pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

kenapa saya rindu MEREKA ??

rindu? kenapa rindu ? mesti la sebab dah lame tak jumpe kan? ade ke orang yang jumpe hari hari dia akan tetap rindu..??hehe..tak tau lak kalo ade kan? Entah la..Tim rasa rindu sangat sangat kat dorang..tu la susah bile duk jauh.rase RINDU. rindu tu sebenarnya satu perasaan yang sangat seksa kan? Kalau kita rindu kat seseorang tu rase nak nangis..rasa nak meraung je..sebab rindu sangat sangat. Kadang rasa bagai nak gila sampai boleh menari macam ni.hahahahahaha..



Okey lah..kawan kawan semua..Nak tau tak sape yang saya rindu? okey..korang boleh tengok kat bawah ni..


Ni kawan rapat saya ketika di KUIS.nama dia Nurul Filzah. saya rindu dia sebab dah lama tak jumpe.dah 2 tahun. dia cantik kan? tau kenapa? sebab mak dia orang Pakistan.hehe..dia baik, sopan je orangnya. suka layan saya yang gile gile nih. Sumpah rindu gile kat dia. skang dia study MMU.dulu masa saya amik IT kat KUIS dulu pon saya ada cita cita nak masuk MMU.tapi dah takdirnya saya masuk bidang kejururawatan, maka saya redha. Mungkin ada hikmah yang Allah berikan.saya terima seadanya. nak jumpa dia tapi tataw bile. Erm. imy filzah !!okey. haaaaaaa..ni namanya Nurul Amal. sedap kan nama dia? hehhe.Dia ni pandai taw. Kuat usaha dan gigih belajar. Dulu kalau time kat KUIS kalau tak tahu apa apa tanya dia je. Mesti dy leh jawab. Dia memang terer bab IT nih. dulu penah sekali satu grup wat final project TMM masa sem 2. kitaorang sengkang mata buat project tuh. dan hasilnya kami sangat bangga! dapat no 2. Lawan antara 4 kelas yang lain. No 1 dapat kat kelas lain. Itulah moment yang paling saya tak dapat nak lupakan.Rasa puas bila kerja yang susah dapat buat sama sama dengan dia. Best la! sampai sakang saya simpan lagi final project tuh. Kenangan je rasa. Bukan senang...Thanks amal 4 everything..Tunjuk ajar waktu dulu dulu..Jaga diri baik baik tau. :))ini pulak??? Ini namanya Raihana.bukan Rihanna yerp :) dia sama jugak.kawan baik waktu kat KUIS. nampak sombong tapi sebenarnya baik. Suka gelak. Kawan Filzah sejak dari sekolah menengah lagi.rindu dia ni. Hehehe. Pas habis study kat KUIS dia jadi cikgu sekolah rendah kalau tak silap. Hehhehe.,Good Luck ye Rai..nanti kita jumpa. Okeh??
periang. manis. gile gile. vogue. smart.itulah dia gadis manis bernama MINT. (weh.aku puji ikhlas dowh.tade maksud tersirat.bukan juga mintak dibelanjakan..) :P Nama penuh dia Siti Aminah. dia kembar saya sebab nama kami hampir serupa.saya Siti Fatimah.haha.dia kawan ting tong saya. Suka layan kerenah saya yang gila gila.hahaha.teramat rindu dia neh. Cane nak buat? Dulu time kat KUIS dia pandai taw. salu dapat pointer tinggi tinggi.kan mint kan? salute lah kat dia nih. hehehe.skang study kat MMU amik kos Media Innovation.Mint, bila kita dapat jumpa lagi?Rindu kamu gilak punya taw. heh. nanti jumpa okey? =)
yuna oh yuna! nama dia noor wahyuna. asal Batu Caves.si kecil molek ni nampak garang dan sombong tapi langsong tak ! hehehe.dia baik tapi agak sensitif. dulu sebilik dgn dia dan macam macam kenangan kami lalui. Pernah tidur rumah die sekali.Hehehe. Dulu masa sekali bilik dengan dia, dia selalu takut tidur sorang sorang. Duk tidur sebelah saya. hahaha. Pe lah ko yun. Ko takut hantu ke? ahahaha. sekarang dia g tidur sebelah mint pulak. macam macam lah ko yun.Yun, ko mesti ingat lagi kan kenangan kita makan meggi ari tu.Aku majuk dengan ko haha.sampai mengalir air mata. Kenangan tu takleh nak lupa. Miss u lots YUN !!ara. seindah namanya.namanya Farah Huda Aqilah. sedap betul nama dia ni. Yang ini pon saya rindu. teringat kenangan waktu g Sunway Pyramid bsama kamu dan mint. Erm. what a sweet moment kan? Kita tengok wayang, makan A & W..pastu ara ni tak suke makan sos tomato.hehehe. Sedap ape sos tomato kan?best sangat dapat pergi jalan jalan ritu. Sampai pukul 1 pagi baru balik. tak leh masuk KUIS da time tu. so tumpang tidur umah biela dgn k.fal..hehehe..sonok jugak. Masa tu ingat lagi, lagi dua hari je aku nak pindah pergi Terengganu. so sad T_T.. ara, jangan lupa aku k. sayang kamu satu persamaan saya dan dia. kami sangat sangat GILA pada warna PURPLE !! woahhh.kalo jumpe barang yang comel2 kale purple mesti nak beli. rindunya kamu ara.. jage diri baik baik. jadi ustazah yang baik.hehee.Ni kawan lama saya pulak. Kenal masa darjah 4 lagi. Nama dia Insyirah. Rindu la kat dia. Terpisah waktu Tingkatan 3. sebab saya dah keluar Sekolah Taayah, Ipoh. rumah kitaorang dekat je tapi masing masing study jauh. so tak dapat nak jumpa la. Anyway, dia skang study kat UiTM amik kos..err..lupe la pulak. hehehe.rindu le kamu insyi. nak jumpe. nanti datang la umah aku kat Desa...bawak satu family taw. =)alahai si kembar Shakila dan Shakira..ya Allah dua insan ni rindu yang teramat !Bila kita dapat jumpa lagi nih? hehe..sorang duk sana.sorang duk sini. Nanti aku kawen, korang mesti datang tu je aku nak tau.ehheehe :) Jangan tak datang. Kami kenal waktu dari darjah 4 jugak.Sekolah rakyat sama sama. makan bekal sama sama. Ayah dan mak kami pun kenal. Hehehe..Dulu time sekolah, ramai kawan kawan takleh nak beza muka diorang nih. tapi saya senang je nak beza. bagi saya, muka diorang tak sama langsung ! Kenapa ek? Sebab hari hari tengok kot time sekolah dulu.Rindunya..!!nanti kita wat reunion family yerp? hehehe.. miss u dua orang.=))ya ini dia doktor gigi. belajar dentist di UKM kalau tak silap. nama dia Fiera Nadia.anak cikgu Jamal Ikhsan. rindu jugak kat dia nih. Ermm..lamanya tak jumpe kan? Lama juga kenal dia. masa darjah 4 jugak.Dia ni pandai.Otak geliga.Rindu kamu !woaah.ni kalau jumpe mesti nak peluk peluk.nanti boleh la dapat cek gigi free kan cik Fiera. eh silap ! Doktor Fiera. hehe. kamu sekarang makin cantek. dulu comot.macam aku jugak.hahaha.nanti plan bila nak jumpa okey?i miss u. so much !



p/s : kalau sekali saya jadi teman kamu., selama lamanya saya tetap teman kamu. Jaga diri kamu semua baik baik. sayang korang sangat !

Sami Yusuf - Hasbi Rabbi

Suke sangat dengar lagu lagu dari Sami Yusuf. Suara sedap. Hesem lak tu.Tapi mesti dia dah kawen kan? Anyway..enjoy the song! Selamat berhibur dengan lagu ini ya kawan kawan! :))

erm. Tim, Please get ready !

Hai semua ! Erm. sedar tak sedar dah hampir sebulan Tim kat rumah. Menghabiskan cuti semester bersama sama dengan family tersayang. nak tahu satu benda sedih tak? tim dah nak kena balik kolej 25 haribulan ni. Thats mean esok la. Aiyarkk..macam jauh lagi je 25haribulan tuh. isk isk..sebenarnya sedih nak tinggal rumah. tapi nak buat macam mana kan? Belajar tu penting. Dengan ilmu lah seseorang tu boleh dinilai. dengan ilmu lah kita dapat ubah hidup kita dan boleh bantu mak ayah bila dah tua nanti :) wah Tim. bersyarah pulak dia.hehehe.anyway.. esok balik kolej dan Tim akan mula semester baru ! Semester 5 rasanya.hahaha..lupa dah semester brapa ye lame sangat duk umah.tu laa..!!


Kawan kawan.camane ni. sedih la rasa.esok je last Tim dengan family. pastu dah takde. Cuti lambat lagi. tunggu mesti lama. Tim taleh la pisah dengan adik adik. Rase rindu sangat2 kat mereka. Mungkin sebab tim rapat sangat kot dengan mereka. kan?kan?

Nanti dah masuk semester 5 mesti mencabar lagi. Belajar tentang Psychiatric, Management, argghh.. mesti kena belajar betul betul la sem ni. alhamdulillah..sedar tak sedar dah 2 tahun dah kat kolej. lagi setahun je...semoga cepat2 la habis study yerp. tapi kan. satu benda je Tim risau. erm..nanti alam pekerjaan Tim nanti sama best ke dengan alam Tim study ni? ye la,.biar la kolej Dengar cite2 bekas2 kakak senior kata tak best bile dah keje. semua atas tanggungjawab kita. sebab kita berdiri atas nama STAFF NURSE. Dulu time belajar takpe la nak buat salah pon. ade orang back up kita. sbb kita pegang STUDENT NURSE. Tim kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Fizikal dan rohani. cehh! hahaha..Insya Allah Tim..berkat doa kawan kawan.ibu bapa.guru guru...

tapi walaupun tim sedih dan hiba (cewahhh!!) tim tetap gembira sebab tim dah naik sem 5 !

nanti pakai pip kale MERAH..wow..merah itu garang kan?hehe..seronok sebab dah jadi senior pada adik adik.hehe..jangan risau lah.tim bukan pembuli yang nyata. :) balik kolej ni mesti banyak kerja sebab kena sambut adik adik baru pada 1 Julai 2010.erm..takpe takpe..good luck k Tim..

kawan kawan CONKT..kita jumpa nanti ye? Mesti balik kolej ni semua nak cerita pengalaman masing2 time cuti.hehehe..

LUV U ALL JULAI 2008 !!


kawan kawan umpama sinar MENTARI !





Assalamualaikum...
hai semua...Okey...selamat melayari blog timmy..Selamat datang ye ! Heehehe.,.kedatangan anda ke laman saya amatlah dihargai... Kali ini saya nak share pada korang tentang ceritera saya di kolej tercinta. Pastinya semua tahu saya sekarang masih study lagi. Oh ya??study kat mana? hehee..Malu nak gitau nih..Camne nih..ok lah..saya study kat Kolej kejururawatan Kuala Terengganu..haa..gambar kat atas tu...gambar kawan kawan saya...mereka terdiri daripada dari kiri Zainab( Zai), Idayu( Ayu), Azhira (xera),saya(muka bercahaya gituu). Masayu (Ayu) dan Shalini...masa tu kami ada persembahan makanan untuk ibu post natal atau senang cakap makanan untuk ibu selepas bersalin. Okey, faham?? Hehehee..Masa ni seronok sebab buat keje sama sama..tapi saya tak sedar masa nak bangun pagi tu..Sorry kawan kawan ! kasihan kamu semua. Saya tahu saya bersalah. Sorry again.. By the way saya tahu kamu semua mesti maafkan saya. Sebab kamu semua baik. :)) Thanks kawan !Mari saya kenalkan mereka mereka semua pada kamu. Okey??

[yang ini namanya Zainab.name ayah takyah sebut la,Kang lain lak jadinya.Hehehe]
[saya bersama Masayu..dia sangat periang dan mengada ngada.hahaha][okey, ni shalini.dia cantik kan? dia Indian tau. bukan Malay. hahaha.][bersama si mucuk Azhira...dia tau saya tengah snap tu..cover cun konon !hahaha]
[and the last with my cumil Ayu :))]
special 4 u all guys :


atau dalam bahasa Melayu nya:
Kawan yang sebenar adalah susah untuk dicari, susah untuk ditinggalkan dan mustahil untuk dilupakan

::siti fatimah :: masayu :: zainab :: nur azhira :: nuridayu :: shalini ::


p/s : friends forever...korang semua ada facebook kan..so korang semua tinggal dalam PC aku..hehehe..luv korang !!

oh dialah BUAH HATIKU!

[ tengok tuu..muka dia time minum]





[idris yang sangat periang !!]

[muka dia pakai cepek.ensem kan??]



[model model..mintak sign !! :p]


haaa..da tengok gamba gamba di atas? nak tau sape budak comel dan bijak ni..?? dia adalah adik bongsu saya..


lahir pada 040404..pada jam 1.14 pm...


hehehe..nama panjangnya ialah Muhammad Idris Mansur bin Borhan.


berumur 5 tahun la sekarang..sekarang bersekolah tadika di Hulu Langat (Tadika Mahir Ilham)dan sudah pandai membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bijak kan? Tapi satu sahaja yang buat saya geli hati ialah :


dia pandai bilang one until hundred in English tapi dalam Bahasa Melayu hanya dari satu sampai sepuluh.sebelas dan sterusnya dia tak tahu.


Hahahaha..adik..adik..tak pernah lagi dalam sejarah adik adik akak yang lain ade penyakit macam ni. Ape2 pun..akak tetap sayang kamu..


Banyak perkara yang dia lakukan dan saya lihat dia sangat bijak. Cakap pun bagaikan orang dewasa. Kadang kadang lebih dari saya lagi .Hehehe..Kalau pergi ke pasar malam dan sebagainya..Kanak kanak lain mesti nak beli mainan kan? Tapi dia tak. dia hanya akan beli buku. Balik dari tadika,,pukul 430 petang macam tu..Dia akan makan nasi lauk ayam kesukaan dia..Lepas makan, mesti dia tanya umi saya :


" Umi, idris ada homework ni..Umi nak suruh idris buat sediri atau umi nak tengok?"

Hati aku tergelak kecil.Budak sekecil tu rajinnya !!Belajar tak payah disuruh. baru 5 tahun. Dulu saya sekecil tu rasanya taklah serajin tu.Hahaha...Sememangnya saya berasa bangga mendapat adik seperti dia..Kebetulan adik bongsu..manja..bijak..aktif.,.memanglah ramai orang sayang.

kalau bab panggilan pulak..ni lagi nak tergelak. Dia ada 3 orang kakak. Saya, adik saya Nur Basyirah( nama panggilan kak yang) dan Nur Hamizah(kakde)...Tapi si idris ni panggil kami semua dgn panggilan "kakak"...

Suatu hari, umi saya tanya dia:

" Ni siapa mandikan idris ni?"

Dia jawab:


" Kakak.."

Umi tanya lagi :

" kakak mana..??"


Idris jawab:

" Ala..kakak yang tinggi tinggi tu..yang pakai spek yang kurus tu...."(Merujuk kepada Kakyang)

punyala nak cakap ramai giler kakak dia..sampai mention satu persatu sifat fizikal kakak dia yang mandikan dia tuh.hahaha!

Saya yang duduk sebelah dengan umi punyalah ketawa terbahak bahak..

Pastu umi saya tanya dia lagi:

"Habis ni kakak mana..??"(Menunjuk kepada saya)

Dia jawab sambil sengih :




" Ni kakak gemuk...!!"






hahahahahahahaha.,.kami satu family bantai ketawa...

haiii..lawaknya lah idris..


KAKAK SAYANG KAMU :)









dia kawan baik SAYA !

[saya dan kawan baik saya]


hai semua :)



bertemu lagi kita di blog saya yang terchenta ini. kali ini saya nak perkenalkan seseorang pada anda.kawan baik saya.


nama dia NURASHIKIN binti ALI. erm. satu saja.



dia terlalu baik pada saya. saya kenal dia 2 tahun yang lepas sewaktu mula mula saya masuk kolej.oh ya. lupa pulak saya nak introduce sy study mane.ehehee..saya study kat Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu..tau kan tempat tu? kalau u all orang Malaysia tulen mesti tau pun ye lah.hahaha....



kalau tak tahu jugak nanti saya kenalkan kat korang next post oke?? by the way berbalik pada topik kita tadi..tentang kawan baik saya..dia berasal dari Bachok , Kelantan dan umurnya sebaya dengan saya. Dia selalu bagi hadiah pada saya. setakat ni saya dapat dua dah hadiah daripada dia. satu saya dapat Bear Comel sempena my birthday dan satu lagi saya dapat Patung ikan paus kaler purple yang sangat comel.hahaa..nanti saya tunjuk pada anda.wah wah...^_^satu lagi yang saya suka tentang shikin adalah sebab dia sangat cantik dan lemah lembut orangnya. kadang kadang gile gile tak tentu arah.macam saya lah lebih kurang. Mula mula saya ingat dia ni pendiam, but lama lama dia okey dan banyak cakap.hehehe..lawak la mu ken.Shikin sangta suka warna hijau dan warna yang paling dia benci adalah pink. Tengok ni. ni keychain kitaorang buat sama sama waktu kitaorang ke expo dulu. Saya punya kaler purple.Dia punye kaler hijau.Cantik kan?





[ ni gambar saya sendiri snap and editkan untuk dia masa kami kat Pantai Batu Burok, Terengganu]



Shikin ni lahir pada 12 May 1989...dan birthday dia baru ni saya tak sempat nak bagi hadiah and celebrate..sebab tyme tu kitaorang tengah exam and elaun kami pun belum masuk lagi.huh...memang nak kena elaun ni.cehhh! nanti la sayang...aku bagi mu hadiah. special punye yerp..!! hahaa...nanti dah abis cuti ni nak belanje die makan kat KFC la..insya Allah..




Dia juga ada facebook tapi buat sementara waktu ianya perlu dirahsiakan. hahaha..sorry guys!


pesanan buat kamu kamu semua :


itu sahaja buat hari ini.nanti saya cerita pasal dia lagi.hehe..selamat berkenalan dengan shikin.bye semua!




p/s : nak tau satu rahsia tak..?shikin bile dengar lagu yang dia suka, dia akan jadi macam ni.






hehehehehe...

THANKS aqilah nur !

s

Assalamualaikum semua .

seronoknya hari ni ade kawan tolong promote blog. ngeh ngeh..tak sia2 rase nye berhempas pulas buat natang nih.eh silap.blog ni...^_^

thanks n trimas buat kawan lame yg dirindui..

[ bello ]

try check it out k...

dia sangat baik dan gorgeuos. sporting abes...kami kenal since skolah rendah lagi..hehe..tak sangke dah besar budak neh.hahaaha..

by the way;

thank you fren.

so much.

KENALI DAKU :))

disebabkan aku baru je buat blog ni...so i want to introduce myself lah. mesti ramai kawan kawan kat sini yang kebanyakan dah kenal aku kan? so for those who baru kenal aku...tatap muke aku...haaa..inilah dia manusia atau lebih manis lagi boleh dipanggil gadis.

ehem ehem..hihiii..gadis ini yang telah diberi nama sebagai

SITI FATIMAH binti BORHAN...
boleh panggil tim je.
mudah dan simple.kan? kan? ade jugak org panggil siti..dan lain2...tapi i tak recommended lah u all panggil i macam tu pon.ceh. hehe :))
umur masih menjangkau 21tahun. eh...mude lagi kan?hehee..belum masuk 21 pun....this September baru masuk yerp..so be prepared utk bg HADIAH pada insan ini..hehehe..

ingat taw tarikh ni :



25 haribulan 9 tahun 1989
wah panjangnye tarikh lahir kau tim :))
yippi2..

dan di bawah ini adalah sebahagian koleksi gambar gambar saya ..


selamat menatap...aiyarkkkk..ramai orang cakap gambar ini comel..(saya tak tahu tentang itu)heheee



ini cepek pinjam dari adek guwe :)

tu saje kot untuk hari ni...nanti kite upload lain eh...cekian :)

p/s : mahu tulun mak masak cekodok labu di dapur...errr..hari ni saya berpuasa sunat..ehem2 puasa ganti sekali..heheehe,,kene tolong wajib tolong :)) bye!

YIHAAAAAA!!!!

Yeaaayyy!!!


tau kenapa saya gembira and happy? sebab dah berjaya buat blog tanpa bantuan orang lain.hehehe...
umo da meningkat.. 21 tahun da...tapi baru buat blog..takpe la...


mude ape 21 taun kan..kan...hihiii..anyway guys...


juz to say thanks a lot sebab sudi jugak jenguk my simple blog yang tak seberapa nih..


almaklumlah...




"Budak baru belajar...."
harap dapat beri tunjuk ajar..sikit sikit lama lama jadi bukit..betul tak..sekiranya ada kesilapan..sile beri teguran dan kritikan yang membina okeh...??


thank u so much :))





u are always inside my HEART guys :)