Umi sihat ? Umi dah makan ?
Abi sihat tak ? Adik adik ?
Tima harap semuanya sihat =) amin.
Masa ni tak tahu kenapa tiba tiba nak buat satu entry untuk umi . Mungkin rindu sangat kot .
Umi ingat tak masa zaman Tima dengan Umi 5 tahun dulu ?
Zaman Tima meningkat remaja . Zaman Tima baru nak kenal erti cinta dan hidup sempurna.
Zaman Umi selalu pukul Tima sebab Tima degil sangat sangat.
Tima nakal sangat kan ? Suka buat umi marah kan ?
Maafkan Tima sebab ;
Selalu jadi anak yang tak dengar kata.
Tak dengar cakap umi .
Selalu tipu umi .
Selalu melawan cakap umi .
Selalu buat umi nak marah marah.
Bebankan fikiran umi dengan benda-benda yang tak kena pasal Tima.
Tak dapat jadi contoh yang terbaik buat adik-adik kat rumah.
Selalu kena kejut solat Subuh.
Tak nak belajar rajin rajin masa sekolah menengah .
Tinggi suara dengan umi .
Tak pernah bagi hadiah birthday kat umi.
Tak pernah mintak maaf kecuali waktu Hari Raya (itupun bila di suruh)
Bercintan cintun waktu sekolah .
Selalu marah adik-adik.
Selalu bazirkan duit abi.
Boros bila abi bagi duit .
Hiraukan nasihat umi dan abi.
Jeling umi bila umi marah-marah.
Tutup dua-dua belah telinga bila umi tengah membebel .
Dan banyak lagi kan ? Tima tahu, Tima banyak dosa dengan umi & abi , dengan Tuhan , dengan adik-adik .
Dulu masa sekolah, Tima benci sangat kat umi . Sebab umi suka pukul Tima sampai lebam-lebam banyak kat badan, peha, dengan kaki. Tima anggap umi macam penjenayah sebab suka pukul-pukul Tima. Dulu umi garang sangat-sangat. Hanger, rotan, penyapu, batang paip semua umi balun kat Tima kan? Tima boleh rasa pedihnya sampai sekarang. Dulu Tima remaja lagi, otak baru nak jadi matang. Fikiran Tima bercelaru kadang-kadang. Tima nak hidup macam remaja lain. Hidup bebas , boleh keluar pergi bandar, shopping shopping, pergi karoeke, tengok wayang, jalan-jalan sambil cuci mata... Tapi umi kurung Tima dalam rumah. Umi kata tak boleh keluar pergi mana-mana pun. Jangan harap! Nak keluar, nanti umi dengan abi bawak. Beli la apa pun nak beli. Tima jadi benci umi sebab Tima rasa umi kongkong hidup Tima.Umi halang Tima keluar dengan kawan-kawan sebaya Tima. Kenapa umi, kenapa ? Lepas tu, Tima abaikan study, Tima sibuk bercintan cintun dengan lelaki. Tima tengok ramai sangat kawan-kawan ada boyfriend, jadi Tima nak jugak ada boyfriend. Gedik kan ? Memang gedik, tapi itulah remaja. Perasaan ingin tahu dan menyelami rasa hidup sebagai seorang remaja membuak-buak.
Tima ingat lagi, waktu Tingkatan 3, Umi ada bagi Tima satu surat masa tu Tima kat asrama . Tima balik hostel baca surat tu, isi kandungan surat tu buat air mata Tima jatuh dan tak berhenti mengalir .Umi kata, umi nak sangat tengok Tima berjaya dalam hidup . Umi nasihat Tima supaya jangan main-main waktu belajar sebab kena ambil periksa PMR . Umi kata umi harap sangat Tima dapat jadi contoh pada adik-adik .Umi kata dari sekarang, tanam azam dalam hati, AKU NAK BERJAYA DALAM PMR. Umi kata lagi, umi sayang sangat kat Tima.Tima tersentuh sangat baca surat umi bagi tu. Tu pertama kali Tima dapat surat daripada umi dan pertama kali Tima dengar umi cakap UMI SAYANG TIMA SANGAT-SANGAT. Tima terharuuu ! :")
Lepas Tima dapat result PMR, result Tima sikit je. Tak banyak tapi ada la A nye, bukan lah bodoh sangat . =.="
Tapi umi tak puas hati dengan result Tima, umi jadi tak tegur Tima seminggu. Tima nangis. Tima buntu . Tima tak tahu nak buat apa. Tima rasa bodoh sangat, kenapa la aku tak belajar betul-betul. Kenapa la aku main-main? kenapa result aku tak macam orang lain ? Kenapa waktu UPSR dulu aku boleh dapat 5A ? Kenapa PMR dapat 2 A je?
Tima bermonolog dalam hati. Tima rasa nak pergi mintak maaf kat umi tapi rasanya dah terlambat ...So, Umi suruh Tima tukar ke sekolah harian biasa. Dekat dengan rumah, dekat dengan umi. Mulanya rasa berat hati nak tinggalkan sekolah asrama, tapi demi kebaikan diri dan masa depan, Tima tukar jugak.
Bila dapat result SPM, Alhamdulillah. Result Tima buat air mata umi mengalir kegembiraan. Umi peluk cium Tima waktu Tima dapat result. Tima nangis, umi pun nangis. Tu first time Umi peluk Tima kan ? Umi ingat tak ? Tima rasa syahdu je bila dipeluk umi.Terima kasih umi sebab umi buat Tima terharu.
Bila dah dapat result, umi la yang uruskan semua. Isi borang UPU, Politeknik, Unisel, Kolej-kolej swasta, SPA, macam-macam lagi la. Umi nak sangat tengok anak umi ni masuk U kan? Lepas tunggu punya tunggu, Tima dapat 3 tawaran yang lumayan serentak dan sekaligus.
1.Unisel -Diploma Pengajian Am Kanak-Kanak
2. Politeknik Ungku Omar - Diploma Information Technology
3. KUIS - Diploma in IT ( Multimedia)
Tapi Umi suruh Tima pergi KUIS, sebab kat sana International punya dan agak Islamik. So Tima pergi jugak walaupun rasa nak sangat masuk UNISEL atau pun POLY..Walaupun KUIS under kerajaan Selangor, tapi kos belajar sana agak mahal berbanding Unisel dan Poly. tapi sebab Umi dah suruh, Tima ikutkan je la. Tima sayang umi sebab tu Tima dengar cakap umi. Tima tak nak ulang sejarah dulu-dulu. Tima turutkan semua je apa yang umi mahu =)
Dekat KUIS, Tima jumpa ramai kawan-kawan yang baik hati. Sentiasa tolong ketika susah dan senang. Buat kerja final projek sama-sama. Keluar sama-sama. Study sama-sama. Makan sepinggan, tidur sebantal. Semua nya sama-sama. Banyak benda Tima belajar. Belajar hidup berdikari, belajar erti susah payah berjauhan dengan keluarga. Semua nya lahh =) Pointer Tima pun Alhamdulillah sepanjang duduk sana, tak pernah under 3.00 =) Sebab Umi tahu kan Tima minat gila subjek IT dan Multimedia. Tima suka duduk depan laptop dan habiskan masa dengan laptop.
Dan lupa nak bagitahu, abi ada bagi Tima laptop kan waktu Tima masuk KUIS..Sebab Tima ambil subjek IT, mesti kena ada laptop. Abi baik hati, bagi anak dia ni laptop sebijik walaupun pernah rosak beberapa kali, abi beli yang baru,TERIMA KASIH ABI :) Dan laptop yang Tima pakai sekarang ni untk buat entry ni pun abi yang bagi...Alhamdulillah, usia laptop ni dah mencecah 4 tahun . amin.
Masa cuti akhir semester, Tima balik rumah. Umi kata, ada surat dari SPA panggil Tima untuk temuduga. Baru Tima teringat masa lepas SPM umi ada isi borang SPA untuk Tima, umi suruh Tima mintak Ahli Farmasi, Nurse, Medical Assistant dan banyak lagi la. Tima tak ingat. So, umi kata pergi la temuduga tu, ambil pengalaman sedikit sebanyak sebab Tima tak pernah rasa 'feel' camana hadapi temuduga. Nak jugak rasa sekali sekala kan ? Umi kata lagi, takpe lah kalau tak lulus pun temuduga tu, just ambil pengalaman je. jadi Tima pergi je la. Macam Umi kata, AMBIL PENGALAMAN....
Lepas tu, Tima balik semula ke KUIS untuk masuk Semester 3. Rasa excited sangat sebab jumpa kawan-kawan balik lepas plang bercuti. hehehe. Belajar pun macam biasa la. Ada assigment, ada projek. Tu semua perkara biasa. Lepas tu Tima kena ambil kelas Bahasa Jepun. Rasa masa tu tak sabar nak belajar Jepun. Tima ingat lagi, waktu tu Tima tengah ada kelas animation kat Lab Multimedia, abi call. Abi cakap ada surat dari SPA untuk Tima. Abi kata TIMA DAPAT TAWARAN SPA-JURURAWAT PELATIH kat Terengganu. Tima tekejut, tak tahu nak cakap apa. Tima pandang kawan-kawan pastu kawan pelik. Kawan -kawan mesti marah kalau Tima pergi kan? sorry guys. Tima terima tawaran tu sebab Umi suruh. Umi kata kalau terima boleh kerja under kerajaan terus. tak payah bayar PTPTN. Free je semua, then Tima terpaksa ikut cakap umi lagi. Ya, Tima keluar dari KUIS dengan seribu tangisan dari kawan-kawan dan diri Tim sendiri. Berat sangat hati nak melangkah pergi.T_T
Sekarang anak umi dah jadi NURSE pun. Sekarang dah semester 6. Lagi 5 bulan anak umi ni bakal jadi kakitangan kerajaan. Bakal kerja kat mana-mana hospital kerajaan. Bakal buat umi dengan abi tersenyum bila tengok anak umi ni pegang Diploma Kejururawatan atas pentas masa KONVOKESYEN nanti.
Tima buat entry ni bukan sebab Tima nak bukak pekung di dada, nak bagitahu semua orang tentang apa yang pernah kita lalui, bukan nak berbangga dengan apa yang Tima capai sekarang ni, CUMA Tima nak bagi pengajaran dan pedoman pada adik-adik Tima yang baca entry ni tentang apa yang Tima pernah lalui dari zaman Tima jatuh sampai sekarang. Tima nak diaorang ambil iktibar dengan apa yang Tima pernah lalui. dan Tima nak ucap kan :
TERIMA KASIH UMI :')
SEBAB ;
- Pernah marah-marah Tima dulu sampai Tima menangis, kalau tak, Tima takkan jadi anak yang baik.
- Pernah pukul Tima sebab degil sangat, kalau tak mesti hanyut dalam kealpaan.
- Selalu kejut time Subuh, kalau tak mesti tak solat Subuh.
- Pernah tampar muka Tima sebab menjawab umi cakap, kalau tak mesti mulut ni celupar .
- Selalu nasihat kan Tima supaya belajar rajin-rajin, kalau tak mesti dah jadi orang yang tak berguna.
- Kongkong Tima dari keluar merewang dengan kawan-kawan, kalau tak mesti Tima jadi sosial.
- Pernah membebel kat telinga Tima, kalau tak mesti tak jadi macam sekarang.
TERIMA KASIH BUAT PUAN NOOR RIHAR BT ABDULLAH ..AKAN KU BALAS JASAMU SEHINGGA KE HUJUNG NYAWAKU..DOAKAN ANAKMU INI BERJAYA MENCAPAI APA JUA YANG DIIMPIKAN DALAM HIDUPNYA..BERIKANLAH RAHMAT DAN REDHAMU UNTUKKU MENERUSKAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN RANJAU DAN ONAK DURI..DOAKAN ANAKMU SENTIASA TABAH DALAM MENGHADAPI SEGALA BENTUK UJIAN YANG ALLAH BERIKAN..KU DOAKAN , DIRIMU SENTIASA DIRAHMATI ALLAH SWT DAN TENANG DALAM KEHIDUPANMU. YA ALLAH YA TUHANKU, KAU KASIHANILAH KEDUA IBU BAPA KU SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANIKU SEJAK KECIL..AMIN.
SALAM SAYANG DARI ANAKMU YANG JAUH,
siti fatimah binti borhan.
2 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :
wow....anak umi~
gud2`
^_____^ thanks :)
Post a Comment