pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Kuat hanya pada luaran, hakikatnya yang di dalam, aku LEMAH. Aku memang mudah mengalah.

Ya, aku memang seorang yang nampak sangat kental . Hanya di luaran. Tapi di dalam, aku dan DIA sahaja yang mengetahui. Semalam aku menangis semahu-mahunya. Rasa sedih, terkilan dan sangat tersentuh. Aku bukan menyalahkan takdir, cuma aku rasa hendak menangis disebabkan sikap manusia.

Manusia kadang-kadang hanya baik di luaran, dalam hatinya kita langsung tidak ketahui. Semalam lepas balik dari kerja, air mata aku terus berjujuran tanpa henti. Ya, aku tak tipu. Tanpa henti. Habis cair mekapku ketika itu. Aku biarkan sahaja kerana aku lebih rela mekapku cair daripada ku tahan tangisan itu. Sesekali aku bertembung dengan para doktor dan staff jururawat yang lain tapi aku palingkan mukaku agar tidak terlihat seakan aku sedang menangis.

Aku menekup sebahagian mukaku. Aku lap air mata ini tanpa tisu di tangan. Kaki ku bergerak laju menuju ke asrama. Aku mahu cepat redakan tangisan sambil memujuk hati agar cepat berhenti menangis. Tapi ianya gagal. Air mata ini terus mengalir. Akhirnya, aku bertembung dengan dengan kakak seniorku di dalam lif.

Aku senyum kelat kepada mereka sambil menundukkan muka. Mereka membalas senyuman ku tapi aku kurang pasti mereka senyum atau tak.Aku bukanlah sombong tapi aku malu dengan tangisanku.  Aku terus menuju ke bilik selepas lif sampai ke tingkat 4. Air mata terus mengalir.

Sampai di bilik, aku terus meletakkan beg dan aku terduduk. Aku habiskan semua tangisan ku sambil bunyi esakan semakin kuat. Kadang-kadang aku terasa seperti aku ini seorang bayi yang dahagakan susu ibu. Tapi aku bukan seperti itu. Aku cuma sedih. Sedih dengan perkara itu.


Menangis. Sudah ku bilang hati ini tidak kuat. Aku tak mampu menerima apa jua masalah yang datang pada diriku. Kadang-kadang diri ini dipersalahkan. Kadang-kadang aku rasa orang lain patut dipersalahkan. Aku bingung, malah boleh jadi bengong.

Aku masuk ke bilik air lalu mandi. Air mata mengalir sama sama dengan mengalir nya air shower ke atas muka ku. Aku pandang cermin. Mataku merah, sepet. Macam anak Cina yang mengada-ngada. Aku bukan macam anak Cina, cuma mataku sepet  seperti Cina.

Setelah siap mandi, aku terus mengerjakan kewajipanku sebagai seorang Islam. Aku bentang sejadah dan air mataku masih mengalir. Aku tak mampu nak menahan air mata ini. Maaf , aku lemah ya Tuhan. Aku baca Al-Fatihah dengan suara yang tersekat-sekat. Aku pejam mata sambil air mata ini terus jatuh.

Mungkin bagi orang lain, ia hanyalah masalah kecil . Tapi aku cuba untuk terima dengan seadanya. Aku cuba untuk jadi kuat di mata orang lain, tapi hakikatnya ya Allah, aku lemah di mata Mu. Aku sedar, aku hamba Mu yang cukup kerdil dan lemah. ya Allah, ampunkan aku, segala dosa silamku. Ampunkan aku :(

Mungkin ini balasan dari Tuhan kepada hamba Nya yang selalu alpa. Aku anggap ianya ujian. Ujian yang mampu membentuk iman yang sememangnya nipis ini. Mungkin dengan dugaan ini membuatkan aku lebih dekat kepadaNya. Ya Tuhan, terima kasih ya Allah. Kau menguji aku dalam masa yang sama Kau mengajaraku erti sebenar seorang hamba.

***

Dalam laman Facebook, aku minta semangat daripada kawan-kawan di dalamnya. Alhamdulillah, ramai yang memberikan semangat. Terima kasih semua.





Terima kasih.





Ada yang siap hantar video lagi. Video yang memujuk hati yang sedang sedih. Memang menangis tatkala melihat video ini. Tapi sedikit sebanyak. Jiwa lara in terubat :)

Thanks a lot Budakli Azli Yah.





Dan inilah video yang dikongsikan itu. Banyak membantu.


Dan ayat terakhir yang disampaikan sangat menyentuh hati.

Pesanan Nabi SAW kepada kita : 
" La tahzan, innallaha ma'a naa.."

" Usah bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita " ♥

Dan ada yang sudi promot buku :) Thank tiqah..Insya Allah ada kelapangan, aku beli. ^_^ terima kasih banyak-banyak for ur concern :)

****

Dan juga kawan-kawan FB yang lain, TERIMA KASIH SAHABAT.





Aku bersyukur atas ujian ini. Terima Kasih Tuhanku.



Terima kasih kawan-kawan, sudi baca ^_^






9 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

wachak said...

Harap2 semangat tim kuat untuk menghadapi dugaan ini. Semoga dapat bangkit semula dari masalah yg dihadapi. Senyum sokmo deh :D

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@wachak : thanks a lot wachak..

h.i.e.D.a.a said...

semoga sabar dan tabah mengharungi setiap dugaan hidup :)

asamasin said...

ill support u..dun wori k.. :D

kura said...

alala. sedih. bersabar la bawa bersabar. haaa

Run Away said...

.../salam kenal..;d

iefa ujang said...

kuatkn semangat...Allah 2 sntiasa ada tuk hamba dia.kita mnusia biasa n xkn pernah lari dr kesilapan n rsa keciwa.tp ingat la...kbhagiaan psti akan dtg jua . fighting ! ! ! :)

Woofer Storm said...

banyakkan bersabar ye tim..semoga anda kuat selalu ye..jgn pusing sngat,kadang kala abaikan seketika dgn rutin harian..slm raya

Bnykkan berdoa..

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

buat semua komentars,
thanks alot. bile bace sume komen korang, rase semangat semula :D
korang mmg sahabat alam maya yang terbaik <3