pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

✿ Kerana aku WANITA ✿

(gambar bersama teman rapat di sini -ashikin ali)


kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kat
a-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya..

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pa
ndangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.


Malam2 ni rasa nak post benda2 bermanfaat macam ni. Saje nak bagi pesanan emas pada kaum Adam khususnya.
Ok lah. jumpa lagi :)
sekadar renungan untuk semua..
salam :D

5 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

CheQ PP JoY said...

salam dear..untuk amik pic dari face book 2, u kene save screen..cara untuk save screen, care perkataan "Prnt Scrn" pada keyboard..lepas 2, u pergi bukak paint(start-accessories-paint) and paste..u akan dapat pic y u nk 2..if fy salah bgtau semula ye.. =)

yuyuEyuliAnayusOf said...

suke.. :)

sy copy paste letak kat fb taw. hee

timmy*toinktoink :) said...

okey yuyu..amik laaa :)

kakchik@ella said...

kerana akak juga wnita ..

akak suka n3 adik ni. hehe ..

timmy*toinktoink :) said...

kak chik : heheeee. akk suke ke? amik laaaa. tim tak kisah..