pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

1 Syawal : Orang lain pergi beraya, aku pergi tengok movie . Rise Of The Planet Of The Apes, serius terbaik bebeh :)

Kisah Tim pergi tengok wayang ni dah cerita basi dah. Sekarang ni dah entah ke berapa Syawal dah tapi masa Tim pergi tengok wayang ni masa 1 Syawal. tehehe. Atau dengan ayat lain, ni cerita dah basi  la. hehee..

Hari tu masa pagi raya pergi Jusco Shah Alam dengan kawan-kawan. Tim tengok ramai je orang Melayu yang bershopping1 Syawal ni. Siap pakai baju kurung dengan baju melayu tu. Semua pekerja KFC dengan McD pun pakai baju melayu & baju kurung. siyes kiut. ^^

Okay, hari tu sampai2 je Jusco Shah Alam tu terus pergi tingkat 2 untuk tengok wayang. Mula-mula plan nak tengok verita Karipap- Karipap Cinta , tapi takde la pulak. last-last decide nak tengok cerita ni


Mula-mula ingat cerita ni tak best tau. Ape la cerita pasal mawas kan. HAHAHA.
Tapi bantai je la tengok kan. Best kottttttttttttt. :)



Kisah dia mengenai seekor mawas yang bernama " Caesar " , yang dah kehilangan ibunya yang telah disuntik dos ALZ 311 untuk tujuan ujikaji bagi memulihkan pesakit manusia yang mengalami Alzheimer. So bila ibu si Caesar ni dah mati, gen ibu dia yang terkena dos tu turun pada dia. So Caesar ni pun makin besar, makin bijak dan boleh buat semua yang manusia boleh buat kecuali bercakap..



Filem ni best sebab kita boleh bayangkan perasaan mawas tu taw. Dia sedih sebab maruah dan harga diri kaum mawas sesama dia disisih dan diperlakukan buruk oleh manusia. Seolah-olah mereka ni hanya mainan ujikaji dan bukannya suatu makhluk yang sepatutnya bebas kat hutan sana. 



Ni masa Caesar baby, watak utama ( James Franco ) bawak dia balik rumah sebab ibu dia dah mati ditembak. Siyes comel gila die time kecik. Then James ni bela sampai besar dan jadi mawas yang bijak.

James Franco, Rise of the Planet of the Apes

Ni lah James Franco. watak utama dalam cerita ni.






Ni pulak Frieda Pinto. kekasih kepada James Franco yang banyak bagi semangat kat James dan Caesar.


Ni trailer dia. selamat tonton.





* Masa nak ending tu memang sedih kot. bergenang jugak la kan airmata ni T_T


Babai semua :)