pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Menunggu masa dan ketika untuk aktif ber belog semula. Can i ?

Assalamualaikum  semua.


Maaf seribu kali maaf dah lama tak update blog since dah kahwin ni.
Malu malu.

Sebab biarkan blog bersawang.
Nasib baik password blog masih di kepala.
Huhu.


Takpe, rasa nya pas ni insyaAllah nak semat ( cewah) dalam  hati nak kembali aktif berblog semula.
Takpe, cabar diri. kan kan?
Hihi.
InsyaAllah dalam masa terdekat ni. Tengah mencari masa.

Kalau saya update, ada ke orang baca ?
Eh mestilah ada. HAHA.


Perasan.

Ok lah babai semua. Sekarang tak boleh nak update lagi. Kita tunggu dan jumpa di next entry.
Assalamualaikum.

Hidup Baru dengan suasana baru dan 'Peneman Baru' .

Assalamualaikum pembaca.

Hari ni baru rasa ada mood nak berblog. Kenapa ? Sebab baru datang mood lahh. heee.
Hai apa khabar semua? Tim harap korang semua sihat okey. 

So kali ni Tim nak update sikit tentang hari perkahwinan Tim walaupun benda tu dah lama berlalu. Tapi saje lah nak update dalam diari ni.. mane tahu suatu hari nanti dah tua dah ada cucu cicit boleh dorang boleh baca balik sambil berkata.. " Ooo..macam ni rupenya nenek dengan atuk aku dulu.."

Ehem. dah jangan mengarut banyak ye Tim. Focus to your entry kali ni.(pesan untuk diri sendiri :p)

So..hari nikah Tim pada 14/7/12 bersamaan Hari Sabtu. Tim nikah simple sangat. Apa yang pasti majlis ni dihadiri dekat hampir 100 orang jugak termasuk penduduk kampung belah suami dan juga adik-adik Sekolah Tahfiz Sungai Gabai, Hulu Langat.
Majlis start lepas Asar , kemudian jamuan ringan, kemudian Solat Jemaah dan tahlil sikit antara Maghrib & Isyak di rumah mertua tu jugak. Then baru makan malam. Tu hari yang paling bahagia buat Tim walaupun saat dinikahkan tu berderai jugak lah air mata kudus ni T_T

Tim dinikahkan sendiri oleh ayah kandung Tim, Encik Borhan bin Harman bersaksikan bapa-bapa saudara dan Imam Ustaz Abdul Aziz daerah Hulu Langat. Ramai saudara-mara yang hadir dari Ipoh & Kelantan. Sangat terharu mereka ada di sisi saat Tim dinikahkan. Alhamdulillah.
Mas kahwin mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ) iaitu RM 300 atau lebih. Berserta seutas rantai emas :)

Okay, rasanya dah kot. Biarlah gambar pula yang bercerita. Ewah :D


Saat dinikahkan... * tearssss *


see ? simple sangat kan ..
Me with hubby.

Saudara mara dari Kelantan (:


Mak saudara yang datang jauh dari Perak. Saya sangat terhutang budi dengannya kerana sejak kecil dia mengasuh saya. Love you Mak Ngah ...
bersama adik ipar dan adik kandung




So... selesai sudah mengenai pernikahan. Gambar tak banyak.
Tapi pasti tak boleh lupa kenangan pernikahan ini.



As salam alaik.



*Next entry Majlis Resepsi pule *



Ada satu video masa pernikahan yang saya nak kongsi dengan anda semua. Special taww.

Tiga kali saya tengok video ni, tiga kali saya nangis . Uuuuuuuuuu.
sedih :(
video