pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Hai, boleh mintak no fon? Kita baru kenal satu setengah minit.

nampak tak? kalo tak nampak klik kat gambo kasi gemuk macam Tim. muehehe :P

=====================================================================


Hai semua . tajuk entry macam marah tapi takde lah marah mana, cuma sedikit pelik sambil garu-garu kepala yang tak gatal. Ape kejadahnye semua ni? Korang dah baca kan apa yang kat atas tu?? Dah kan? sila angguk ye. Tim tak nampak korang angguk, haha. Tim sebenarnya pelik tau, kenapa mesti jadi camni..

Mamat tu baru je add Tim pagi tadi. Lepas Tim approve( walaupun tak kenal), dia terus hantar mesej kat inbox Tim. semua yang dihantar ada kat atas nuh. Tim tak kisah orang nak kenal dengan Tim pun, alahai takyah la nak
jadi sombong sangat kan? Tapi, agak agak la kalau baru approve tak sampai setengah minit dah mintak no fon?
Kang tak pasal-pasal Tim bagi no telefon ayah Tim baru tahu kaauu ! haissshh.

Pastu lepas dia mintak no fon tu terkesima japp. Dalam hati " eh eh. kauuu. sedap je nak mintak no telefon orang, ingat ni talian bebas tol? " Geram pun ada,menyampah pun ada. Grrrr ! Tim siap kelentong lagi situ..hahahaha.
" Tunang saya tak bagi saya bagi no fon kat orang yang tak kenal.." HAHAHA. Sejak bila la pulak Tim bertunang? Kikikiikk.. Mesti dah tua nanti bila baca balik dengan suami duk terkekek gelak. muehehe.

Pastu elok-elok je Tim kasi hantar mesej camtu.. terus senyappp! aik? Merajuk ke cik abang? euwwww. Nampak sangat la tak ikhlas nak berkawan kan? Add FB perempuan tah mana-mana terus mintak no fon..Tim ni entah orang keberapa la dia dia dok mintak no fon agaknye kan?? ish ish ishhh..

Buat sang mamat ni, mintak maaf lah kepada anda ya. Tim takde niat pun nak tipu anda, anda dah besar..Tim tengok anda lahir pada tahun 1981..Usia anda 8 tahun tua dari Tim..Sepatutnya anda mesti bertindak matang..Mungkin anda terdesak ingin mencari bini, al maklumlah usia anda makin meningkat. Maaf la, anda silap pilih gadis. Harap cuba lagi di lain kali.

Assalamualaikum.


p/s : Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tidak berguna ( eh apa kena mengena?)






12 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

man yusoef said...

pengajaran dari cerita ini adalah jgn dilayan org yg tak dikenali...hehe

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

man : hehe..tau xpe..bukan first time ni tim kene camni..dah byk kali..tah ape la dorang nak..huhuu

Woofer Storm said...

hebatt..advance mamat ni..heheee

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

miahaha, tu laaa..tak leh blah kan?

nelly said...

itulah gaya zaman sekrg .
pelik2

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

nelly : tu laaahh,, ishh..tak kenan tol.

nelly said...

sabar2

iqbalhakimi said...

uish...gila berani mamat tu...

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

nelly : thanks dear..

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

iqbal : hahaa..mmg tak sedar diuntung..mujur je Tim approve die taww..

amad sarpix said...

wah.. ramai peminat timmy.. xleh menjerit kat shout box la

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

yeke? ehh..kenapa lak?? pelik nye..
peminat ke camtu? ish ish..