pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Korang nak kenal dengan pakwe Tim?

saje nak update entry pasal pakwe malam ni.
Tim bukannya apa, jeles la tengok orang lain duk bubuh gambar kekasih masing-masing kat blog..
Tim datang blog ni, cakap pasal pakwe, singgah blog ni, cakap pasal awek, hinggap blog ni, sembang pasal kekasih..aisehhh. Blog Tim ni je yang suci murni macam Minyak Kelapa Sawit Seri Murni.. Takde pun cakap pasal pakwe kan?
Okaylah, Tim tak nak panjangkan cite, korang tengok sendirilah siapa pakwe Tim..
Orangnya tak lah hensem mana, tapi memang hensem la. Kalah la Mr Lipas. hahaha. *gurau je bro..jangan marah.. kang abis Mrs Lipas serang Tim pulak :P


Kan Tim dah cakap, dia tak lah hensem mana, gemuk gedempol, sepak masuk gol, tu yang Malaysia menang 2-0 dengan Vietnam semalam tu.

Haaa? Korang nak cakap muka pakwe Tim ada iras-iras Awal Ashaari? Memang lah, ramai yang cakap, Tim dah lali dah dengar.. Orang duk cakap muka pakwe Tim ni macam muka Awal Ashaari.. Ish.. Awal Ashaari tu tak hensem lahh..Jangan lah samakan dengan muka dia..
Kalau nak samakan dengan Ben Ashaari takpe. Bro tu kan hensem , HAHA. *ampun kak.
(maaf ! abg Ben dah kahwin ya)

Tapi gambar atas ni gambar dulu-dulu.. Waktu mula-mula bercinta..Pastu Tim suruh dia kurus walaupun Tim sendiri tak kurus-kurus..
Lepas tu jadilah okay sikit..

Okay tak okay jugak lah, muka dia jadi berkedut pulak. Lepas tu Tim suruh dia pakai Olay Total White pastu dua tiga bulan baru dah licin dan tak berkedut. Lepas tu memang hensem lahh..




Nak tengok?







Comel kan? Dia memang comel dan hensem sekaranggg ! Miahaha.
(gelak jahat)





Ni gambar dia waktu dia teringin bebeno jadi askar.
Macam ni la rupa Mr Lipas nanti. kan kan?


Okaylah, sebenarnya semua gambar-gambar ni Tim cilok kat Facebook tadi.
Kat sini

Comel pulak tengok, jadi ambil la buat kenangan..
Minat gila kat dia ni wehh.

Bhahahaa. Selamat Malam. nak tatap gambar pakwe jap sebelum tidur.



4 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

meaw said...

aipppp . jangan amik meaw punya . muahahahaha!

TimmY Cik KupuKupu Ungu said...

hahaahaha..meaw punya? yang mana yang mana?

anamizu said...

alolo comelnye awal in the army uniform ^^

ayulunera said...

heeee...klaka nye awal gumok...bes la...mane wat cmtu....pakai software ape...??