pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway :)

Selamat Tahun Baru semua !
Pheeewwww~ Dah nak masuk Tahun Baru dah rupanya kan? Anyway, sempena masuknya Tahun Baru 2011 ni, teringin jugak Tim join Give Away yang dianjurkan oleh seorang blogger yang sangat cool dan best blognya..iaitu IZAMIR RIDZWAN..Kalau korang nak join, boleh la pergi entry INI . Anyway, Tim dah lama usha blog ni..dan dah lama jadi follower dia..Blog brother ni best dan Tim suka datang baca blog dia sebab ada seekor lebah yang sangat comel berterbangan di dalam taman blog IR ni tauu..hehehe..Kupu-kupu Ungu memang boleh jadi kawan baik dengan lebah IR.. cececeee..Walaupun lebah ada sengat kat belakang bontot..tapi kami lebih kurang adik beradik dua pupu je..tak gitu IR? hehehe.. Ada jugak kadang-kadang bagi komen kat entry dia...dan untuk pengetahuan korang, ni first time Tim join Give Away.. :D

IR cakap dia nak wat Give Away sempena Tahu Baru ni..wow..macam menarik so Tim join.. Hadiahnya pun cam best.. Pendrive Kingston 4GB..latest model dia kata..Kebetulan, pendrive Tim dah lama rosak..Memang Tim takde pendrive sekarang ni..Sadis kann? Huhukk. sedih niii..Duk pinjam pendrive orang sini sana..So Tim berminat la nak join Give Away ni..mana lah tahu rezeki Tim dapat..Alhamdulillah sangat-sangat...amin. Semoga murah rezeki Izamir Ridzwan lepas ni... ^_^



So Tim nak tag 5 orang kawan bloggers :) Mereka yang bertuah itu adalah....
jeng jeng jenggg..


Okay, siapp !

double checking..tutttt..tuttt..

  1. Mesti jadi follower Izamir Ridzwan - DONE
  2. Buat entry bertajuk Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway :) dan link kan ke entry tersebut. - DONE
  3. Mesti letak poster ini dalam entry dan sidebar korang..- DONE
  4. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan.. Kemudian, masuk blog rakan yang korang tagged tu, dan maklumkan di entry terbaru mereka yang mereka kena tagged dalam entry korang.. Jangan lupa kasi link sekali kat mereka.. Nanti susah pulak meraka nak cari kan..- DONE
  5. Akhir sekali tinggalkan URL entry yang korang buat tu kat entri ini.. Itu jer.. -DONE

Okay semua..Tim dah siap buat semua..alhamdulillah..Tim harap menang la..Nak sangat-sangat dapat pendrive..Lagi lagi orang bagi kan..IZAMIR RIDZWAN pulak tuuu..Bukan calang-calang blogger woahhh. Thanks IR buat Give Away macam ni..Lain kali buat la lagi ok? Thanks a lot bro.. Salam.

Alamak Hitler mengamuk !!

(gelak guling-guling sampai tergulung karpet ni haaa)

Tim dah tak boleh nak cakap apa dah bila tengok video ni.
Hahahaha, hahaahaha, hahaahaha, gelak dan gelak sampai nak tercabut gigi geraham :D

Korang tengok la Hitler duk mengamuk bawah ni lepas Indonesia kalah dengan Malaysia semalam.
Ayat-ayat Hitler bagi memang power lahh. Hahaahahaha.
Dah tak larat nak gelak ni. adehhh adehhh.

Korang tolongla tengok. tolong laaaaa.

kah kah kah ..

nak terkucil.

korang tengok yee.

Tim nak ke ladies kejap.
*kucil*

enjoyyy !!




Sebelum baca entry ni korang kena senyum dulu.. Seennyyuummm !

Hai semua. Apesal korang semua tersengih-sengih masuk blog Tim ni? HAHA.
Takpe takpe. Nampak comel dan hemsem masing-masing. awwww.
Tahu kenapa Tim suruh korang senyum?

Sebab senyum tu sedeqah, senyum tu manis, senyum tu pengubat hati, senyum penyeri dunia....
So from now on, apa kata kita belajar senyum kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa, tak kisah la kenal ke tak kan..Beri senyuman yang manis dan ikhlas, buat semua orang senang dengan kita.. Dalam Islam pun memang digalakkan senyum kan?

Tapi kann, janganlah senyum sampai lama sangat..Senyum sekadar pemanis muka dah la..Buat si jejaka pulak, kalau jumpa awek cun tu, kalau senyum meleret-leret tak ingat tu memang nak kena penampo free la tuh. HAHA. Korang jangan wat macam tu eh sang jejaka. Senyum biar manis, baru mertua suka. eceh.

Sebelum Tim habiskan entry kali ni, apa kata kita join dan relaks sekejap dengar lagu SENYUM ni.
Bila Tim dengar dan hayati lirik dia,

rasa nak tersenyum sekali.
geli hati sangat.

Jom la korang, kita nyanyi sama-sama.
one
two
three !!


:D



Lirik Lagu

Senyum senyum senyum..
Senyum senyum..

Kacak luar, Kacak dalam, Kacak dengar sini
Kalau saya senyum, Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum, Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum, Dunia tiada penyakit....

Senyum.., Tak perlu kata apa-apa
Senyum.., Tak perlu kata apa-apa
Senyum.., Tak perlu kata apa-apa
Senyum.., Tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit




======================================================






Korang tengok, cimpanzi ni pun boleh senyum tauu. hehe. Jom senyum !


JOM JOIN : bloglist Shara 2011 !!



nak join bloglist Shara Bunga sebab :

suka duduk dalam bloglist shara kat blog Pinky tuh. hehe. Rasa kiut je bila ada dalam body blog Shara. awwwww. hehe. Bila duduk dalam bloglist Shara, mesti traffic naik sebab Shara kan salah satu famous blogger. Couple dengan otomen lagik. Phewwww~ Kalau Shara dalam kesusahan atau diancam raksasa -raksasa ganas,mesti ada orang boleh tolong kan? hehehe. Dulu Tim dah pernah masuk bloglist Shara kan? Tapi Shara kata nak rombak balik Bloglist tu, so Tim buat la entry ni. Thanks sayang ku Shara sebab sudi bubuh kitaorag-kitaorang ni dalam bloglist.

Okaylah babe, Tim harap Shara sudi baca entry ni.
HAve a nice day with ur family and ur ham ham okay?
Take care and be a good girl bebeh.

and last but not least,

I LOVE YOUUU !

Shara shara !! Tim duduk dalam kategori

GADIS IDAMAN awww !
hehehe.


Bangganya Jadi Anak Malaysia !


Bangganya jadi anak Malaysia !! Wooot wooot !






Inilah barisan pemain-pemain hemsem Malaysia yang berjaya menewaskan Indonesia :)
Baru perasan pendek je rupanya Abang Apek kita. hehe. eh abang?? ehhhh.. :p

TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MALAYA :)
we all love ya !

♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Oh ini gol keeper kesayangan Tim. hahaa. Tim tahu korang semua sayang dia kan? Tahniah dan syabas buat Khairul Fahmi Che Mat sebab berjaya menangkap bola dengan baik walaupun ade seketul dua gol busuk dari Indonesia. Hahaha. Superb la cara ko main beb. Terpegun aku. Tak sangka ko orang Kelantan kan? Aku tumpang bangga la. Lagipun ko sebaya aku :) Aku bangga lah dengan kauuu. Kenapa muka kau macam Korean ehhh? hensem pulak bila aku tengok banyak kali. hehehe.


sayang ko lebih la fahmi :) hehe


Masa perlawanan tadi, Tim perasan jugak ada laser hijau dipancarkan ke muka Hero Tim ni. Konon nak kasi silau mata la tu ek? Cehhh main kotor. Nampak sangat sifat hasad dengki tu.Tak baik tauu buat camtu. Tengok tengok. Kitaorang tak kecoh pun korang main laser laser. Cool je kan? Menang jugak walaupun main laser .. Blueeekkk !

Pastu Tim ada nampak si Manohara jugak. Dengan Luna Maya kalau tak silap. hahaa. entah la. rasanya Luna Maya. Tim cari jugak tadi kot-kot SI COLI LASER @ JULIA PEREZ nak pancar laser hijau melalui coli dia. Hahaha. takde pun? Booooo !!


sampai juling-juling mata tengok pemain Malaysia menangg !



ni Luna Maya atau dengan kata lain isteri Peter Porn.





Hehe :) sempat pulak main pesbuk. Dia tengah main balas chat dengan Tim la tuh..
(ah Tim kau memang selalu perasannn ! haha)





TAHNIAH SEKALI LAGI MALAYSIA !
kami bangga dengan anda semua. I love youuu !

Jatuh Cinta dengan suara dia !


SUNGAI LUI

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita

Tetap indah selagi kau masih percaya
Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan

Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini ( 7x )
Oh lagu ni sangat best kan kawan-kawan? Aizat Amdan, suara ko memang best la wa cakap lu! First dengar macam suara Indon kot ! Bukan nak kata suara indon sedap, tapi memang boleh kira la kan? :D Tim memang minat gila jugak la kat Aizat Amdan. Satu sebab korang tengok la kesungguhan dia. Tim mula-mula tengok dia kat Akademi Fantasia tak berapa minat sangat la dia ni, tapi bila dia dah start diet kan, nampak dia kurus gitu, ok la jugak :) Nampak la dia bersungguh nak bina nama sebagai artis..Ramai orang kutuk dia badan gemuk, ada hati nak menyanyi dan jadi artis ! Ape la fikir camtu, tak baik betul. Konon-konon kalau gemuk tak boleh jadi artis la? tak boleh cari makan? tak boleh masuk TV? Kalau masuk TV boleh pecah berderai ke TV umah ko? Haiyaaaaa. ada jugak orang kita yang fikiran cetek camni, nasib baik si Aizat ni dah kurus sekarang. Baru semua orang puji dan tutp mulut masing-masing.Suara dia pun sedap. Dan Tim tengok kebanyakan artis-artis AF pun, dia sorang je menjadi kan? Yang lain, habis semua ke LAUT, ada yang jadi DJ la, pelakon la, nak masuk AF sebab nak jadi benda tu je? Alahai.. Si Aizat ni buat first album dia dengan duit dia sendiri kan? Maklumlah, anak Dato' kottt..Kaya tuh. Ok la..Girlfriend pun comel jek. hehe.






Layak ke dapat AWARD? hehe.

Oh Tim dapat award lagi. Macam Anugerah Skrin pulak kan? Haha. Kali ni Tim dapat award daripada askar yang comel kiut miut nama dia Ling Wai Kot. kot la. Tim pun konfius sikit dengan nama dia. Macam-macam la. Kejap Ling Wai Kiat kejap Ling Wai Kot. Panggil Ling Wai Kit Kat baru tahu. Hahaha. Jangan marah ye Ling Wai sayang. Dia ni akceli muda setahun dari Tim. Tapi pangai die budak-budak lagi dari Tim walaupun Tim ni memang dah macam budak-budak. Tapi tape la, budak-budak pun comel what? Cehh. oklah.continue with the award okay?



Okay, that's it ! aloloo hitam manis rupenya award ni..Thanks buat Monkey Bonjol yang comel :)
Lain kali bagi lagi yerp? =)

Syarat-syarat untuk dapat award kena jawab-jawab soalan2 maut ni dulu..

1) Thanks to the sender of the award and linked this entry to the sender.

Oh terima kasih terima kasih terima kasih terima nikahnya terima wangnya terima kasih sayang terima kasih banyak-banyak pada Mr. Ling Wai Kit Kat yang dah bagi Tim award yang co
mel lote kiut miut ni. Maseh banyak-banyak apek ! Gua hutang budi dengan lu...!=)

2. Share 8 facts about yourself.

Oh yang ini memang susah sikit la.Ling Wai pun kata susah so gua pun nak cakap susah jugak. Haiyaaaa..manyak susah la ini soalan !!

1. Start orang panggil nama glamer " Tim " sejak belajar kat KUIS. Ada sorang kawan panggil dengan panggilan tu. Woah. terkejut gila waktu mula-mula...Tapi bila lama-lama rasa comel pulak nama TIM tu. So continue je la. Ada jugak orang cakap nama Tim macam nama lelaki. Apa nama orang putih yang main football tu? (cehh, football) Tim Howard eh? heh. Entah la tak tahu. Mana nak tahu nama sama cam Tim Howard. Dia yang tiru nama aku.HAHA :D




2. Nurse? apa tu? Masa kecik-kecik dulu, kalau orang tanya " Fatimah, nanti dah besar nak jadi apa?" mesti jawab, " Ermmm..Nak jadi cikgu, kalau tak jadi cikgu nak jadi loyer (loyer buruk),takpun nak jadi doktor.." Sambil tersengih-sengih. Seriously, tak pernah pun terfikir pun nak jadi nurse. Masa mula-mula dapat surat tawaran rasa kelam hati. Buntu. Kadang-kadang rasa nak hantuk kepala kat dinding bus stop sebab memang rasa tak percaya akan dapat nurse. Muka garang macam cikgu disiplin ni pun ada orang nak amik jadi nurse ek? Haha. Tapi lepas fikir balik, duduk diam-diam sambil tenangkan fikiran, tanya umi dan abi, buat solat Istikharah, mintak petunjuk Tuhan Yang Maha Esa.. Then keputusan muktamad telah dibuat pada bulan Jun 2008. Masa tu hiba tak tahu nak cakap la sebab terpaksa tinggalkan KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), tinggalkan gelak tawa bersama kawan-kawan Multimedia tersayang, lecturer2 yang memang sempoi habis, korang semua memang tetap dalam hati. Dan pada tanggal 1 Julai 2008, Tim selamat mendaftar sebagai seorang JURURAWAT PELATIH di Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu dan sampai sekarang dah pun masuk Semester Enam. Rasa sekejap je masa berlalu... =(


3. Kali terakhir terkencing dalam seluar waktu Tingkatan 1. haha. Shhhh. diam-diam sudah. Masa tu Tim mimpi apa entah sampai mimpi masuk dalam tandas. Masa tu tak tahan sangat nak melepas. Bukak seluar bagai, apa lagi..........(tahu dah kan apa jadi pas tu?)
=)

4. Nak tahu tempat lahir Tim? Untuk pengetahuan semua, Tim tak lahir kat hospital tau. Bukan sebab hospital dah penuh atau pun apa, cuma memang umi Tim tanak lahirkan Tim kat hospital. Pelik kan? Kalau tak pelik pun
takpelah, buat la muka berkerut-kerut sikit, nampak macam pelik :) Tim dilahirkan di rumah atuk Tim kat Kampung Rapat Jaya Tambahan, Ipoh Perak pada tanggal 25091989 pada jam 0902. Oh tak sangka kan Tim ni gadis kampung je, hehe. Lahir kat ruang tamu rumah. Bidan yang sambut pun adalah isteri kepada Raja Chulan. ingat Tim tipu ke? Eh tak tipu la..hehe.

5. Korang nak tahu tak result Tim waktu UPSR, PMR dan SPM ? Wah, bukan senang kan nak bagitahu satu dunia ni. hehe. Result tu takdelah gempak sangat, lagipun benda ni dah lepas kan, sejak berkurun lama, so saja nak kongsi-kongsi..

Masa UPSR : dapat 5A okey.tak percaya? Tim pun tak percaya. Rasanya pemeriksa tu silap cek kot. HAHA. tak lah, mungkin sebab Tim rajin kot,memang Tim rajin belajar pun waktu sekolah rendah dulu. Memang pandai. Cikgu semua puji ( bukan nak bangga, tapi dah memang :p ) Kalau time exam, tak dapat nombor satu, dapat nombor dua..tak dapat nombor dua, dapat nombor satu..hehe. kembang kempis idung aku. keh keh.


Masa PMR : okay. yang ni memang sumpah Tim menyesal gila main-main time sekolah dulu. Masa tu Tim sekolah kat Sekolah Agama kat Ipoh, nama sekolah tanak cakap lah, sebab rasa macam tak layak duk sekolah tu. =(
Tim dapat 2A 5B 1C 1D je. D tu tahu jelah, ARAB. adesss.Kuat main dulu waktu PMR. Puas dah mak Tim jerit pekik suruh belajar. Tim buat tak endah je. lagipun Tim dulu duduk asrama, kuat tidur sebab mengantuk sangat. Setan tu memang suka pakaikan celak kat mata suruh tidur, suruh tak payah study dan inilah akibatnya !

Masa SPM : oh inilah zaman yang tak boleh nak lupa. Zaman bermulanya alam percintaan dan keremajaan. Perghhh. Masa ni Tim dah pindah sekolah harian biasa. Dah tak sekolah kat Sekolah dulu, bukan sebab kena buang okay? Cuma nak lari dari masalah yang tak dapat dibendung (KUAT TIDUR). So, my parents decide tukarkan sekolah. Masa ni Tim dapat aliran Sains Tulen so amik la subjek Biologi , Fizik , Kimia semua. huh~ Susah kot. Addmath jangan cakap la. terkencing terberak jawab. So pas dapat result dapat biasa-biasa je. 4A 2B 4C 1D.Teruk gile kan? Tapi Tim bersyukur juga walaupun banyak tu je, Tim ngaku memang banyak main cintan cintun sampai terabai pelajaran ..huhu. Nak tahu apa yang D tu? jeng jeng jeng..haha. D tu matapelajaran Biologi okay. Bukan nak bangga sebab dapat D, tapi korang terfikir tak, orang dapat D subjek Biologi boleh dapat NURSE?

6. Sejak dari kecil, Tim memang kuat menangis. Sikit-sikit menangis, orang marah je nangis. Orang buat lawak pun kadang-kadang boleh gelak sampai menangis. Mungkin sebab kilang air mata ni dah macam tempayan yang penuh dengan air. haha. Tapi tu lah nak cakap, kalau boleh sukat air mata ni dalam setahun memang banyak la.Nak cakap kat sini, tim ni sangant sensitif sangat orangnya. Mudah tersentuh dan mudah kecil hati. Tu memang sifat yang agak tak elok kan? Hmmm.



7. Tim suka gila colour purple okay. Ini memang dah tak boleh elak. huhu. Semua benda yang berkaitan dengan hidup Tim semuanya berwarna UNGU.
Baju, kasut, baju kurung, tudung, dinding bilik tidur, cadar tilam, handbeg, purse, getah rambut, keychain handphone, beg balik kampung, tuala, telekung (jangan terkejut!), deodorant, bedak johnson,dan banyak lagi laa.
Seronok gila rasa hidup dikelilingi dengan colour PURPLE. Oh purple, iloveyouuu !

8. Fakta terakhir kan? Yang terakhir ialah Tim adalah anak sulung. hahaha. Heyy, ingat senang ke nak jadi anak sulung ? Susah tauu. Tanggungjawab berat , kena jadi contoh pada adik-adik. Tim ada adik ramai. 5 orang semuanya. Umi Tim selalu suruh nasihat adik-adik jangan jadi macam Tim. Sebab Tim dulu nakal sangat. Kuat bercintan monyet. Kuat main. Kuat melawan cakap umi. Kuat melawan umi dengan abi. Kuat memberontak. Tim jahat kan? tapi sekarang Tim dah tak macam tu. Tim menyesal sangat sebab tak ikut cakap umi dulu. Mintak maaf banyak-banyak ye umi.
Okay ni dah masuk tajuk lain.

nak kasi famous nama adik-adik Tim.

family-clip-art

1. Muhammad Adam Borhan
sekarang belajar di IPG Perlis, ambil jurusan cikgu la kan? Dia ambil kos Pendidikan Jasmani dan Pengajian Sosial. Bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah , Ipoh.

2. Nur Basyirah Borhan
Baru lepas habis SPM 2010. Bekas pelajar SMKA Sultan Azlan Shah, Perak.

3. Nur Hamizah Borhan
Baru habis PMR 2010. Sekarang study kat SMK Jalil, Hulu Langat.

4. Muhammad Luqman Borhan
Sekaranf Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Pintar di Sungai Gabai, Hulu Langat. Baru hafal 1 juzuk Al-Quran, alhamdulillah. =)

5. Muhammad Idris Mansur
Pelajar Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Hulu Langat. Budaknya bijak dan sangat comel. hehe

Okaylah tu saja 8 FAKTA tentang diri Tim. Thanks sebab sudi baca.



3. Give this award to the other bloggers who deserve it.

Tim dengan ini berbesar hati nak tag kawan-kawan Tim ni..



TERIMA KASIH SEMUA. =)








Wanita : Mudahnya ke Syurga dan mudahnya ke Neraka..

Salam kawan-kawan semua :) Hari ni Tim nak cerita kat korang semua tentang mudahnya dan senangnya perempuan mendapatkan syurga dan neraka...Mari kita sama-sama renungkan wahai kaum wanita..Tim pun bukanlah sempurna sangat..banyaklagi kekurangan, salah dan silap..Tapi Tim harapa kita sama-sama boleh ambil iktibar..Kadang-kadang kita terlupa dan alpa..Harap korang semua terbuka hati untuk berubah ke arah yang lebih baik..amin.

Wanita jika dibandingkan dengan lelaki kelebihannya mereka adalah mudah untuk masuk ke syurga. Tetapi penghuni neraka kebanyakannya terdiri dari kaum wanita dari lelaki. Apakah dosa-dosa yang memudahkan wanita terjerumus ke neraka?


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah SAW menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah SAW menangis.

Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksaannya.

Puteri Rasulullah SAW kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.


Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah SAW menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

1.Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

2.Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

3.Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

4.Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana dia mampu solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

5.Perempuan yang kepalanya seperti @?*&* dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Jagalah peribadimu sebaiknya kerana sebenarnya wanita itu mudah untuk ke syurga dan mudah juga untuk ke neraka. Langkahlah dengan berhati-hati agar anda tidak tersungkur di lembah yang merosakkan diri sendiri. Keseronokan dunia hanya seketika.

Jagalah tubuhmu daripada diperlihatkan kepada manusia yang bukan mahrammu.

Jangan menjual diri semata-mata ingin mendapatkan kepuasan dan kesenangan yang tidak abadi. Biarlah kita susah di dunia asalkan diri terpelihara. Berusahalah dalam mencari rezeki yang halal tanpa menghendaki rezeki itu hadir dengan banyak dan segera. Ingatlah kata-kata P. Ramlee: "Sedangkan ulat di dalam batu pun dapat makan, inikan pula kita "Rezeki itu ada di mana-mana. Allah SWT sayangkan hamba-hambanya. Setiap orang itu mendapat rezeki masing-masing. Cuma cara penerimaannya yang berbeza.

Andai kau tersungkur. Bertaubatlah kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Allah SWT kasihkah semua hamba-Nya. Kalau Allah SWT tidak kasihkanmu, maka tidak akan terbit dalam hatimu untuk bertaubat. Mungkin ada yang menyatakan."buat apa nak bertaubat. Dah lambat".. "tidak!jangan percayainya. Ingat..selagi nyawa masih ada. Selagi matahari belum terbit dari barat..selagi hari pembalasan belum tiba..pintu taubat masih terbuka..Allah kasihkan kamu"

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan: semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya(serta menjaga solat dan puasanya)."


Wasallam.
(sama-sama kita renungkan..berubahlah sementara kesempatan masih ada..)

10 sifat calon suami TERBAIK !


Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wallahu a’lam.

sumber : soleh.net

Syahwat & Gejala Onani :Mampu Menghancurkan Umat Islam

Harap dapat Tim kongsikan bersama kawan-kawan semua.. :)

Ambil iktibar dari setiap apa yang dibicarakan..

Saya sebenarnya tidak begitu berkenan untuk menulis berkenaan isu ini. Kerana itu saya hanya memberikan jawapan oleh Syeikh Dr Yusoff Al-Qaradawi di web ini. Rujuk di sini

Bagaimanapun, terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.

Antara soalan-soalannya :-

1) " ...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."

2) "Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi.

3) "Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya."

4) "Saya juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya beronani."

5) "Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima kasih"

6) "Salam, saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?"

gelora nafsu memamah umat Islam kini

Sebeban Alasan

Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.

"Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya 'ke neraka', then kat akhirat dok tuding jari kepada kita" kata seorang rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.

Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.

Virus Bermula

Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.

Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.

Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.

ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها

Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)

Juga disebut dalam sebuah athar :

النظر سهم مسموم من سهام إبليس

Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)

Malah ia juga bakal merosakkan hati :-

كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله

Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.

Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.

Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.

Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-

لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ

Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah Onani yang telah saya siarkan di web ini.

Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -

1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.

Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Ertinya : "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)

Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-

  • a) Malumin : Ertinya : "tercela"
  • b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"

2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.

Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.

Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.

3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.

Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.

4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan.

Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-

1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga

Beliau menyebut :-

Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk

Beliau menyebut :-

Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.

Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.

3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki

Beliau berkata :

Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.

Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!

Rujukan

Penutup

Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-

  • 1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
  • 2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah makan dan minum di siang hari.
  • 3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk bangun sahur.
  • 4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk elakkan ‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.

Amat diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat menghasilkan kemampuan kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di atas.

Teringat saya kepada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Prof. Dr Sano Qutoub Mustafa ( Prof Syariah di UIAM ) pada 19 Oktober yang lalu. Beliau mengatakan

"jika keadaan iman dan amalan anda selepas Ramadhan adalah sama atau lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak mendapat keampunan Allah pada bulan Ramadhan yang lalu"

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/