pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Happy Birthday to me means i've getting older !


Sekarang ni tepat jam 1200 midnight. Kejap lagi dah nak hari Ahad, bersamaan 25hb September. Oh lupa nak beri salam pada entry kali ni. Assalamualaikum semua, dan salam sejahtera pada bukan yang beragama Islam. Seminit lagi aku dah menjangkau usia 22 tahun. * tak muda oke* =.="

Sebenarnya, bila tiba hari lahir, aku senang bila berada di samping family berbanding kawan-kawan. Even kalau kawan-kawan tu plan baik punya untuk birthday aku means sanggup buat suprise birthday party,tapi hati ni mesti teringat kat rumah. It doesnt mean i'm not appreciate their efforts, tapi aku lebih suka dengan family.

Rasanya tak payah cakap kot the reasons why aku suka. Mestilah sebab aku rasa happy bila aku berada dekat dengan family, especially my mom. I called her  Umi. Ya, Umi yang melahirkan aku pada tarikh ni 22 tahun yang lampau. Ini bermakna usia perkahwinan my Abi & Umi dah menjangkau 23 tahun.^_^ Semoga berbahagia both of you.

Satu perkara unik tentang hari lahir aku apabila aku dapat tahu yang aku takdilahirkan di hospital.
Guess what?
Korang nak tahu tak aku lahir kat mana? hehehe.



Bukan dalam kereta okay !  =.="

Aku selamat dilahirkan di ruang tamu rumah atuk dan opah di Kg Rapat Jaya Tambahan , Ipoh. Emm. Aku bukan nya emergency labour pun ! Setengah orang akan cakap,
" eh, tak sempat nak beranak kat hospital ke?"
 " Maybe nak keluar cepat sangat kot dari perut mak.."

Its not lah sayang.

Its just my mom yang nak lahirkan I dekat rumah. I anak sulung and I pun tak tahu kenapa my mom nak lahirkan I kat rumah.hehehe ^^  Okay, stop bahasakan diri I  =.="

Masa Umi lahirkan aku, tepat jam 9.02 pagi. Umi aku cakap masa nak tunggu aku lahir, perut Umi aku sakit sangat. Yela kan, anak sulung memang camtu. Degil, taknak keluar2, sebab tu sampai sekarang pun degil. hihik. Kesian Umi kena jaga anak degil ni, tapi sekarang dah makin besar, InsyaAllah tak degil lagi. ;p

Bercerita pasal Umi lahirkan aku tadi, Umi cerita lagi kat aku yang menyambut aku time lahir ialah bidan terlatih juga merangkap Isteri Raja Chulan. Pada mulanya, aku ingat Umi aku main-main, then aku tanya Opah. Opah kata, benda tu memang benar, so tak payah la aku bertanya pada pihak Atuk pula. =.=" Sebab insyaAllah, apa yang Opah aku bagitahu memang benar. ^_^

Oh okay, sekarang dah 12.15 pagi pun. jap ye.
















Ouh, mood sekarang sangat terharu. :(

Ramai betul yang wish hihi.^^

Thanks all. I took all the pictures form Mr Google. kikiki. Pandai tak ? Tak hairanlah sebab kan ramai orang putih nama Tim :) and I'm the one of  TIM  :D

Dan dikesempatan ini, nak ucap thanks pada semua yang wish birthday Tim, semalam, hari ini , esok dan seterusnya. Tim hargai sangat-sangat. Kalau dapat hadiah , lagi hargai. HAHAH. Okay, gurau je okay? Hadiah tak main peranan sangat, cukup sudah tanda ingatan. Sudah buat diri ini betul-betul terharu. sobsobsob. :")

Usia dah genap 22 tahun. Oh dah tua. Makin tua, kena makin banyak buat amal ibadah. ye tak ? InsyaAllah, dengan izinNya dipanjangkan usia dan diberikan nikmat yang melimpah serta suami yang SOLEH, Insya Allah.

And Special Thanks to both of my Umi and Abi,
Umi, terima kasih kerana sudi melahirkan bayi ini suatu ketika dulu. Dari kecil banyak sangat dah kenakalan yang dilakukan, dan sehingga ke hari ni, sudah punya pekerjaan dan saat ini niatku untuk terus berbakti padamu. Terima kasih juga sebab sudi jadi ibu yang terbaik pada kami, mendoakan kesejahteraan kami, dunia dan akhirat. Kerana kami tahu, doa ibu sentiasa dimakbulkan Tuhan. Dan anakmu ini ingin meminta maaf atas segala kesilapan sepanjang hidup bersamamu. Ku tahu, syurga itu dibawah telapak kakimu.
I love you.

And for my Abi,
Abi ayah terbaik buat kami 6 beradik. Doakan yang terbaik buat kami, anak-anak Abi. Anak-anak Abi semua dah besar. Terima kasih Abi. Atas semua pengorbananmu. Perit jerih membesarkan kami. Hingga ke hari ini.. Apa yang dipinta, semua dipenuhi. Abi tak pernah mengecewakan kami.. Suka tengok Abi ketawa sebab Abi susah nak ketawa. hihi. And semoga terus bahagia melayari rumah tangga bersama Umi .
 I love u Abi.

Ya, aku beruntung.
Beruntung kerana di saat usia aku mencecah 22 tahun ini, aku masih punya AYAH dan IBU.
Berapa ramai kawa-kawan aku yang seusia aku sudah kehilangan mereka. Aduh, mesti sakit rasanya kan?
Alhamdulillah Ya Allah..begitu banyak nikmat yang Kau berikan pada hambaMu ini. Syukur..

Dan aku lagi beruntung masih memiliki OPAH dan ATUK di kedua-dua belah orang tuaku. Keempat-empatnya masih sihat dan masih " mengenali" ku. Mereka sangat istimewa bagi ku. Semoga mereka, orang yang aku sayangi dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

                                                                                 ****

                                          Ni gambar aku time baby. Siyes big baby, aummmm :D



Okay, siap sudah entry kali ini. Entry panjang yang membuatkan aku lebih menghargai siapa aku sekarang.
Thanks kepada yang sudi baca entry ini sampai ke penghujungnya. Semoga korang semua terus diberkati Tuhan. Babai semua. Salam sejahtera.

Peringatan untuk sang PEREMPUAN ...



PERINGATAN UTK KAUM WANITA.... MINTA BACA!!! Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! 

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. 

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. 

Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. 

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! 

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!. 


p/s :Be extra careful,ladies...Please pass this on to all the entire ladies out there and also men who love their ladies!!


copy from someone i care <3


Mesej " Mat Cina " pada semua (:

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera semua kawan-kawan.
Sorry baru dapat update an entry today. Busy lately. ^__^

Weh, korang ! Mesti korang dah pernah tengok video dari Mat Luthfi ni kan?
Kalau korang tak pernah tengok, baik korang tengok..


Video ni dah 159,936 views tauu kat Youtube. :D

Ramai kan yang tengok video dia? Mana taknya, video dia semua nya boleh dijadikan teladan, ada pengajaran dia masing-masing. Tak percaya ? Pegi la tengok sendiri.
Boleh subscribe his Youtube Acc kat sini.

***

Tim bukan nak upadate sangat pasal video ni sebab Tim tahu,mesti ramai yang dah view this video awal-awal lagi. Tapi cuma nak beritahu, baru baru ni Tim ada baca surat kabo, then ternampak mamat cina ni. Hehehe. Mula-mula terkejut tau, gosok-gosok mata, geleng-geleng kepala, tampo tampo pipi ( haha, ini tipu)..Rupenye memang betul la Mat Luthfi..waaaaaaa..femes oh sekarang :D




Kalau tak silap, dalam Berita Harian. maafla tarikh tak sempat salin. ngehehe :D



Ni gambo die setepek dalam paper. heehe. Tak hemsem pun dalam paper, tapi dalam video boleh tahan. hehe..Gurau je Mat Luthfi :) ^_^




Okay, tu je la kot untuk malam ni. hahaha. Rase tahape je entry malam ni :D Ngantuk le kawan-kawan. babai semua. Good Nite.


Kuat hanya pada luaran, hakikatnya yang di dalam, aku LEMAH. Aku memang mudah mengalah.

Ya, aku memang seorang yang nampak sangat kental . Hanya di luaran. Tapi di dalam, aku dan DIA sahaja yang mengetahui. Semalam aku menangis semahu-mahunya. Rasa sedih, terkilan dan sangat tersentuh. Aku bukan menyalahkan takdir, cuma aku rasa hendak menangis disebabkan sikap manusia.

Manusia kadang-kadang hanya baik di luaran, dalam hatinya kita langsung tidak ketahui. Semalam lepas balik dari kerja, air mata aku terus berjujuran tanpa henti. Ya, aku tak tipu. Tanpa henti. Habis cair mekapku ketika itu. Aku biarkan sahaja kerana aku lebih rela mekapku cair daripada ku tahan tangisan itu. Sesekali aku bertembung dengan para doktor dan staff jururawat yang lain tapi aku palingkan mukaku agar tidak terlihat seakan aku sedang menangis.

Aku menekup sebahagian mukaku. Aku lap air mata ini tanpa tisu di tangan. Kaki ku bergerak laju menuju ke asrama. Aku mahu cepat redakan tangisan sambil memujuk hati agar cepat berhenti menangis. Tapi ianya gagal. Air mata ini terus mengalir. Akhirnya, aku bertembung dengan dengan kakak seniorku di dalam lif.

Aku senyum kelat kepada mereka sambil menundukkan muka. Mereka membalas senyuman ku tapi aku kurang pasti mereka senyum atau tak.Aku bukanlah sombong tapi aku malu dengan tangisanku.  Aku terus menuju ke bilik selepas lif sampai ke tingkat 4. Air mata terus mengalir.

Sampai di bilik, aku terus meletakkan beg dan aku terduduk. Aku habiskan semua tangisan ku sambil bunyi esakan semakin kuat. Kadang-kadang aku terasa seperti aku ini seorang bayi yang dahagakan susu ibu. Tapi aku bukan seperti itu. Aku cuma sedih. Sedih dengan perkara itu.


Menangis. Sudah ku bilang hati ini tidak kuat. Aku tak mampu menerima apa jua masalah yang datang pada diriku. Kadang-kadang diri ini dipersalahkan. Kadang-kadang aku rasa orang lain patut dipersalahkan. Aku bingung, malah boleh jadi bengong.

Aku masuk ke bilik air lalu mandi. Air mata mengalir sama sama dengan mengalir nya air shower ke atas muka ku. Aku pandang cermin. Mataku merah, sepet. Macam anak Cina yang mengada-ngada. Aku bukan macam anak Cina, cuma mataku sepet  seperti Cina.

Setelah siap mandi, aku terus mengerjakan kewajipanku sebagai seorang Islam. Aku bentang sejadah dan air mataku masih mengalir. Aku tak mampu nak menahan air mata ini. Maaf , aku lemah ya Tuhan. Aku baca Al-Fatihah dengan suara yang tersekat-sekat. Aku pejam mata sambil air mata ini terus jatuh.

Mungkin bagi orang lain, ia hanyalah masalah kecil . Tapi aku cuba untuk terima dengan seadanya. Aku cuba untuk jadi kuat di mata orang lain, tapi hakikatnya ya Allah, aku lemah di mata Mu. Aku sedar, aku hamba Mu yang cukup kerdil dan lemah. ya Allah, ampunkan aku, segala dosa silamku. Ampunkan aku :(

Mungkin ini balasan dari Tuhan kepada hamba Nya yang selalu alpa. Aku anggap ianya ujian. Ujian yang mampu membentuk iman yang sememangnya nipis ini. Mungkin dengan dugaan ini membuatkan aku lebih dekat kepadaNya. Ya Tuhan, terima kasih ya Allah. Kau menguji aku dalam masa yang sama Kau mengajaraku erti sebenar seorang hamba.

***

Dalam laman Facebook, aku minta semangat daripada kawan-kawan di dalamnya. Alhamdulillah, ramai yang memberikan semangat. Terima kasih semua.





Terima kasih.





Ada yang siap hantar video lagi. Video yang memujuk hati yang sedang sedih. Memang menangis tatkala melihat video ini. Tapi sedikit sebanyak. Jiwa lara in terubat :)

Thanks a lot Budakli Azli Yah.





Dan inilah video yang dikongsikan itu. Banyak membantu.


Dan ayat terakhir yang disampaikan sangat menyentuh hati.

Pesanan Nabi SAW kepada kita : 
" La tahzan, innallaha ma'a naa.."

" Usah bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita " ♥

Dan ada yang sudi promot buku :) Thank tiqah..Insya Allah ada kelapangan, aku beli. ^_^ terima kasih banyak-banyak for ur concern :)

****

Dan juga kawan-kawan FB yang lain, TERIMA KASIH SAHABAT.





Aku bersyukur atas ujian ini. Terima Kasih Tuhanku.



Terima kasih kawan-kawan, sudi baca ^_^






1 Syawal : Orang lain pergi beraya, aku pergi tengok movie . Rise Of The Planet Of The Apes, serius terbaik bebeh :)

Kisah Tim pergi tengok wayang ni dah cerita basi dah. Sekarang ni dah entah ke berapa Syawal dah tapi masa Tim pergi tengok wayang ni masa 1 Syawal. tehehe. Atau dengan ayat lain, ni cerita dah basi  la. hehee..

Hari tu masa pagi raya pergi Jusco Shah Alam dengan kawan-kawan. Tim tengok ramai je orang Melayu yang bershopping1 Syawal ni. Siap pakai baju kurung dengan baju melayu tu. Semua pekerja KFC dengan McD pun pakai baju melayu & baju kurung. siyes kiut. ^^

Okay, hari tu sampai2 je Jusco Shah Alam tu terus pergi tingkat 2 untuk tengok wayang. Mula-mula plan nak tengok verita Karipap- Karipap Cinta , tapi takde la pulak. last-last decide nak tengok cerita ni


Mula-mula ingat cerita ni tak best tau. Ape la cerita pasal mawas kan. HAHAHA.
Tapi bantai je la tengok kan. Best kottttttttttttt. :)



Kisah dia mengenai seekor mawas yang bernama " Caesar " , yang dah kehilangan ibunya yang telah disuntik dos ALZ 311 untuk tujuan ujikaji bagi memulihkan pesakit manusia yang mengalami Alzheimer. So bila ibu si Caesar ni dah mati, gen ibu dia yang terkena dos tu turun pada dia. So Caesar ni pun makin besar, makin bijak dan boleh buat semua yang manusia boleh buat kecuali bercakap..



Filem ni best sebab kita boleh bayangkan perasaan mawas tu taw. Dia sedih sebab maruah dan harga diri kaum mawas sesama dia disisih dan diperlakukan buruk oleh manusia. Seolah-olah mereka ni hanya mainan ujikaji dan bukannya suatu makhluk yang sepatutnya bebas kat hutan sana. 



Ni masa Caesar baby, watak utama ( James Franco ) bawak dia balik rumah sebab ibu dia dah mati ditembak. Siyes comel gila die time kecik. Then James ni bela sampai besar dan jadi mawas yang bijak.

James Franco, Rise of the Planet of the Apes

Ni lah James Franco. watak utama dalam cerita ni.






Ni pulak Frieda Pinto. kekasih kepada James Franco yang banyak bagi semangat kat James dan Caesar.


Ni trailer dia. selamat tonton.





* Masa nak ending tu memang sedih kot. bergenang jugak la kan airmata ni T_T


Babai semua :)