pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Happy Birthday to me means i've getting older !


Sekarang ni tepat jam 1200 midnight. Kejap lagi dah nak hari Ahad, bersamaan 25hb September. Oh lupa nak beri salam pada entry kali ni. Assalamualaikum semua, dan salam sejahtera pada bukan yang beragama Islam. Seminit lagi aku dah menjangkau usia 22 tahun. * tak muda oke* =.="

Sebenarnya, bila tiba hari lahir, aku senang bila berada di samping family berbanding kawan-kawan. Even kalau kawan-kawan tu plan baik punya untuk birthday aku means sanggup buat suprise birthday party,tapi hati ni mesti teringat kat rumah. It doesnt mean i'm not appreciate their efforts, tapi aku lebih suka dengan family.

Rasanya tak payah cakap kot the reasons why aku suka. Mestilah sebab aku rasa happy bila aku berada dekat dengan family, especially my mom. I called her  Umi. Ya, Umi yang melahirkan aku pada tarikh ni 22 tahun yang lampau. Ini bermakna usia perkahwinan my Abi & Umi dah menjangkau 23 tahun.^_^ Semoga berbahagia both of you.

Satu perkara unik tentang hari lahir aku apabila aku dapat tahu yang aku takdilahirkan di hospital.
Guess what?
Korang nak tahu tak aku lahir kat mana? hehehe.



Bukan dalam kereta okay !  =.="

Aku selamat dilahirkan di ruang tamu rumah atuk dan opah di Kg Rapat Jaya Tambahan , Ipoh. Emm. Aku bukan nya emergency labour pun ! Setengah orang akan cakap,
" eh, tak sempat nak beranak kat hospital ke?"
 " Maybe nak keluar cepat sangat kot dari perut mak.."

Its not lah sayang.

Its just my mom yang nak lahirkan I dekat rumah. I anak sulung and I pun tak tahu kenapa my mom nak lahirkan I kat rumah.hehehe ^^  Okay, stop bahasakan diri I  =.="

Masa Umi lahirkan aku, tepat jam 9.02 pagi. Umi aku cakap masa nak tunggu aku lahir, perut Umi aku sakit sangat. Yela kan, anak sulung memang camtu. Degil, taknak keluar2, sebab tu sampai sekarang pun degil. hihik. Kesian Umi kena jaga anak degil ni, tapi sekarang dah makin besar, InsyaAllah tak degil lagi. ;p

Bercerita pasal Umi lahirkan aku tadi, Umi cerita lagi kat aku yang menyambut aku time lahir ialah bidan terlatih juga merangkap Isteri Raja Chulan. Pada mulanya, aku ingat Umi aku main-main, then aku tanya Opah. Opah kata, benda tu memang benar, so tak payah la aku bertanya pada pihak Atuk pula. =.=" Sebab insyaAllah, apa yang Opah aku bagitahu memang benar. ^_^

Oh okay, sekarang dah 12.15 pagi pun. jap ye.
















Ouh, mood sekarang sangat terharu. :(

Ramai betul yang wish hihi.^^

Thanks all. I took all the pictures form Mr Google. kikiki. Pandai tak ? Tak hairanlah sebab kan ramai orang putih nama Tim :) and I'm the one of  TIM  :D

Dan dikesempatan ini, nak ucap thanks pada semua yang wish birthday Tim, semalam, hari ini , esok dan seterusnya. Tim hargai sangat-sangat. Kalau dapat hadiah , lagi hargai. HAHAH. Okay, gurau je okay? Hadiah tak main peranan sangat, cukup sudah tanda ingatan. Sudah buat diri ini betul-betul terharu. sobsobsob. :")

Usia dah genap 22 tahun. Oh dah tua. Makin tua, kena makin banyak buat amal ibadah. ye tak ? InsyaAllah, dengan izinNya dipanjangkan usia dan diberikan nikmat yang melimpah serta suami yang SOLEH, Insya Allah.

And Special Thanks to both of my Umi and Abi,
Umi, terima kasih kerana sudi melahirkan bayi ini suatu ketika dulu. Dari kecil banyak sangat dah kenakalan yang dilakukan, dan sehingga ke hari ni, sudah punya pekerjaan dan saat ini niatku untuk terus berbakti padamu. Terima kasih juga sebab sudi jadi ibu yang terbaik pada kami, mendoakan kesejahteraan kami, dunia dan akhirat. Kerana kami tahu, doa ibu sentiasa dimakbulkan Tuhan. Dan anakmu ini ingin meminta maaf atas segala kesilapan sepanjang hidup bersamamu. Ku tahu, syurga itu dibawah telapak kakimu.
I love you.

And for my Abi,
Abi ayah terbaik buat kami 6 beradik. Doakan yang terbaik buat kami, anak-anak Abi. Anak-anak Abi semua dah besar. Terima kasih Abi. Atas semua pengorbananmu. Perit jerih membesarkan kami. Hingga ke hari ini.. Apa yang dipinta, semua dipenuhi. Abi tak pernah mengecewakan kami.. Suka tengok Abi ketawa sebab Abi susah nak ketawa. hihi. And semoga terus bahagia melayari rumah tangga bersama Umi .
 I love u Abi.

Ya, aku beruntung.
Beruntung kerana di saat usia aku mencecah 22 tahun ini, aku masih punya AYAH dan IBU.
Berapa ramai kawa-kawan aku yang seusia aku sudah kehilangan mereka. Aduh, mesti sakit rasanya kan?
Alhamdulillah Ya Allah..begitu banyak nikmat yang Kau berikan pada hambaMu ini. Syukur..

Dan aku lagi beruntung masih memiliki OPAH dan ATUK di kedua-dua belah orang tuaku. Keempat-empatnya masih sihat dan masih " mengenali" ku. Mereka sangat istimewa bagi ku. Semoga mereka, orang yang aku sayangi dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

                                                                                 ****

                                          Ni gambar aku time baby. Siyes big baby, aummmm :D



Okay, siap sudah entry kali ini. Entry panjang yang membuatkan aku lebih menghargai siapa aku sekarang.
Thanks kepada yang sudi baca entry ini sampai ke penghujungnya. Semoga korang semua terus diberkati Tuhan. Babai semua. Salam sejahtera.

4 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sama befday dgn TTM hihi..

epy befday to you...

=)

kura said...

okey. happy birthday tim.. moga moga nmpak muda. Eceh! heheh

aiman fanboy k-pop said...

wauuu..happy birthday ya?errrmm...isteri raja chulan??istimewanya!

Adylia Qarissa said...

semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ...aminnnnnnnnn