pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

'Anu' kena Potong. Uish sakitt !

Ya semua. Bila baca tajuk entry macam nak baca laju-laju kan.
Cepat-cepat ambil spek kalau mana yang rabun dekat dengan rabun silau sebab nak baca entry berkaitan dengan 'anu'. Eh eh. penis eh kemaluan . ehhh, lantak kau la Tim.
Yelakan, takut tertinggal mana-mana bait perkataan dalam entry ni.
Kena la amik spek dan duduk di tempat yang cerah dan takde orang. Hehehe. Tim gurau sayang.*

AMARAN:
Sila lihat kanan dan kiri anda ye sebelum teruskan pembacaan sebab bawah ni ada gambar yang lucah sikit. hehe.

Sebelum apa-apa,Tim nak uar-uarkan kat semua korang-korang.
Tim sekarang berada di rumah tercinta iaitu di Hulu Langat Selangor. Tempat tak boleh spesifik sangat sebab tempat ni famous jugak la. Takut ada yang berkenan tak pasal-pasal masuk minang,hadoi makkk. Jangan laaa. *ce ce ce*

Nak diceritakan al kisahnya, Tim tiba di Terminal Kajang jam 5:30 pagi.Tepon abi (panggilan ayah Tim) sebab nak suruh amik kat terminal tapi handphone abi tutup. Alamakk. Camane aku nak balik? Call punya call punya mesej akhirnya jam 5:45 pagi baru delivered. Ish..sabar je la kan? Nasib baik ayah... hehee :)

Pastu abi pon balas dengan selambanya:
" Ok..abi on the way ni. tunggu situ."

Tunggu punya tungu punya tunggu pukul 6:30pagi baru abi sampai.
Adusss. menggigil lutut ni berdiri sejam. Dah la perut lapar.
Grrr. *again. (nasib baik ayah)..
Pastu masuk lah dalam kereta sambil tarik beg tarik yang chomel kale purple.*sayang dia.

masuk masuk je dalam kete...
(salam abi dulu)
cececece.

abi tanya, " Kakak dah solat Subuh belum? Boleh solat?"
Omaigod. terlupa pulak yang Tim belum sembahyang.

"belum.."
muka masa tu tahu je lah baru bangun tidur.
korang bayangkan yerp?
cehhh.

"ok lah kita singgah Masjid Kajang jap berhenti solat.."
"ok abi.."

So pastu bertolak balik rumah. Sampai rumah pukul 7:30 camtu.
masuk-masuk je rumah...

Terus pandang dinding. Ada frame gambar la. cantik. ouh bukan frame yang cantik tapi ada gambar yang comel dalam frame tuu. Tim tengok agak lama jugak sebab comel sangat. Tim tersengih sambil tunjuk gigi yang cantik.*hahahaa.pasan gigi cantik.

Korang nak tengok tak frame gamba tu? dan nak tahu kenapa Tim sengih?
tengok lah.

hahaha, ini lah dia. frame gambar tu. dalam frame tu adik bongsu Tim. Gambar ni ambil waktu dia dapat ijazah PhD kat USM. *cehh tipu oke. HAHAHA.

nama dia Muhammad Idris Mansur bin Borhan. umur dia 7 tahun. Nak masuk darjah satu tahun depan. korang kene tengok muka dia betul-betul.

Okey.kasi zoom sikit.


HAHAHA.
tahu dah kenapa Tim sengih panjang lebar sambil menampakkan gigi yang putih?
tengok la mimik muka dia time bergambar ni.
macam bongkak gila dapat sijil habis tadika dia.
Muka bangga la konon. Bukan muka bangla oke. Muka bangga.
Muke tak boleh blah rase nak bagi penampo pun ade.
keh keh keh.

Dah la.Lupekan pasal frame di atas. nanti kalau korang rindu tengok frame ni meh le datang jenguk blog ni. Tim tak marah punya. Hehehe.


Nak diteruskan cerita, Tim pun angkat la beg naik atas nak pegi bilik Tim. Nampak umi tengah basuh baju. pegi kat umi then cium tangan umi.cium pipi umi. Ouh wangi, Aku je yang busuk tak mandi lagi. HAHA.

Then masuk bilik adik bongsu.
Omaigod.
Terlantar atas katil macam orang sakit meroyan.
Sambil pakai kain pelekat kale biru. Sangat comel ohhh.

*cane la boleh tak ingat adik tim baru lepas sunat* hadoiii.

Dia nampak Tim dia senyum. Tim cium pipi dgn dahi dia. Rindu gilaa.
"hai kakak..ni idris sunat." sambil tunjuk 'anu' dia kat Tim.
telan air liur. bengkaknya.
baru Tim teringat adik Tim sunat pakai teknologi baru.
Guna laser.
Bunyi laser macam sakit kan? terbayang cahaya infra merah yang menembusi kulit 'anu' tersebut. lalu memotong sehingga putus. aduhhh. sakitttttttttttttt !!
* Tim, tolong stop.

Ok ok ok.
pastu Tim pun pergi mandi la kan. bau pun dah 'wangi gile'. heh.
Pas tu Idris nak mandi. So macam biasa la kan? kakak sulung dia ni kalau balik rumah dah jadi macam orang gaji 41 la. macam Pah Bedah.

So masa nak mandi dia siap pesan..
"kakak, mandi idris tak boleh siram tau. lap badan dengan kain jee..."

"Oh ok adik.."

Tim pun lap badan dia. Slow slow. Sebab takut dia jerit sakit. Uish dia..kalau jerit boleh pecah tembok china. *tipu lagi.

Masa nak basuh kencing dia lagi lah susah. Guna kapas lagi. Tapi tim tak reti. tim suruh dia ajar.
*hai susahnya kalau bersunat kan?*
*basuh kencing pun susah *

Tim basuh hujung 'anu ' dia je dengan kapas. Telur dia tak basuh pun. HAHAHA. dia tak bagi la.
lain la telur yang ini. yang ini Telur Di Basuh.
:)

Pas mandi oh macam biasa juga. Suap dia sarapan dan teman dia main game kat laptop.


tengok lah apa dah jadi. Dia dah menguasai seantero laptop ku. Main game la pulakk..marah kalau orang datang kacau. huhuhu. Dah la comel dengan kain pelekat dengan kopiah nya. HAHAHA.


korang nampak tak apa bawah ni?

HAHAHA,
Tim curi-curi ambil gambar ni. Tolong jangan bagitahu dia yang Tim amik gamba ni curi-curi. please.

korang mesti nak tahu kan apa yang putih tu?

kasi zoom zoom lagi.

okayy. jelas tak? tahu dah
apa? hahaha.
tu 'anu' ye kawan-kawan.

ejaan : A.N.U

reti eja takk?
hehee.

actually benda putih tu sebenarnya cawan polisterin sbb nak protect 'anu' adik Tim dari bergesel dengan mana-mana tempat atau kain yang dia pakai. Tim tak tahu lah sape yang cipta tapi yang pasti bukan Alaxander Graham Bell la sebab dia pencipta telefon kan?
HAHAHA.
kreatif kan?

tengok. walaupun berkain pelekat dan ber'anu'kan cawan polisterin tapi masih mampu tersenyum @ tersengih sambil tunjuk peace.
hehehee.

Ni time Idris muda-muda dulu. Dia boleh bertukar jadi otomen macam Hamzah Ian dan kadang-kadang jadi macam Keluangman. oh sungguh ensem kan?

Okay sebelum korang tinggalkan blog Tim yang indah ni...
( cehh indah ke? )

tolonglah mulai sekarang korang belajar senyum macam ni.
kerana senyum itu kan sedeqah..insyaAllah hidup akan diberkati.
amin.

"adik, mana pergi gigi..??"

" satu umi cabut waktu idris tengah tidur..satu lagi tercabut waktu idris tengah makan nasi lemak..idris ingatkan kacang goreng..rupa-rupanya gigi.."

*terdiam.*

Okay kawan-kawan.
habis sudah cerita pasal 'anu' untuk malam ni.

Mesti pas ni korang dah start ngantuk kan?
Hahha.
Selamat malam semua.

SALAM.










13 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

Pyka Rahmat said...

hahahahahaha

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

kenapa gelak pyka? tahape kan?hahaaha

zazaw said...

hehe
memang zaman orgggg bersunaat kan
sekarangg nih (:

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

haaah,
tapi orang kecik je laaaa.
org besar ade jugak ke yg dah bersunat?

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

haaah,
tapi orang kecik je laaaa.
org besar ade jugak ke yg dah bersunat?

ayulunera said...

heee...cencor bawah tu..hehe..
hepinye..baru lah jejake bile dah sunat...jejake sejati gituu

tieha ismail said...

hahah ceria aje mukenyer...cam tade pape plak berlaku...heheheh bagus punyer budak....

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

luna : hehehe..tula..sensored je kan..tu pun tgkp gambar curi2..tanak die tau..habehla kene ketuk kalau dia tahu..hahaha.

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

tieha : keh keh..die tu memang..
suka sgt ! siap sengih smpai nmpk gigi.walaupun dah takde dua gigi..hehehe..

azimask said...

sunat sunat,.... jgn tak sunat..
lau tak sunat nanti tak leh kawen.. hehehehe

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

mimie : hehehe..butul..manyak butul itu jugak..
(aik..kenapa aku cakap cam keling ni)

ar. said...

haha comel :D

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

comel sangat !! heehe