pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Antara minat dan cita-cita : Kenapa aku pilih jururawat?

As salam readers :) phewww, lame gile tak bercerita kat korang..rindu rasanya nak menaip di laman sendiri. Sejak aku habis study pada 17 hb Jun baru ni, aku rasa puas sangat. Puas maksud aku, aku rasa bebas la, ermm, sedikit bebas, Kalau orang Kelantan " puas " tu bagi dorang macam " bosan " . Macam contoh, " wei, puah la weii..Nak wat gapo ehhh?" Hmm..gitulah lebih kurang. Hahaha. teringat dialek Kelantan la pulak. Kalau orang Ganu pulak " puas " tu disebut "puah". hai macam-macam. Tapi itulah namanya hidup bermayarakat kan. Masing-masing tahu dialek negeri negeri lain walaupun berbeza dialek.

Bila jengah blog kawan-kawan blogger yang lain, tersenyum kadang-kadang baca entry-entry dorang. Ada mesej dan penuh makna. Ada jugak yang buat lawak sampai aku gelak guling-guling atas kerusi ( oh ini bohong) ^________^

Seriously, aku jeles tengok kawan-kawan blogger yang tak pernah kering idea nak update blog dorang, menghiburkan orang lain dan berkongsi macam-macam cerita. Aku pun teringin nak macam tu. Menaip ni kadang-kadang boleh buat kita puas dengan diri sendiri. Sebab menaip ni kita guna 10 jari yang Tuhan bagi untuk bercerita. Kadang-kadang kita boleh terlalu jujur dengan menaip. Sebab tu aku buat blog, walaupun aku tahu mak aku sentiasa baca blog aku. haha. Sorry umi. =)

Lepas aku habis belajar kat Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu baru ni, selepas 3 tahun aku bergelumang dengan buku dan praktikal, aku rasa aku dah macam keluar dari satu kepompong kehidupan. Aku tahu aku bukan seekor rama-rama yang comel dan bahkan aku tahu aku bukannya muat pun duduk dalam kepompong. =.="

Tapi jelas menunjukkan aku kini sudah bebas. Aku sudah menghabiskan sesi pengajianku yang bertahun itu dengan jayanya. Ada segelintir yang bertanya, "seronok ke jadi misi..?"

Lidah aku kelu sebab aku tak tahu nak jawab apa.Aku masuk bidang ini secara tak sengaja.Aku bukan seorang yang pencinta bidang kejururawatan, malah aku tak pernah terbayang akan jadi seorang jururawat sebelum ini. Aku masuk bidang ini kerana aku cintakan kedua orang tua ku. Ye, umi dan abi yang membesarkan aku sejak lahir sehingga hari ini. Aku rasa dengan mendalami bidang ini aku dapat berbakti pada mereka suatu hari nanti. Ya, suatu hari nanti. Aku yakin dengan itu.

Minat aku sebenarnya ke arah lain. Aku sebenarnya pencinta ilmu IT yang tegar. Aku memang minat bidang teknologi maklumat. Dan sebab itu aku pernah mempelajari ilmu ini di KUIS ( Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ) suatu ketika dulu. Aku suka dengan animation, Adobe Photoshop, Micromedia Projector, Flash dll. Sebab aku suka buat sesuatu dan terus mendapatkan hasil yang cukup menarik. Aku suka benda yang berwarna-warni dan aku suka buat sesuatu yan kreatif.Aku memang minat benda yang cantik dan aku suka hasilkan benda yang cantik ikut cara aku dan kekreatifan aku. Aku memang nak jadi macam AyeemAyam dan Izamir Ridzwan. Dan sehingga semester 3, aku terpaksa berhenti dari menuntut pengajian ini.

Aku terpaksa tinggalkan minat aku dan pergi ke bidang yang aku sendiri tak tahu pucuk pangkalnya. Best ke bidang kejururawatan ini? Boleh ke aku bawak kos yang aku tak pernah tahu macam mana cara belajar dia? Semua soalan tu menghantui aku. Dan tarikh 1 Julai 2008 telah menjadi satu tarikh yang cukup bermakna dalam hidup aku. Tarikh aku mendaftarkan diri sebagai seorang pelatih jururawat KKM di Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu.

Suasana dan persekitarannya cukup berbeza. Tak ubah macam duduk di sekolah. Sebulan sekali ada perhimpunan pagi, kelas yang diadakan wajib kita pergi, berlainan sangat dengan suasana di universiti, kat U boleh ponteng kelas kann? hehehe.

Dan sekarang, minat ke arah kejururawatan tak penting kerana cukup aku katakan aku sudah jatuh cinta dengan bidang ini. Niat aku satu, nak jaga pesakit dan bagi mereka yang terbaik. Bila aku pandang raut wajah makcik-makcik yang sakit, aku pasti terkenang nak aku dirumah. Alahai, macam mana kalau yang berada di depanku ketika itu adalah mak kandungku sendiri? Aku pilu. Aku jengah pula pakcik-pakcik yang menderita dan terlantar, aku teringat ayah ku yang sedang berhempas pulas kerja demi membesarkan kami adik beradik. Aku bersyukur punya ayah setabah itu. Aku tahu abi banyak berkorban untuk kami. Aku punya sebuah keluarga kembangan yang cukup besar.
Aku masih punya atuk dan opah di kedua-dua belah ayah dan ibu. Keempat-empatnya masih sihat dan boleh berjalan walaupun sudah menjangkau usia 8o tahun. Aku bangga kerana aku masih punyai mereka semua. Sedangkan ramai kawan-kawan ku yang lain sudah kehilangan ayah dan ibu mereka kerana sakit... Aku cukup sedar dan cukup bersyukur. Jadi aku pilih bidang ini supaya aku boleh terus bersyukur dan berbakti kepada segenap hamba Nya. Aku tahu, aku dipilih oleh Allah dan aku akan menggunakan peluang ini sebaiknya.Alhamdulillah...

Tapi apa-apa pun, perjalanan aku selama 3 tahun di sana cukup memberikan impak yang memang besar dalam kehidupan aku. Memori pahit dan manis semuanya ku telan. Ilmu yang dicurahkabn oleh para pengajar , kawan-kawan yang cukup ramai dari seluruh negeri, adik-adik junior yang sentiasa support, pakcik-pakcik driver yang selalu hantar kitaorang outing, seriously korang THE BEST ! Even pasti ada yang terkecil hati, terkasar bahasa, but chill la kann? Semua orang buat salah, semua orang pun manusia.. So maafkan je laaa. Tak rugi pun maafkan orang lain, kan guys?

Dan aku rasa amat BERSYUKUR kerana telah menghabiskan pengajian aku dalam bidang Diploma Kejururawatan ini. Syukur pada Illahi kerana masih panjangkan nyawaku, berikan kesempatan buat ku untuk inhale dan exhale oxygen ke seluruh tubuhku. Berikan aku kesihatan yang baik, dan yang paling penting, BERIKAN AKU KESEMPATAN UNTUK MENABUR BAKTI PADA KEDUA ORANG TUAKU DAN KEPADA MASYARAKAT.

InsyaAllah, aku akan hadirkan diri ke Konvokesyen pada bulan 9 kalau tak silap di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta, Ipoh. Dan aku kini Graduan Jururawat yang berjaya !

Ni masa kursus induksi..



Gambar ni masa dinner 1001 malam untuk meraikan kumpulan kami yang sudah menamatkan pengajian..



Masa jamuan makan malam di rumah pengajar kesayangan kami..Puan Robeah Ngah..masak BBQ tauu.,..hehe


Apa yang best dengan gambar ni ? Gambar ni ditangkap oleh tuan punya blog =)


Gambar lagi =)


Dalam bas on the way ke rumah Puan.


Majlis yang diincharge oleh kumpulan kami.. Julai 2008. Semuanya serba hijauuu.


Ini ketika beruniform dalam kelas. hahaha. maafla. kami memang selalu terover ambik gambar.


keluarga kami. =)


all the best . korang semua...


ehem ehem, guys. From now on, panggil aku Staff Nurse Tim hokehhh.
hahaha.

gurau guyssss ! Assalamualaikum.

65 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

kyo_9 said...

uih..
semua pompuan?? xde laki ke??
btw, selamat bergraduasi~

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

mane de laki kolej kami..hehehe..

kyo_9 said...

lelaki takde???

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

takde..kolej ni 300 lebih semua nurse pempuan..nurse laki ade..tapi kat kolej lain...nape pelik sgt? hehehe

Unknown said...

tahniah...ilmu nie berguna dlm meneruskan kehidupan.

Daddylicious said...

suka jururawat sebab semuanya perempuan....heeee

shazleenhairuddins said...

fuhh, tetibe rindu budak kelas ;')

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

alolololooo yunk. relakss =)

[wani_mn] said...

suka tgk pakaian nurse. nmpk cute. haha. kak, saya jeles tgk backgroud cartoon blog akk ni. boleh share x mcm mana nak buat?? akk bleh bagi tips kat cbox blog saya ok!!

Anonymous said...

by the wat..aku rasa dalam kasta pekerjaan nurse la yang kerja paling bodoh tapi gaji boleh tahan.

Anonymous said...

rindu betul kngan masa stdy kt CONKT batch 1 2005..masih ada ke pn fatimah ek?..masa tu dia jadi 'mak kami'..ingkt lagi, kami first batch y guna pointer...tension giler stdy, ngn ocse lagi, praktical dlm ward...lasltly aku brjya dah bebas dari sini...hehehe

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@Anonymous
Hai kak ! akak senior saya ye..puan fatimah ade lagi..ramai puan yg masih ada kat sane..huhu..banyak kenangan kan stdy di sana :)

MYSELF ! :D said...

akak !
sy junior akak ..
kumpulan januari 2011 (1/11)
waaa , xsgka dpt jumpe blog akak !

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@MYSELF ! :D

Hai dik..yep..akak kuar adik masuk yek..takpe..belaja rajin2..kalau awak kenal syiffa izzati 1/10..haaa tu dulu rumate akk..mase tu akk sem 4 die baru sem 1..huhu..

nnfmf said...

salam sis, nak tanya, belajar jururawat ni mahal x yuran dia? saya dapat surat tawaran untuk temuduga latihan jururawat dari SPA, x tau lagi nak pergi ke tidak sebab sekarang saya tgh further study kt politeknik..so nak kena siasat dulu ler, baru buat kepututsan :)

nnfmf said...

salam sis, nak tanya sikit, mohon balas la yer..hehe, saya nak tanye yuran belajar jururawat ni mahal x? saya dapat tawaran untuk temuduga bagi latihan jururawat dari SPA, saya x tau lagi nak pergi ke tidak sebab sekarang saya tengah further study kat politeknik, jadi nak siasat dulu la pasal jururawat ni..hehe

tajul said...

Aku xabis lgi

tajul said...

Lambat lgi nk abis ni. Tnggu sampai rigor

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@nnfmf
Salam dik..for you information, dapat tawaran nurse SPA takde dikenekan bayaran langsung..free sepenuhnya..segala perbelanjaan ditanggung oleh KKM 100%..sebab SPA student ditaja oleh kerajaan..setiap bulan adik akan di beri elaun tau..selama 3 tahun..bagi pendapat akak, adik pergi je lah temuduga SPA tu..ambil & cari pengalaman baru.. Akak dulu pun dapat politeknik..tapi tak pergi.. susah tau nak dapat tawaran SPA..baik jangan sia-siakan.. :) sorry akak lambat balas komen adik..busy sikit..

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@tajul
tajul ni sape..belajar nursing gak ek..takpe..slow2 la ok..nanti tak lame habis la tu..hahaa..jangan la sampai rigor :)

Anonymous said...

sis , sy dpt twarn untuk stdy as a JP under kkm. msalahnya , sblom y sy dh ada dip in nursing dr kolej swasta. sy xtaw nat sy dh blaja sy patot gtaw or x yg sy ny dh blaja nurse. kalau bole sy xnak gtw. mohon pndpt sis :)

Unknown said...

wah .. bestnye .. minat and teringin sangat nak jadi nurse .. tapi , blajar xpndai .. hm .. mungkin xdpt la nk jadi nurse

Unknown said...

wah .. bestnyer .. teringin and minat sangat nak jadi nurse .. tapi .. blajar xpndai .. hm .. mcm xde hrapan je nak dpt jadi nurse nanti ..

Unknown said...

wah .. bestnyer .. teringin and minat sangat nak jadi nurse .. tapi .. blajar xpndai .. hm .. mcm xde hrapan je nak dpt jadi nurse nanti ..

Anonymous said...

salam..
sy nak minta sedikit advice tentang interview latihan jururawat.. actually, i hv done fifth times interview for this,.. but till now i dont know what and what the reason i cannot pass the interview.. it very dissapointed me.. on 3/10 1 more time again i've called for interview.. so , any useful advice for me so that i can use for that intervies?? pls kindly reply me at my email: jellfebgal@yahoo.com

fir said...

macam mana nak dapat awek nurse..ade tips x??

Asyikin said...

Berminat untuk Pembiayaan Kesihatan RM 90,000 setiap tahun.

Ingin keselesaan dan cepat?

bermula la mencarum untuk masa akan datang, kerana kos perubatan semakin meningkat.

dengan AIA PUBLIC TAKAFUL anda mampu berjimat.

Mempunyai Plan INDIVIDU atau Family.
Plan Family yang melindungi SUAmi, Isteri + 4 orang anak. Caruman Bulanan serendah RM 350 ( 6 orang)

Mendapat simpanan (tunai di akaun) meningkat setiap tahun.

sebagai sumber pendapatan seandainya berlaku sesuatu kepada kita (kemalangan,hilang upaya dll)

sila view blog saya
Asyikin Takaful AIA

012-429 0023

Asyikin said...

Perlindungan Kesihatan

Pernah anda terfikir kos perubatan yang meningkat 10% setiap tahun.

Anda bekerja dengan penat, seandainya terlantar sakit, dimana anda ppilih untuk mendapat kan rawatan?

Dengan caruman serendah RM 150 anda boleh mempunyai kos rawatan di hospital RM 90,000 setiap tahun.

Tapi jika anda hanya menyimpan di bank, apa yang anda dapat selain simpanan??

Bermula awal dan ketika sihat, anda sangat beruntung.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi
012-429 0023 (Asyikin)

Anonymous said...

sy nak mintk tip utk temuduga spa..sy sbnrnya lps diploma politeknik

photobasket said...

Mungkin anda perlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah berkaitan BLESS , HRMIS dan Mycpd. Jom visit page ini di facebook.
https://www.facebook.com/pages/E-Nurse/552494501551158

haziq said...

Assalam kak..blog niy thun 2011 lme tuh..skrang dah 2015………sy laki..sy minat jdi nurse...sy form 5 thun niy...teringin nk jadi nurse laki..best kan jadi nurse? Hope akk aktif lagi n blas komen sy

Unknown said...

assalamualaikum sis..sy nk tanya sis ambil diploma nursing dkt mne?anything about nursing do mind sis share here sbb sy minat nursing

Anonymous said...

Sy lelaki dan nk jadi jururawat jgak tpi tula kan temuduga slalu panggil tpi hmmm rezeki x pandang sy ... sedih ... ape pon slmt maju jaya utk akak yg brtugas sbg jururawat!

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

Hai Adik. Maaf akak reply lambat. Bagus Adik ada cita2 tu. Sbb nurse lelaki skrang Sgt kurang. Akak sang at support Adik. Nanti dah habis spm, pegi laman web spa.gov.my. isi borang nak jadi nurse kay? Good luck dik

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

Salam my dear, sorry for late reply. Akak amik diploma Kat kolej kejururawatan Kuala terengganu. Bagus Adik minat nursing. Cubalah apply!

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

Hai Adik.
Cepatnya Adik putus asa.
Nak jadi jururawat mana boleh cepat mengalah!

Go go go Adik. Cuba lagi sampai berjaya.

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

Hai Adik.
Cari awek nurse ke?
Pegilah hospital kalau sakit, nanti dapat injection pastu dapat lah awek :p

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

Hai Adik. Jgnlah cepat putus asa. Belajar tu Kan ibadah. Kita Cuba sampai berjaya. Try pegi laman web spa.gov.my utk isi borang apply nurse okay. Good luck.

Fatin said...

staff nurse tim.. all the best.. Semoga menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. :) from atien.

Anonymous said...

Yang bodoh tu kau. Tak reti appreciate orang. Takde nurse. Hosp tak jalan bruh. Use yr brain. Not yr knee's head. Jangan tunjuk kebodohan tu. Buat malu. Tutup2 sikit ye :)

Jujue said...

Minat sangat nak jadi nurse..pegi interview tapi belum ada rezeki lagi ke situ..

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@Fatin

terima kasih dear :)

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@Anonymous

auch?marah siapa ni hehe

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@Jujue
cuba sampai berjaya ! insyaAllah Tuhan akan menolongmu...

Unknown said...

Salam.akk saya ad dpt interview nursing tp saya nak tnye akk la.saya mmg minat nursing ni.tp mase saya SPM ,saya cume ada sains biasa tiada biology ke chemistry semua tu cume sains sahaja.mcm mne pembeljaran dalam bidang nursing pulak? Susah tak bagi mcm saya ni cume ada sains biasa.minta pendpat akk 😭??akk tolong balas.

Anonymous said...

salam..nk tnya ni..klau male nurse di tempatkn di satu kolej atau asing2 atau ada kolej kejururawatann khas utk llaki?

Unknown said...

salam..nk tnya ni..klau male nurse di tempatkn di satu kolej atau asing2 atau ada kolej kejururawatann khas utk llaki?

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@Mat Tot

Hai mat tot.
Kolej jururawat seluruh Malaysia campur semua lelaki perempuan masa sesi pembelajaran selama 3 tahun.

Yang KKM sahaja yang saya tahu. Kolej swasta saya tak pasti mcm mana.

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@Aen Azlin

Salam.Yang tu luar bidang kuasa akak dik.
Takpe macam ni, Adik mohon je dulu melalui SPA. Dan pergi temuduga nanti jika dipanggil. InsyaAllah adik akan dapat.

Akak tak pasti kalau ada sains saja dapat ke tak. Sebab akak memang ambil bilogi fizik kimia waktu sekolah dulu. Tapi result biasa2 aje, hihi.

Apa kata adik cuba dulu? Mana tahu rezeki disitu. Good luck !

Unknown said...

Terime kasih atas pndpt😊😊😊

Tp na thu la cm akk kn berpngalaman.susah tak beljar nursing ni?😁

Anonymous said...

Assalamualaikum akak.. Saya nak minta pendapat akak. Alhamdulillah saya dpt tawaran latihan kejururawatan. Tapi saya x tahu nak pegi ke tidak. Macam akak, saya hanya cuba nasib dalam bidang ni sebab galakan keluarga. Saya buntu sama ada nak sambung belajar peringkat uni or pilih jalan ni.. Saya seorang yang takut darah.. Akak pernah ada kawan yg penakut darah jd nurse x? Akak rasa saya sesuai ke ?

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@Aen Azlin

Secara umumnya..memang susah. perlu kuat fizikal dan mental sebab suasana dan cara belajar mmg bukan macam universiti. disiplin mesti tinggi dan boleh belajar dan terima teguran dgn baik.

adik boleh cuba kalau nak masuk dalam bidang ni.akak doakan awak berjaya k!!

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

@Anonymous

Waalaikumussalam adik.
Kalau takut darah mcm mana adik nak keje nurse syg, hihi.
Jadi nurse mmg akan bermain dgn darah selalunya.
Ambil darah, cuci luka, semuanya pasal darah. Hihi

Anonymous said...

sis, boleh share tips iv? 😊

Unknown said...

Sis ws saya 01116299097. Saya nk sangat jdi misi tpi x thu cara nya hope sis dpt ws saya

Unknown said...

Sis ws saya boleh 01116299097. Saya tringin nk jdi misii tapi x tahu cara nya . Harap sis ws saya

Anonymous said...

Doakan saya.. Sbb saya nak apply diploma kejururawatan kat ppum... Nak sangat2. Tahun ni tahun ketiga saya cuba nak apply... 2 tahun berturut turut ibu ayah saya x restu saya apply kos ni.. Skrg umur pun dah 21, diorang dah kasi green light, harapnya saya dpt apply kos ni :)

Anonymous said...

@Tim Cik KupuKupu Ungu sis, boleh saya nk no sis x? saya ada dpt spa, saya nk tanya beberapa soaln dkt sis lh. :)

BAHAGIA.. said...

assalamualaikum.. bleh x bgi tips untuk tmuduga dip.kejururawatan����

BAHAGIA.. said...

assalamualaikum.. sis bleh x bgi tips tmuduga tips.kejururawatan

Z said...

Kakak suka lancap tak

Anonymous said...

salam kak nak tanye mane semua lelaki..saya lelaki and dapat tawaran jadi nurse tapi bila tengok gamba akak semua takde lelaki haih risau pulak rasanye mcm tak nak masok pulak

Ramita tba said...

saudari sama batch xspecial saya.Norafizah Haji Sapan.panggilan epitz.

Unknown said...

Akak saya skrg berada di f6 , dulu ada dpt iv spa nurse tapi takpergi sbb rasa nk stay f6 then lamalama rasa nyesal n now spa bagi lagi saya peluang utm ke iv , sekiranya saya pergi dan dpt, patutke saya pergi dan tinggalkan f6 ? Sbb saya budak akaun..then ttb nk belajar sains.. Takut juga senanya huhu

Unknown said...

Akak