pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Kudis Buta atau 'Scabies'


Apa itu kudis buta?

Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang
bernama Sarcoptes Scabiei.
Perihal Sarcoptes Scabies :
• Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
• Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
• Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
• Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun,
ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah
asuhan.


Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?
Kudis buta biasanya berkait dengan :
1. Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan
selepas mandi air panas.
2. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
3. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
4. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)



Kawasan yang biasa dijangkiti
Tempat-tempat yang biasa ialah :
• Dicelah-celah jari
• Tapak tangan
• Bahagian dalam pergelangan tangan
Kawasan-kawasan lain termasuk :
• Kawasan kemaluan.
• Punggung
• Sekitar pusat.
• Celah-celah ketiak.
• Siku
• Kaki dan buku lali.



Bagaimana ianya merebak?
Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:
• Sentuhan kulit ke kulit.
• Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)


Apakah rawatan untuk kudis buta?
Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen
disapu pada kulit. Ini termasuk:
• Losyen benzyl benzoate
• Krim gamma benzene hexachloride
• Losyen malathion

Dimana ianya disapu?
• Daripada bawah dagu hingga kehujung jari-jari kaki.
• Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan
kemaluan.

gambar : Gamma Benzene Hexachloride

gambar : Malathion

Bagaimana ianya disapu?
• Ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
• Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.
Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.
Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka
ada rasa gatal atau tidak.

Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan
untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.
Pencegahan dari merebak kepada orang lain
1. Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai
rawatan.
2. Rawat seluruh ahli keluarga serentak.

Semoga dapat memberi info pada kamu semua =)

5 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

iem said...

terok gak erk klau dah kena kudis ni..
ingt cm kudis bese2 jek...

mintak2 la xde..

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@iema;

kudis bute ni mmg teruk ima..gatal die mmg tiap2 malam la..mmg tak boleh nak tidur..

Woofer Storm said...

tak pena lagi kena kudis,minta2 la tak kena..amin3.. info menarik dari staff nurse ni,thank^^

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

woofer;
hehehe..amin..jaga kebersihan diri..jangan dekat2 dengan org kene kudis oke?
welcome...

♥catslover ♥ said...

erkk!! kudis buta nie musuh ketat saya..perhh kalu dah terkena mmg asyek..gatal nye tak terkata..mmg teramat gatal rase nak garu jerr..
saya salah seorg mangsa mereka..
tapi sekarang alhmdulilah tak seteruk tahun2 lepas..tapi sekarang masih ade lah jugak tapi dah pulih sedikit demi sedikit..hanye tinggal parut shje..
sekarang dlm proses mnghlangkn parut ...
minta2 pulih sepenuhnye..^^

thanx for the info..