pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Layak ke dapat AWARD? hehe.

Oh Tim dapat award lagi. Macam Anugerah Skrin pulak kan? Haha. Kali ni Tim dapat award daripada askar yang comel kiut miut nama dia Ling Wai Kot. kot la. Tim pun konfius sikit dengan nama dia. Macam-macam la. Kejap Ling Wai Kiat kejap Ling Wai Kot. Panggil Ling Wai Kit Kat baru tahu. Hahaha. Jangan marah ye Ling Wai sayang. Dia ni akceli muda setahun dari Tim. Tapi pangai die budak-budak lagi dari Tim walaupun Tim ni memang dah macam budak-budak. Tapi tape la, budak-budak pun comel what? Cehh. oklah.continue with the award okay?



Okay, that's it ! aloloo hitam manis rupenya award ni..Thanks buat Monkey Bonjol yang comel :)
Lain kali bagi lagi yerp? =)

Syarat-syarat untuk dapat award kena jawab-jawab soalan2 maut ni dulu..

1) Thanks to the sender of the award and linked this entry to the sender.

Oh terima kasih terima kasih terima kasih terima nikahnya terima wangnya terima kasih sayang terima kasih banyak-banyak pada Mr. Ling Wai Kit Kat yang dah bagi Tim award yang co
mel lote kiut miut ni. Maseh banyak-banyak apek ! Gua hutang budi dengan lu...!=)

2. Share 8 facts about yourself.

Oh yang ini memang susah sikit la.Ling Wai pun kata susah so gua pun nak cakap susah jugak. Haiyaaaa..manyak susah la ini soalan !!

1. Start orang panggil nama glamer " Tim " sejak belajar kat KUIS. Ada sorang kawan panggil dengan panggilan tu. Woah. terkejut gila waktu mula-mula...Tapi bila lama-lama rasa comel pulak nama TIM tu. So continue je la. Ada jugak orang cakap nama Tim macam nama lelaki. Apa nama orang putih yang main football tu? (cehh, football) Tim Howard eh? heh. Entah la tak tahu. Mana nak tahu nama sama cam Tim Howard. Dia yang tiru nama aku.HAHA :D




2. Nurse? apa tu? Masa kecik-kecik dulu, kalau orang tanya " Fatimah, nanti dah besar nak jadi apa?" mesti jawab, " Ermmm..Nak jadi cikgu, kalau tak jadi cikgu nak jadi loyer (loyer buruk),takpun nak jadi doktor.." Sambil tersengih-sengih. Seriously, tak pernah pun terfikir pun nak jadi nurse. Masa mula-mula dapat surat tawaran rasa kelam hati. Buntu. Kadang-kadang rasa nak hantuk kepala kat dinding bus stop sebab memang rasa tak percaya akan dapat nurse. Muka garang macam cikgu disiplin ni pun ada orang nak amik jadi nurse ek? Haha. Tapi lepas fikir balik, duduk diam-diam sambil tenangkan fikiran, tanya umi dan abi, buat solat Istikharah, mintak petunjuk Tuhan Yang Maha Esa.. Then keputusan muktamad telah dibuat pada bulan Jun 2008. Masa tu hiba tak tahu nak cakap la sebab terpaksa tinggalkan KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), tinggalkan gelak tawa bersama kawan-kawan Multimedia tersayang, lecturer2 yang memang sempoi habis, korang semua memang tetap dalam hati. Dan pada tanggal 1 Julai 2008, Tim selamat mendaftar sebagai seorang JURURAWAT PELATIH di Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu dan sampai sekarang dah pun masuk Semester Enam. Rasa sekejap je masa berlalu... =(


3. Kali terakhir terkencing dalam seluar waktu Tingkatan 1. haha. Shhhh. diam-diam sudah. Masa tu Tim mimpi apa entah sampai mimpi masuk dalam tandas. Masa tu tak tahan sangat nak melepas. Bukak seluar bagai, apa lagi..........(tahu dah kan apa jadi pas tu?)
=)

4. Nak tahu tempat lahir Tim? Untuk pengetahuan semua, Tim tak lahir kat hospital tau. Bukan sebab hospital dah penuh atau pun apa, cuma memang umi Tim tanak lahirkan Tim kat hospital. Pelik kan? Kalau tak pelik pun
takpelah, buat la muka berkerut-kerut sikit, nampak macam pelik :) Tim dilahirkan di rumah atuk Tim kat Kampung Rapat Jaya Tambahan, Ipoh Perak pada tanggal 25091989 pada jam 0902. Oh tak sangka kan Tim ni gadis kampung je, hehe. Lahir kat ruang tamu rumah. Bidan yang sambut pun adalah isteri kepada Raja Chulan. ingat Tim tipu ke? Eh tak tipu la..hehe.

5. Korang nak tahu tak result Tim waktu UPSR, PMR dan SPM ? Wah, bukan senang kan nak bagitahu satu dunia ni. hehe. Result tu takdelah gempak sangat, lagipun benda ni dah lepas kan, sejak berkurun lama, so saja nak kongsi-kongsi..

Masa UPSR : dapat 5A okey.tak percaya? Tim pun tak percaya. Rasanya pemeriksa tu silap cek kot. HAHA. tak lah, mungkin sebab Tim rajin kot,memang Tim rajin belajar pun waktu sekolah rendah dulu. Memang pandai. Cikgu semua puji ( bukan nak bangga, tapi dah memang :p ) Kalau time exam, tak dapat nombor satu, dapat nombor dua..tak dapat nombor dua, dapat nombor satu..hehe. kembang kempis idung aku. keh keh.


Masa PMR : okay. yang ni memang sumpah Tim menyesal gila main-main time sekolah dulu. Masa tu Tim sekolah kat Sekolah Agama kat Ipoh, nama sekolah tanak cakap lah, sebab rasa macam tak layak duk sekolah tu. =(
Tim dapat 2A 5B 1C 1D je. D tu tahu jelah, ARAB. adesss.Kuat main dulu waktu PMR. Puas dah mak Tim jerit pekik suruh belajar. Tim buat tak endah je. lagipun Tim dulu duduk asrama, kuat tidur sebab mengantuk sangat. Setan tu memang suka pakaikan celak kat mata suruh tidur, suruh tak payah study dan inilah akibatnya !

Masa SPM : oh inilah zaman yang tak boleh nak lupa. Zaman bermulanya alam percintaan dan keremajaan. Perghhh. Masa ni Tim dah pindah sekolah harian biasa. Dah tak sekolah kat Sekolah dulu, bukan sebab kena buang okay? Cuma nak lari dari masalah yang tak dapat dibendung (KUAT TIDUR). So, my parents decide tukarkan sekolah. Masa ni Tim dapat aliran Sains Tulen so amik la subjek Biologi , Fizik , Kimia semua. huh~ Susah kot. Addmath jangan cakap la. terkencing terberak jawab. So pas dapat result dapat biasa-biasa je. 4A 2B 4C 1D.Teruk gile kan? Tapi Tim bersyukur juga walaupun banyak tu je, Tim ngaku memang banyak main cintan cintun sampai terabai pelajaran ..huhu. Nak tahu apa yang D tu? jeng jeng jeng..haha. D tu matapelajaran Biologi okay. Bukan nak bangga sebab dapat D, tapi korang terfikir tak, orang dapat D subjek Biologi boleh dapat NURSE?

6. Sejak dari kecil, Tim memang kuat menangis. Sikit-sikit menangis, orang marah je nangis. Orang buat lawak pun kadang-kadang boleh gelak sampai menangis. Mungkin sebab kilang air mata ni dah macam tempayan yang penuh dengan air. haha. Tapi tu lah nak cakap, kalau boleh sukat air mata ni dalam setahun memang banyak la.Nak cakap kat sini, tim ni sangant sensitif sangat orangnya. Mudah tersentuh dan mudah kecil hati. Tu memang sifat yang agak tak elok kan? Hmmm.



7. Tim suka gila colour purple okay. Ini memang dah tak boleh elak. huhu. Semua benda yang berkaitan dengan hidup Tim semuanya berwarna UNGU.
Baju, kasut, baju kurung, tudung, dinding bilik tidur, cadar tilam, handbeg, purse, getah rambut, keychain handphone, beg balik kampung, tuala, telekung (jangan terkejut!), deodorant, bedak johnson,dan banyak lagi laa.
Seronok gila rasa hidup dikelilingi dengan colour PURPLE. Oh purple, iloveyouuu !

8. Fakta terakhir kan? Yang terakhir ialah Tim adalah anak sulung. hahaha. Heyy, ingat senang ke nak jadi anak sulung ? Susah tauu. Tanggungjawab berat , kena jadi contoh pada adik-adik. Tim ada adik ramai. 5 orang semuanya. Umi Tim selalu suruh nasihat adik-adik jangan jadi macam Tim. Sebab Tim dulu nakal sangat. Kuat bercintan monyet. Kuat main. Kuat melawan cakap umi. Kuat melawan umi dengan abi. Kuat memberontak. Tim jahat kan? tapi sekarang Tim dah tak macam tu. Tim menyesal sangat sebab tak ikut cakap umi dulu. Mintak maaf banyak-banyak ye umi.
Okay ni dah masuk tajuk lain.

nak kasi famous nama adik-adik Tim.

family-clip-art

1. Muhammad Adam Borhan
sekarang belajar di IPG Perlis, ambil jurusan cikgu la kan? Dia ambil kos Pendidikan Jasmani dan Pengajian Sosial. Bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah , Ipoh.

2. Nur Basyirah Borhan
Baru lepas habis SPM 2010. Bekas pelajar SMKA Sultan Azlan Shah, Perak.

3. Nur Hamizah Borhan
Baru habis PMR 2010. Sekarang study kat SMK Jalil, Hulu Langat.

4. Muhammad Luqman Borhan
Sekaranf Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Pintar di Sungai Gabai, Hulu Langat. Baru hafal 1 juzuk Al-Quran, alhamdulillah. =)

5. Muhammad Idris Mansur
Pelajar Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Hulu Langat. Budaknya bijak dan sangat comel. hehe

Okaylah tu saja 8 FAKTA tentang diri Tim. Thanks sebab sudi baca.



3. Give this award to the other bloggers who deserve it.

Tim dengan ini berbesar hati nak tag kawan-kawan Tim ni..



TERIMA KASIH SEMUA. =)








4 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

ayulunera said...

wow.....first time ayu jumpe ucapan pnjg gini....ayu pon tak terpikir nk wat gini...cayalahh......

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

hehe :) ucapan panjang ape ayu? hehe

. akit kot . said...

mak aih..
sungguh panjang fakta anda tersebut..
hahhahak!!
anyway .
u r welkum ^^

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

heeee ^^..demi mu ling waii..haha. bace ke tak tuh? mase tu tgh semangat..hehe