pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Wow ! Dapat Award 3 sekaligus bebeh :P


Salam Tahun Baru semua :) Hari ni pagi-pagi lagi online bukak Facebook, Blog then Formspring. Bukak Facebook macam biasa la. Ade la sikit-sikit notifications kan? Bukak je blog.. Gedebukks kauuu. Ada 3 orang bloggers kasi Tim award mehh. woot woottt. Rasa macam dapat Anugerah Blogger Terbaik. muehehe. Tak boleh blah la kau Tim. Nak kasi tunjuk dulu 3 award ni eh sebelum Tim mengomel panjang lebor :)


First sekali Award dari Budak Botak.

Nilah award dari Budak Botak :
Tim kena jawab beberapa soalan cepumas la pulak..hehe..ok Budak Botak, Tim jawab oke?

1. budakbotak11.blogspot.com (kalo korg yg bg, gantikn dgn link korang) di mata korang.. Berikan pendapat dengan jujur.

Budak Botak dari pandangan mata Tim? hehe..Actually, Tim tak pernah tengok pun wajah Budak Botak ni..entah laki ke pempuan pun Tim tak tahu..hehe..Sorry Budak Botak..Tapi first time data
ng blog Budak Botak ni..rasa comel je blog die. Ada cartoon emo gitu. Blog dia best sebab cool je and banyak info-info dan tips yang ramai orang tak tahu..Contonya TIPS ni. Tim pun baru tahu tau. Selama ni duk godek-godek la jugak broadband tu biar la lembab macam sipot pun. Muehehe. Thanks Budak Botak.=)

2. Nama blog korang dan kenapa letak nama tu?
Okay, seperti yang semua dah tahu kan..Tim bubuh nama blog Tim Cheritera Si Kupu Kupu Ungu. Hehe. Jangan main-main ok dengan kupu-kupu ni. Tim suka sangat main dengan kupu-kupu. Kupu-kupu ni sebenarnya sama je dengan rama-rama. Masa kecik dulu, Tim memang suka tangkap rama-rama.Tim pegang kat sayap dia pastu main
main kaki dia. Kat rumah Tim dulu banyak sangat rama-rama. Bila bukak tingkap bilik, mesti banyak sangat rama-rama kat taman luar rumah. Rasa tenang je bila tengok diaorang terbang bebas, suka dan gembira menghisap madu. Sebab tu la Tim suka gila rama-rama. Tapi ada sorang kawan blogger Tim ni benci beno dengan rama-rama. Hahaha.Nak tau sapa? Cik Platipus hehe. Tim tanya dia kenapa? Cik Platipus kata dia geli sebab rama-rama asalnya dari ulat bulu. Muehehe.
Warna Ungu pulak sebab Tim suka gila color ni. Memang gile kan colour ni. haha. Jangan la tanya kenapa. Memang dah camni. miahhaha.
sebab tu la Tim namakan blog ni.. Cheritera Si Kupu-Kupu Ungu =)
3. 5 perkara yg korang suka
Tim suka ;
edit gambar
snapping photos
kemas rumah
kaler purple
make up =)

4. 5 perkara yg korang benci

Tim benci gila;
Lipas
Orang perasan bagus.
Tiru and copycat hasil kerja Tim
Gedik tak kena tempat
Sombong dan bongkak

Tim nak tag kawan-kawan blogger Tim yang baru :)

THANKS BUDAK BOTAK FOR THE AWARD =) ♥

==============================================================


Award dari Cikgu Abbas pulak !

THANKS FOR BEING FRIEND

Okay, inilah award yang Tim dapat dari Cikgu Abbas !! Cantik kan?


Tim nak tag kawan-kawan lain pulak :

THANKS CIKGU ABBAS FOR THE AWARD =) ♥

=================================================================

Award seterusnya daripada Cik Nelly =)


Ni award comel dia :)

Azam Tahun Baru? woahh.

Azam Tahun Baru Tim takde lah best sangat..cuma apa yang Tim harapkan Tim boleh habiskan belajar ni sehingga bulan 6 ni..Tim harap boleh lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan LJM ( Lembaga Jururawat Malaysia) pada bulan 6 ni jugak. Pastu Tim boleh la memegang Diploma Kejururawatan dan bakal bekerja di mana-mana Hospital Kerajaan, insya Allah.
Lepas kerja nanti, duit gaji yang first memang nak bagi kat Umi ..Sebab Umi Tim hanya seorang suri rumah walaupun berkelulusan Diploma Kejuruteraan di UTM Shah Alam. hehe.Tim harap dapat jadi anak yang solehah dan dengar cakap umi. Tim tahu, Tim banyak dah buat hati Umi terguris sebab Tim memang nakal. Tim tanak anak-anak Tim nanti jadi macam Tim =.=
Insya Allah juga, Tim nak be serious dalam kerjaya dan hubungan cinta. Tim nak jadi matang sebab tahun ni umur Tim dah meningkat 22 tahun. Kalau boleh nak bertunang dalam masa yang terdekat, Insya Allah. Tapi tak janji la tahun ini. HAHHAAHA. Dalam masa terdekat means 1 tahun dari sekarang. Kan dah kena tipu. hehee.
Okay, tu je rasa.

Tim nak kasi award ni kat kawan yang selalu datang blog Tim.Thanks kawan.


THANKS CIK NELLY FOR THE AWARD =) ♥


HUH~
penat jugak ye. sadisss.
oh my God, sedang2 buat entry ni tetibe ada pulak orang tag cakap kat ShoutBox..hehe..
wow..tambah lagi satu tugas..hee..Tq pinky :)


Okay lah semua, take care ye..Jangan nakal-nakal.
Peace !!

12 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :