pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Pengalaman Kerja di Jabatan Kecemasan :)


Hai everbody. Sihat ke? Lama Tim tak update blog, maafla sibuk sejak dua tiga minggu ni . Sekarang ni sibuk praktikal kat Hospital Sultanah Nur Zahirah . U all tahu kan, Tim sekarang berada di sem akhir , iaitu Semester 6 yang memang menguji fizikal dan mental Tim as a student nurse.. And God Willing habis la study ni bulan enam ni ..amin ya Allah.. First week and second week, kumpulan Tim kena praktikal kat bahagian Jabatan Kecemasan HSNZ ( Hospital Sultanah Nur Zahirah).. Mula -mula nak masuk memang rasa berdebar sangat sangat. Tipu lah kalau tak berdebar kan? Jantung memang dup dap dup dap la. Mana biasa dengan suasana kecemasan. Dari sem 1 sampai 5 asyik duk amik tekanan darah, suhu badan, cek jantung (ECG), bagi ubat,bagi injection, cuci luka (dressing) dan macam macam lagi la :) Tapi kali ni kat jabatan kecemasan. Wow, mesti la prosedur lebih mencabar kan? Dalam kepala otak Tim waktu mula mula masuk sini, terbayang la pesakit-pesakit yang in bad condition macam sesak nafas, accident, jatuh dari tempat tinggi , cedera parah dan sebagainya. ya, memang itu pun yang ramai Tim jumpa.


Masa hari first Tim kat sini, Tim ditempatkan di Red Zone atau Zon Merah . Suasana kat sini agak sibuk sebab pesakit pesakit yang paling teruk akan dimasukkan kat sini. Pesakit kritikal contoh yang baru lepas accident, atau tak sedar diri, akan di bawa ke Zon Merah untuk rawatan. Kerja Tim sebagai student nurse ? Tolong doktor lahh, kalau doktor suruh buat CPR, kena la buat. Kalau doktor suruh bagi injection, jadi kena bagi lahh. Semua yang nurse buat adalah dari arahan pihak doktor. tak boleh main buat jee. Kat Zon ni memang kena semuanya pantas. Tak boleh lambat lambat. Kesian kat pesakit. 


Hari ni pulak Tim kerja kat Zon Hijau. Hari kedua Tim kerja kat Zon ni. Zon Hijau ni menempatkan pesakit pesakit yang takde lah kritikal sangat, means ada penyakit yang tak teruk. Contoh patah kaki, luka yang perlu dijahit, sakit perut, demam, asma..macam2 lagi la. Kat sini best sebab ramai pesakit, hehehe. Kat sini la nak buat prosedur jahit kat tempat luka ke, nak ambil darah untuk ujian makmal, macam-macam lagi la.tapi hari ni Tim ada belajar satu benda baru, masukkan branula (jarum) kat tangan untuk tujuan masuk solution atau orang kampung kata masuk air. Mula mula ada MA (Medical Assistant ) ajar, then dah boleh buat, yeayyy ! Camni la lebih kurang Tim buat tadi. First Tim buat kat lelaki muda, pastu perempuan pregnant. hehehe. Wahhhh, Tim dah berani ! =)

Macam ni la cara masukkan jarum kat tangan yang BETUL.


Pastu jadilah camni ye kawan kawan lepas dah siap..=)
(macam buat kuih la pulak, dah siap2)


Ada satu lagi prosedur yang Tim belajar jugak selain masukkan branula tu. Benda ni, korang nak tahu apa kan? Ni nama nya prosedur Toilet & Suturing ( jahit luka). Woooo. ni sakit wooo.Kalau ada luka terbuka, kena jahit la. Mana boleh biar camtu, masuk kuman, pastu bernanah, lagi teruk jadi. So kena jahit. Tim memang belajar tapi setakat ni Tim tak berani nak buat lagi. Tim hanya membantu je. Tolong doktor apa yang patut.Tapi kalau MA tu suruh Tim buat, teringin jugak nak buat kat kulit orang betul-betul. Camana agaknya rasa dia ehh? Heeee. mesti bestt ! Haaaa..camni lah bentuk jarum untuk jahit luka =) yang panjang tu benang dia.



Lepas dah siap, jadi camni ...


Erm..hehe. Camana perasaan korang lepas tahu pengalaman Tim kerja kat Jabatan Kecemasan ? Gila mencabar kan? haaa.. camtu la life as a nurse..jadi nurse ni memang kena belajar sabar, kuat, dan tahan kena marah. Kalau kena marah tu perkara biasa dah sebab kita bermain dengan nyawa orang. Lain rasanya bila bekerja bermain dengan nyawa orang, InsyaAllah Allah tetapkan hati Tim dalam kerjaya mulia ni. Tim bersyukur sebab jadi nurse sebab Tim boleh tolong ramai sangat orang. Tim jugak boleh jumpa macam-macam ragam orang. kerjaya NURSE ni ajar Tim supaya bersabar, cekal hati, berani hadapi cabaran, dan tolong orang yang sangat memerlukan.

Tim selalu terbayang, bila mak ayah Tim dah tua, dah tak larat, siapa nak jaga diaorang? Siapa nak suap makanan kat dorang, dan yang paling penting dan ramai orang yang tak sanggup nak buat,siapa nak basuh berak kencing dorang? Nanti dah tua kita sebagai anak kena buat semua tu. Tim bila terkenang semua ni mesti rasa bergenang air mata. walaupun mak ayah Tim mda lagi, tapi sakit hidup semua tu kerja Tuhan. Kita tak tahu bila mak ayah kita akan jatuh sakit, jadi Tim anggap kerjaya ni sangat membantu Tim. Tim ada atuk dan opah yang masih sihat. Jadi bila diaorang jatuh sakit, Tim dah pasang niat nak jaga diaorang sehabis baik. =) aminn. * sedih la pulak* isk!



Terima kasih buat kawan-kawan Tim yang banyak membantu sepanjang kita study 3 tahun kat Terengganu ni. Tak tahu macam mana nak lupakan korang, gelak tawa semua, sedih sama sama, buat salah and kena denda pun sama-sama. Tak boleh blahhh kan? hahaaha. Korang semua Kumpulan Ambilan Julai 2008 memang SUPERB la ! Maafkan sahabatmu ini Siti Fatimah Borhan, kalau sepanjang aku ada dengan korang, aku banyak buat salah kat korang =) Serius ni, AKU SAYANG KORANG !


Kami : ( Kumpulan 2/08)






2 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

Woofer Storm said...

slm..

bgus gak dpt inject free ni,.nak ckit boleh??hehee

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

hehehe..salam..
injek free? hahahaa..boleh je..xde hal..