum tidur, Tim ada pinjam buku comel kale pink kat adik Tim. Tajuk buku tu, "Hati Mengukir Kata" Pengarang dia - Norinsafrina Mustaffa Kamal.

Tim suka baca buku yang jenis macam ni sebab dia mendidik jiwa dan rohani kita. Kita semua bukannya perfect kan? hati selalu kotor dengan dosa dan maksiat, so bersihkanlah jiwa dengan ilmu yang macam ni selain Al-Quran. Dalam buku ni Tim ada tertarik dengan satu cerita dan Tim nak kongsikan dengan korang semua.. Tajuk kecil dia seperti yang kat atas tu la,

Alangkah Bahagianya Jika Suamiku Seperti Dia...

" Abang nak kopi. " Suami Liya menyelak-nyelak surat khabar sambil membuat pesanan ringkas. Senyap. Tiada sebarang reaksi daripada Liya.
"Liya, dengar tak? Abang nak kopi." Sekali lagi suaminya membuat pesanan.

Liya terpana seketika. Matanya terkebil-kebil memandang suaminya tanpa berkata apa-apa. Tidak lama kemudian, baru Liya mengangguk perlahan tanda faham arahan yang diberikan oleh suami tersayang. kerja membersihkan permaidani ditinggalk
an dan Liya terus ke dapur untuk menyempurnakan permintaan suami.Kopi dikacau perlahan dan fikiran Liya terus melayang jauh meninggalkan alam nyata.

Kunjungannya beberapa hari lepas ke rumah Anis, sahabat baiknya semasa di universiti dulu menyebabkan dia terfikir sejenak suratan takdir alam perkahwinannya.Rumah Anis jauh lebih kemas dari rumahnya yang ibarat tongkang pecah. Susun atur perabotnya terletak elok. Tiada permainan anak-anak yang kelihatan bersepah di lantai walaupun kesemua anak-anaknya lelaki, lasak-lasak belaka. Semuanya tersusun rapi dan kemas. Malu rasanya mahu menjemput Anis bertandang ke rumah. Liya dapat mengukur betapa jauh bezanya tahap kebersihan dan kekemasan rumah mereka.

Liya termangu-mangu sendiri memikirkan bagaimanakah caranya Anis dapat menguruskan rumah tangganya dengan begitu baik sekali. Anis tidak punya pembantu rumah. Anis juga wanita berkerjaya, balik rumah pukul 6 petang, hendak masak lagi,basuh baju, menguruskan hal anak-anak, alamatnya tak terkemas rumah dek keletihan.

Liya kagum dengan sahabatnya. " Hebatnya Anis. kagum aku dengan kau." Terkeluar juga ucapan pujian dari mulutnya. Cuma Liya ingin tahu apa rahsia Anis sehingga mampu menyelesaikan tugasan di rumah dengan baik sekali.

Derapan kaki seseorang menuju ke ruang tengah rumah Anis membuatkan Liya membetulkan duduk. Sangka Liya, mungkin Anis datang membawa hidangan untuknya. Sangkaan Liya meleset apabila bukan Anis yang muncul tetapi suami Anis yang kelihatan dengan bakul yang penuh berisi pakaian yang baru dibasuh untuk disidai. Suami Anis tersenyum apabila melihat Liya dan terus berlalu untuk menyempurnakan kerjanya.

Terungkailah persoalan yang bersarang di kotak fikiran Liya. Barulah Liya tahu sebenarnya Anis tidak punya apa-apa rahsia dalam menguruskan rumah tangga tetapi Anis mempunyai lebih daripada dua tangan untuk menguruskan kerja-kerja rumahnya.

Suami Anis ringan tulang orangnya. Patutlah rumah tangga teratur letaknya, ada dua orang yang saling membantu dalam menyelesaikan urusan harian di rumah mereka.

Liya mula membandingkan kehidupan perkahwinan sahabat baiknya dengan dirinya. takdir hidupnya tidak semanis takdir hidup Anis. Jikan suami Anis boleh diharap untuk membantu membuat kerja-kerja rumah, Liya pula terpaksa melakukan urusan-urusan itu seorang dirinya. Bukan Liya tidak pernah meminta pertolongan dari suaminy
a, tetapi suaminya menolak dengan memberikan alasan kerja-kerja rumah ialah kerja orang perempuan, orang lelaki tidak buat kerja-kerja itu.

Liya tidak faham, pemikiran suaminya yang seperti pemikiran orang zaman dahulu. Zaman di mana suami keluar bekerja dan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa. Kadang-kadang Liya terasa hati dengan suaminya, tidakkah suaminya terfikir yang dia juga penat setelah seharian keluar bekerja? Liya juga mahu berehat. Liya rasa jengkel kerana suaminya sanggup membiarkan dia bersusah-payah menguruskan kerja-kerja rum
ah seorang diri.

Suaminya hanya boleh diharapkan untuk memberi arahan. Sepanjang perkahwinan mereka, tidak pernah walau sekali suami Liya menolongnya menyudahkan kerja-kerja rumah. Apa yang suaminya tahu, lepas pulang dari kerja,mandi, solat kemudian melekat di depan televisyen sehingga sampai waktu tidur. Liya seoranglah yang tertunggang- terbalik menguruskan hal-hal rumah sehingga lewat malam.

" Liya, susah sangat ke buat kopi tu? Abang dah lama tunggu ni." Suara suami Liya menerjah gegendang telinganya lantas lamunannya terhenti.
"Dah siap bang, kejap ya Liya nak hidangkan dengan biskut sekali." Liya menjawab pertanyaan suaminya dengan sopan.

Sambil berjalan ke ruang tamu menatang dulang yang berisi hidangan, Liya mengeluh kecil. Sempat juga dia berkata dalam hati. " Bertuah badan kau Anis. Dapat suami yang ringan tulang, mahu bersusah payah menolong buat kerja rumah. Hmmmm.. Alangkah bahagianya kalau suamiku seperti dia...."

..................................................................................................................

Firman Allah SWT :

"Perempuan - perempuan yang baik untuk lelaki -lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik ."
Surah an- Nur (24) : 26



0 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :