pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

✿ 25 Perkara Tentang Saya ✿


Selamat datang kepada semua para pembaca dan bloggers tersayang !
Baru baru ni ade sorang follower tu nama dia Hairul tag Tim untuk buat benda ni. Seriously, ni firts time tau Tim di tag.. Sebelum ni mana penah main tag tag ni. By the way thanks to him sebab sudi tag..tag pakai mulut pulak tu..hehehe. lawak lawak..

Apa dia ye yang menarik tentang Tim ni ye? Hehehe. Okey..jom la kawan kawan kenali Tim.

Nama di beri Siti Fatimah bt Borhan (bermaksud yang tidak disusui oleh ibunya lagi). Most of kawan2 Tim panggil nama manje ialah TIM..Siti pun ada..Nama panggilan untuk family ialah Timah ..ehehe..masih lagi bujang. ehem ehem :)

Lahir pada tanggal 25 haribulan September tahun 1989..heh. mude lagi kan? korang kira sendiri la umur Tim bape. ( yang pastinya, mude lagi laaaa.. :D)

Tidak lahir di hospital besar seperti insan lain...Tim lahir di rumah atuk dan opah berbidankan isteri kepada Raja Chulan..(itu yang seperti diceritakan oleh umi Tim..)

Sangat suka warna purple ! Tiap kali Hari Raya, tak penah lupe beli baju kurung wane purple. All the things i have are purple in colour !! Love PURPLE damn much !weeeeeeeee ^__^

Seorang pelajar tahun akhir di Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu dan mengambil bidang kejururawatan. (habis tahun depan insyaAllah~)

Bakal melanjutkan pelajaran ke degree kerana telah dipaksa oleh ayah untuk melakukannya setelah selesai kontrak 3 tahun bekerja dengan kerajaan..( anak yang baik, kan? hehehe)

Kelebihan yang ada : suara Tim kot..Tim boleh menyanyi dengan baik. Dan baru baru ni Tim telah menyertai pertandingan koir antara kolej2 jururawat zon timur..yang mana Tim lah penyanyi solonya ! :)

Hobi Tim waktu lapang ialah membaca apa jua buku, menyanyi of cos, editing photos dan snap photos seberapa banyak mungkin ! Tim suka travelling ke mana sahaja. Sebab tu ada tahi lalat di telapak kaki Tim. :P

Ayah Tim bekerja di IKBN Dusun Tua manakala umi adalah seorang suri rumah yang berjaya..hehe

Merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik..kakak yang sangat manjakan adiknya tapi sangat tegas.. (grrrr..takut tak?)

Bahagian badan yang sangat disukai ialah pada bahagian MATA. ramai orang puji mata Tim cantek..(eh, tim tak pakai contact lenses okeee !)

Mata Tim actually rabun jauh tau. Tapi power spec sikit jee. 150 jeee. So takyah pakai spec pon takpe. Cuma kalau kat kelas Tim pakai laaa..sebab tak nampak slide kat depan nuh!

Sebelum ambil Nursing ni, Tim pernah belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) selama 1 1/2 tahun dan mengambil kos Diploma in IT (Multimedia). Tapi tak sempat habisss. Sebab Tim dipanggil oleh SPA untuk kos Diploma Kejururawatan.. rindu kawan kawan KUIS. semuanyaaa !!

Suka lagu yang slow, romantik..sebab tim seorang yang sangat romantik..suke jugak lagu pop rock..Tapi tolong yerp! Tim benci lagu rock n roll. Ntah natang hape la punye laguu. Hahaha.

Mempunyai Friendster, Myspace, Tagged,Facebook dan Tweeter.link yang lain ada, tapi Tim dah lama tak update laaa. Sorry guys.

Ketinggian Tim hanyalah sebanyak 158cm je. Berat?No way okeeeeee. Hahaha.

Sangat benci pada lelaki yang merokok dan suka buat perempuan menangis. Dayus sungguh ! Suka lelaki yang pandai memujuk dan mesti kuat pegangan agama! :)

Sekarang memakai handphone Sony Ericsson W910i berwarna grey.. lappy berjenama Acer dihadiahkan oleh ayah..

Sangat benci pada binatang yang bernama LIPAS. Tolong laaa. tim takleh dengan lipassss. geli sangat!!
But nak bagi Tim tikus ke, cicak kobeng ke, katak kee..takpe, bagi la! tak kisah. tapi tolong jangan LIPAS ! grrrr.Punyalah Tim benci lipas sampai boleh join group ni kat FB taw. Kami Benci Lipas & Kelab Benci Lipas...haaaa..nampak tak betapa bencinya Tim kat haiwan ni. urgghh.

Tim suka sangat jalan jalan shopping. Window shopping pun takpe. Tapi yang pasti, suka sangat shopping!

Tim sebenarnya tak pernah bercita cita pun nak jadi jururawat, malah tak pernah terfikir pun nak jadi jururawat..Minat langsung la takde, tapi entah kenapa, mula jatuh hati dengan bidang ni.....

Percaya atau tak, Tim pernah melalui satu pengalaman ngeri sewaktu form 3 di sekolah menengah dulu: asrama tim dicerobohi oleh orang lelaki yangtak dikenali. masuk ke asrama Tim dan mengelar tangan dan menetak kepala kawan Tim di depan mata Tim !! memang trauma sampai skang .. Dan Tim adalah saksi utama ketika operasi kawad cam di balai polis..pengalaman yang sukar dilupakannn. :(

Mula jatuh cinta pada usia 16 tahun ketika form 4..(gatal kan?)

Dulu Tim ada bela beberapa haiwan peliharaan iaitu seekor arnab berwarna coklat dan seekor argus ( mix arnab dan tikus).. malangnya si arnab mati sebab sakit dan argus Tim telah dimakan oleh babi (khinzir)...Sedihnyaaaaaa..

Seorang perempuan dan gadis yang sangat manja..mudah menangis dan suka ketawa!




hehehee..so kawan2?
cane bila dah baca? Malunya bila korang dah baca..Tu lah serba sedikit tentang Tim yang korang boleh tahuu.. Banyak lagi..tapi dah mintak 25 kan.. Tim bagi 25 je laaaa. Lain kali buat la 25000 mesti besttt! Hehehe. okey
friendsss.

Tim nak continue study. Final exam is just around the corner..
sebelum tu Tim nak say Thanks untuk Gadis Bunga Cik Shara sebab sudi pomot blog tim kat entry dia!! Suka sangat tengok blog dia. Sangat chomel bebeh !!

akhir kata,
sebab baca dan follow Tim..luv u all..









4 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

Izamir Ridzwan said...

follow u back..nice blog

NOOR FATIN said...

benci lipas? me tooooooooooooooooo!!! haha

timmy*toinktoink :) said...

fatin : hahahaa..mmg !

izamir : tq :)

pN.rOs said...

rajinnya diaaaa....
takut lipas? samalah memang tak suka that bug yang ada sesungut...