pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Antara minat dan cita-cita : Kenapa aku pilih jururawat?

As salam readers :) phewww, lame gile tak bercerita kat korang..rindu rasanya nak menaip di laman sendiri. Sejak aku habis study pada 17 hb Jun baru ni, aku rasa puas sangat. Puas maksud aku, aku rasa bebas la, ermm, sedikit bebas, Kalau orang Kelantan " puas " tu bagi dorang macam " bosan " . Macam contoh, " wei, puah la weii..Nak wat gapo ehhh?" Hmm..gitulah lebih kurang. Hahaha. teringat dialek Kelantan la pulak. Kalau orang Ganu pulak " puas " tu disebut "puah". hai macam-macam. Tapi itulah namanya hidup bermayarakat kan. Masing-masing tahu dialek negeri negeri lain walaupun berbeza dialek.

Bila jengah blog kawan-kawan blogger yang lain, tersenyum kadang-kadang baca entry-entry dorang. Ada mesej dan penuh makna. Ada jugak yang buat lawak sampai aku gelak guling-guling atas kerusi ( oh ini bohong) ^________^

Seriously, aku jeles tengok kawan-kawan blogger yang tak pernah kering idea nak update blog dorang, menghiburkan orang lain dan berkongsi macam-macam cerita. Aku pun teringin nak macam tu. Menaip ni kadang-kadang boleh buat kita puas dengan diri sendiri. Sebab menaip ni kita guna 10 jari yang Tuhan bagi untuk bercerita. Kadang-kadang kita boleh terlalu jujur dengan menaip. Sebab tu aku buat blog, walaupun aku tahu mak aku sentiasa baca blog aku. haha. Sorry umi. =)

Lepas aku habis belajar kat Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu baru ni, selepas 3 tahun aku bergelumang dengan buku dan praktikal, aku rasa aku dah macam keluar dari satu kepompong kehidupan. Aku tahu aku bukan seekor rama-rama yang comel dan bahkan aku tahu aku bukannya muat pun duduk dalam kepompong. =.="

Tapi jelas menunjukkan aku kini sudah bebas. Aku sudah menghabiskan sesi pengajianku yang bertahun itu dengan jayanya. Ada segelintir yang bertanya, "seronok ke jadi misi..?"

Lidah aku kelu sebab aku tak tahu nak jawab apa.Aku masuk bidang ini secara tak sengaja.Aku bukan seorang yang pencinta bidang kejururawatan, malah aku tak pernah terbayang akan jadi seorang jururawat sebelum ini. Aku masuk bidang ini kerana aku cintakan kedua orang tua ku. Ye, umi dan abi yang membesarkan aku sejak lahir sehingga hari ini. Aku rasa dengan mendalami bidang ini aku dapat berbakti pada mereka suatu hari nanti. Ya, suatu hari nanti. Aku yakin dengan itu.

Minat aku sebenarnya ke arah lain. Aku sebenarnya pencinta ilmu IT yang tegar. Aku memang minat bidang teknologi maklumat. Dan sebab itu aku pernah mempelajari ilmu ini di KUIS ( Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ) suatu ketika dulu. Aku suka dengan animation, Adobe Photoshop, Micromedia Projector, Flash dll. Sebab aku suka buat sesuatu dan terus mendapatkan hasil yang cukup menarik. Aku suka benda yang berwarna-warni dan aku suka buat sesuatu yan kreatif.Aku memang minat benda yang cantik dan aku suka hasilkan benda yang cantik ikut cara aku dan kekreatifan aku. Aku memang nak jadi macam AyeemAyam dan Izamir Ridzwan. Dan sehingga semester 3, aku terpaksa berhenti dari menuntut pengajian ini.

Aku terpaksa tinggalkan minat aku dan pergi ke bidang yang aku sendiri tak tahu pucuk pangkalnya. Best ke bidang kejururawatan ini? Boleh ke aku bawak kos yang aku tak pernah tahu macam mana cara belajar dia? Semua soalan tu menghantui aku. Dan tarikh 1 Julai 2008 telah menjadi satu tarikh yang cukup bermakna dalam hidup aku. Tarikh aku mendaftarkan diri sebagai seorang pelatih jururawat KKM di Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu.

Suasana dan persekitarannya cukup berbeza. Tak ubah macam duduk di sekolah. Sebulan sekali ada perhimpunan pagi, kelas yang diadakan wajib kita pergi, berlainan sangat dengan suasana di universiti, kat U boleh ponteng kelas kann? hehehe.

Dan sekarang, minat ke arah kejururawatan tak penting kerana cukup aku katakan aku sudah jatuh cinta dengan bidang ini. Niat aku satu, nak jaga pesakit dan bagi mereka yang terbaik. Bila aku pandang raut wajah makcik-makcik yang sakit, aku pasti terkenang nak aku dirumah. Alahai, macam mana kalau yang berada di depanku ketika itu adalah mak kandungku sendiri? Aku pilu. Aku jengah pula pakcik-pakcik yang menderita dan terlantar, aku teringat ayah ku yang sedang berhempas pulas kerja demi membesarkan kami adik beradik. Aku bersyukur punya ayah setabah itu. Aku tahu abi banyak berkorban untuk kami. Aku punya sebuah keluarga kembangan yang cukup besar.
Aku masih punya atuk dan opah di kedua-dua belah ayah dan ibu. Keempat-empatnya masih sihat dan boleh berjalan walaupun sudah menjangkau usia 8o tahun. Aku bangga kerana aku masih punyai mereka semua. Sedangkan ramai kawan-kawan ku yang lain sudah kehilangan ayah dan ibu mereka kerana sakit... Aku cukup sedar dan cukup bersyukur. Jadi aku pilih bidang ini supaya aku boleh terus bersyukur dan berbakti kepada segenap hamba Nya. Aku tahu, aku dipilih oleh Allah dan aku akan menggunakan peluang ini sebaiknya.Alhamdulillah...

Tapi apa-apa pun, perjalanan aku selama 3 tahun di sana cukup memberikan impak yang memang besar dalam kehidupan aku. Memori pahit dan manis semuanya ku telan. Ilmu yang dicurahkabn oleh para pengajar , kawan-kawan yang cukup ramai dari seluruh negeri, adik-adik junior yang sentiasa support, pakcik-pakcik driver yang selalu hantar kitaorang outing, seriously korang THE BEST ! Even pasti ada yang terkecil hati, terkasar bahasa, but chill la kann? Semua orang buat salah, semua orang pun manusia.. So maafkan je laaa. Tak rugi pun maafkan orang lain, kan guys?

Dan aku rasa amat BERSYUKUR kerana telah menghabiskan pengajian aku dalam bidang Diploma Kejururawatan ini. Syukur pada Illahi kerana masih panjangkan nyawaku, berikan kesempatan buat ku untuk inhale dan exhale oxygen ke seluruh tubuhku. Berikan aku kesihatan yang baik, dan yang paling penting, BERIKAN AKU KESEMPATAN UNTUK MENABUR BAKTI PADA KEDUA ORANG TUAKU DAN KEPADA MASYARAKAT.

InsyaAllah, aku akan hadirkan diri ke Konvokesyen pada bulan 9 kalau tak silap di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta, Ipoh. Dan aku kini Graduan Jururawat yang berjaya !

Ni masa kursus induksi..



Gambar ni masa dinner 1001 malam untuk meraikan kumpulan kami yang sudah menamatkan pengajian..



Masa jamuan makan malam di rumah pengajar kesayangan kami..Puan Robeah Ngah..masak BBQ tauu.,..hehe


Apa yang best dengan gambar ni ? Gambar ni ditangkap oleh tuan punya blog =)


Gambar lagi =)


Dalam bas on the way ke rumah Puan.


Majlis yang diincharge oleh kumpulan kami.. Julai 2008. Semuanya serba hijauuu.


Ini ketika beruniform dalam kelas. hahaha. maafla. kami memang selalu terover ambik gambar.


keluarga kami. =)


all the best . korang semua...


ehem ehem, guys. From now on, panggil aku Staff Nurse Tim hokehhh.
hahaha.

gurau guyssss ! Assalamualaikum.

26 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

kyo_9 said...

uih..
semua pompuan?? xde laki ke??
btw, selamat bergraduasi~

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

mane de laki kolej kami..hehehe..

kyo_9 said...

lelaki takde???

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

takde..kolej ni 300 lebih semua nurse pempuan..nurse laki ade..tapi kat kolej lain...nape pelik sgt? hehehe

man said...

tahniah...ilmu nie berguna dlm meneruskan kehidupan.

Bigdaddyz said...

suka jururawat sebab semuanya perempuan....heeee

shazleenhairuddins said...

fuhh, tetibe rindu budak kelas ;')

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

alolololooo yunk. relakss =)

wanie m'nJ said...

suka tgk pakaian nurse. nmpk cute. haha. kak, saya jeles tgk backgroud cartoon blog akk ni. boleh share x mcm mana nak buat?? akk bleh bagi tips kat cbox blog saya ok!!

Anonymous said...

by the wat..aku rasa dalam kasta pekerjaan nurse la yang kerja paling bodoh tapi gaji boleh tahan.

Anonymous said...

rindu betul kngan masa stdy kt CONKT batch 1 2005..masih ada ke pn fatimah ek?..masa tu dia jadi 'mak kami'..ingkt lagi, kami first batch y guna pointer...tension giler stdy, ngn ocse lagi, praktical dlm ward...lasltly aku brjya dah bebas dari sini...hehehe

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@Anonymous
Hai kak ! akak senior saya ye..puan fatimah ade lagi..ramai puan yg masih ada kat sane..huhu..banyak kenangan kan stdy di sana :)

MYSELF ! :D said...

akak !
sy junior akak ..
kumpulan januari 2011 (1/11)
waaa , xsgka dpt jumpe blog akak !

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@MYSELF ! :D

Hai dik..yep..akak kuar adik masuk yek..takpe..belaja rajin2..kalau awak kenal syiffa izzati 1/10..haaa tu dulu rumate akk..mase tu akk sem 4 die baru sem 1..huhu..

nnfmf said...

salam sis, nak tanya, belajar jururawat ni mahal x yuran dia? saya dapat surat tawaran untuk temuduga latihan jururawat dari SPA, x tau lagi nak pergi ke tidak sebab sekarang saya tgh further study kt politeknik..so nak kena siasat dulu ler, baru buat kepututsan :)

nnfmf said...

salam sis, nak tanya sikit, mohon balas la yer..hehe, saya nak tanye yuran belajar jururawat ni mahal x? saya dapat tawaran untuk temuduga bagi latihan jururawat dari SPA, saya x tau lagi nak pergi ke tidak sebab sekarang saya tengah further study kat politeknik, jadi nak siasat dulu la pasal jururawat ni..hehe

tajul said...

Aku xabis lgi

tajul said...

Lambat lgi nk abis ni. Tnggu sampai rigor

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@nnfmf
Salam dik..for you information, dapat tawaran nurse SPA takde dikenekan bayaran langsung..free sepenuhnya..segala perbelanjaan ditanggung oleh KKM 100%..sebab SPA student ditaja oleh kerajaan..setiap bulan adik akan di beri elaun tau..selama 3 tahun..bagi pendapat akak, adik pergi je lah temuduga SPA tu..ambil & cari pengalaman baru.. Akak dulu pun dapat politeknik..tapi tak pergi.. susah tau nak dapat tawaran SPA..baik jangan sia-siakan.. :) sorry akak lambat balas komen adik..busy sikit..

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@tajul
tajul ni sape..belajar nursing gak ek..takpe..slow2 la ok..nanti tak lame habis la tu..hahaa..jangan la sampai rigor :)

Anonymous said...

sis , sy dpt twarn untuk stdy as a JP under kkm. msalahnya , sblom y sy dh ada dip in nursing dr kolej swasta. sy xtaw nat sy dh blaja sy patot gtaw or x yg sy ny dh blaja nurse. kalau bole sy xnak gtw. mohon pndpt sis :)

aen adriana said...

wah .. bestnye .. minat and teringin sangat nak jadi nurse .. tapi , blajar xpndai .. hm .. mungkin xdpt la nk jadi nurse

aen adriana said...

wah .. bestnyer .. teringin and minat sangat nak jadi nurse .. tapi .. blajar xpndai .. hm .. mcm xde hrapan je nak dpt jadi nurse nanti ..

aen adriana said...

wah .. bestnyer .. teringin and minat sangat nak jadi nurse .. tapi .. blajar xpndai .. hm .. mcm xde hrapan je nak dpt jadi nurse nanti ..

Anonymous said...

salam..
sy nak minta sedikit advice tentang interview latihan jururawat.. actually, i hv done fifth times interview for this,.. but till now i dont know what and what the reason i cannot pass the interview.. it very dissapointed me.. on 3/10 1 more time again i've called for interview.. so , any useful advice for me so that i can use for that intervies?? pls kindly reply me at my email: jellfebgal@yahoo.com

fir said...

macam mana nak dapat awek nurse..ade tips x??