pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

✿ Tim Cintakan Kerjaya Ini ✿



JURURAWAT

NURSE

MISI



hehehe. tapi yang ni bukan misi la. gambar bawah ni baby kepada misi. :D

Tiga nama tetapi hanya punyai satu makna. Korang tahu kan maksud sebenar jururawat?Jururawat adalah seseorang yang ditugaskan untuk merawat pesakit di hospital atau seseorang individu yang telah jatuh sakit. Tim amat pasti korang masing2 ada pengalaman masing2 tentang jururawat ni..Tak kira lah..jururawat swasta ke, kerajaan ke..mesti ada kan? Ada pengalaman pahit mungkin? Atau yang tak dapat dilupakan sepanjang dirawat, atau anda mungkin saudara kepada pesakit.
Mungkin semua kawan2 blogger boleh kongsi apa jua pengalaman yang korang nak kongsi dengan Tim...Silekan lah..jangan segan2.. Tim ni jenis berfikiran terbuka.. korang nak appreciate kami..nak bagi kata2 semangat..nak tegur..Tim bagi peluang ni..bukan senang kan?

Okey..nak cerita pengalaman sepanjang jadi student nurse ni memang banyak sangat laa. Mungkin tak muat page blog Tim ni. Mungkin tim akan cerita kat korang semua apa yang berlaku kat sini mengikut masa la. Ada yang tim tak boleh cerita semua. Sebab takut tercakap hal pesakit2 yang peribadi.Kalau Tim nak cerita pun mungkin akan Tim rahsiakan nama mereka kalau Tim tercakap.oke?

Sepanjang Tim semester 1 kat Kolej kejururawatan Kuala
Terengganu ni..sampai lah dah ke sem 5 sekarang ni..memang banyak kenangan pahit masam manis yang Tim lalui..bersama kawan2 student nurse..para pengajar, staff nurse kat wad, pesakit, waris pesakit, doktor2 dan doktor2 pakar, MA, dan macam2 lah. Profesyen jururawat ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi, komitmen, disiplin, kemesraan, penyayang, mudah bertolak ansur dan bekerjasama.

Kesabaran sebab apa?

Tim sendiri pernah alami satu pengalaman. Agak pahit juga nak dicerita tapi Tim saje kongsi untuk korang lah kan.Kejadian ni berlaku waktu tim sem 3 kalau tak silap. Dah tak ingat dah sebab dah lama berlalu kan. Lagipun Tim dah lupa dah pasal tu.

Masa tu masa untuk kami student nurse nak check vital sign( tekanan darah, suhu, dan nadi pesakit). Tim pun pergi lah kat seorang pesakit di wad kelas kedua. Ada seorang pesakit ni
(umur dalam 12 tahun) dalam keadaan sedikit sakit sebab kakinya patah.(masa tu bekerja di wad Orthopedic). Tim senyum kat dia dan Tim kata lah pada dia.

" dik, misi nak cek suhu kejap ye.."
Dia tengok tim pastu die tengking.
" Berapa kali nak amik suhunya? tadi dah amik dah!! nak amik lagi!! Bab* laaaaa !!Bangang !!"
Dia hampir nak sepak Tim dengan kaki dia yang lagi satu.Tapi sempat ditahan oleh mak dia.
Tapi mak dia sendiri pulak ditendangnya.
Tim terkesima.
tak tahu nak cakap apa.hanya mampu.
" misi mintak maaf dik.."
lalu Tim berlalu keluar dari bilik pesakit tu.
Ramai orang waktu tu. Pesakit2 lain tengok. Kawan2 tengok.
Tim pergi tandas, tinggalkan kerja tu semua.
Tim nangis semahu mahunya.
hati ni sakit hanya tuhan yang tahu.
Tim cuma terkilan je.
Dia herdik Tim dengan nama binatang yang haram tu.
Tim malu. Tim sedih.
Bukan malu bila ditengking cuma rasa terkilan kenapa sampai macam tu sekali adik tu marahkan Tim. Padahal Tim cuma nak ambil suhu badan dia. Nak pastikan dia demam atau tak.
kawan2 semua pujuk Tim supaya bersabar. Tapi Tim memang tak boleh nak tahan menangis waktu tu.

Bila dah lama menangis tu, Tim keluar. Muka masam dah masa tu. hehe.
Tapi bila Tim duduk berfikir balik,Tim fikir positif.

Adik tu tengah sakit, mungkin dia jadi tertekan.Sebab tu dia marah2. lagipun dia masih muda. Mungkin dia rasa rendah diri..kawan2 dia masih di sekolah, belajar di kelas, tapi die terpaksa duduk di hospital. terima rawatan.
Tim sambung kerja balik. macam
biasa.

tapi Tim tak masuk dah bilik adik tu. Tim jadi trauma. Kawan2 la yang masuk dalam bilik dia check semua. Tim hanya duduk di wad kelas ketiga dan selesaikan semua tugas kat situ.
Masa nak habis waktu kerja tu..Tim tenung je katil adik tu. Dalam hati masih sedih tapi Tim endahkan je perasaan tu. Mak dia pun tak datang mintak maaf kat Tim. Bukan nak suruh mintak maaf, tapi sekurang2 nya bangsa Melayu macam kita ni biarlah ada adab bermaaf maafan bila dah buat camtu. Tapi macam tu pulak sikap nya.
Hmmmmmmm.
Daripada cerita ni.. Tim nak cakap, walaupun kita kena marah ke, kena herdik dan sebagainya..Kita kene kuat. tabah dan teruskan hidup walau apa pun yang terjadi.
Kerjaya yang Tim ceburi ni memang memerlukan perhubungan antara pesakit yang pelbagai ragam. So Tim kene kuat kan kawan2??
Okey lah.
harap korang semua suka cerita Tim.
Banyak lagi nak kongsi..Tapi setakat ni Tim cerita yang ni dulu.

Ni ada satu video tim terjumpa kat Youtube. hehehe.Bila tengok video ni..rasa terhibur dan rasa dihargai oleh masyarakat. terima kasih buat Allahyarham Sudirman haji Arshad.
korang
tengok taaaaawww :)



14 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

Amirah Adnan said...

majulah misi untuk negara!

mira pon bakal nurse gak :))

tp skang blajar kat ipts la.. bukan under kkm..sob sob sob :'(

timmy*toinktoink :) said...

ye syg :)
insyaAllah kita sama2 k.
takpe..jangan la sedih2 camtu..
kita semua sama je..
:) nurse yg bakal keluar dan bantu masyarakat :)

Amirah Adnan said...

yeay!! betol2.. suke gle keje nurse..:))

timmy*toinktoink :) said...

:) camtu laaa.
oke? hehee..sem bape dah mira?

Amirah Adnan said...

sem 7, third year.. ade 2 sem lg sebelum habes! yeay! :)

tim? eh umo bape? asal?

:))

timmy*toinktoink :) said...

wow sampai ada sem 7..
kat mana ye mira belajar?
tim umo 21..asal perak..tapi menetap di Hulu Langat
:)

Amirah Adnan said...

haah..sume ade 9 sem..so tiap sem subjek x byk sgt la..hehe :)

mira blaja kat masterskill kb tu jek..huhu.. tim?

oh, kome da 21..teman 2o..ihiks! :))

timmy*toinktoink :) said...

ooo..gitu..ore KB boleh kecek klate laaa? sini ramai ore klate..hehe..jadi boleh kecek klate doh.
oo.mude lagi die..

Amirah Adnan said...

pehe dop kalu kecek kelate nih?haha..

mudo gapo, bunyi puluh doh alek blake tuh..:))

timmy*toinktoink :) said...

pehe la sikit2..hehehe.
mugo umi ambo pun ore klate..
hehehe.

RaHadaTul 'AisY said...

nurse mmg pkerjaan yg mulia...tim niew staff nurse ek?

timmy*toinktoink :) said...

tq rahadatul...doakan tim ye..
tak lah..
tim student lagi..
nak masuk sem 6 dah ni..
insyaAllah amin.

RaHadaTul 'AisY said...

just call me miza..rahadatul just nick name.he3..miza baru jew lulus temuduga untuk JM..hu3...so excited nk jadik nurse..(^_^)

timmy*toinktoink :) said...

yeke..congrates dear...
:)insyaAllah amin.
oke miza?