pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Suka budak-budak tapi....

As salam semua kawan-kawan. Rasa rindu sangat sangat nak mengupdate kat sini..lama dah rasanya tak buat blogwalking..alahai maaf la semua..Tim sekarang memang bust sangat-sangat sebab sibuk exam kan..maklumlah dah final sem..dan bulan 6 ni InsyaAllah bakal pegang title Staff Nurse..OMG takutnya..rasa macam tak bersedia nak pikul tanggungjawab as a staff nurse yang bekerja..mesti banyak benda Tim kena tempuh sorang-sorang sebab semua yang Tim buat adalah atas tanggungjawab Tim sendiri..tapi InsyaAllah..Tim akan buat yang terbaik..^^


By the way, sekarang ni Tim praktikal kat wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah , Kuala Terengganu . Dah lama dah tak praktikal kat sini taw. Last Tim kerja wad ni waktu sem 3 hari tu. Lepas tu dah takde. Ni dah sem 6 baru masuk balik. Lain pengalaman kita dapat bila masuk wad kanak-kanak dengan orang dewasa..Memang banyak perbezaannya..

Hari pertama Tim masuk hari tu nampak katil banyak gila. Penuh dengan budak-budak..nangis sana..nangis sini..bayangkan pagi-pagi buta pukul 6.45 pagi nak mulakan kerja dah dengar budak-budak terjerit sini sana..ada yang tidur nyenyak tapi bilangannya boleh dikira dengan jari la..Budak-budak kan..macam-macam ragam..nama pun budak-budak..^^


Ni berlainan bila kita masuk wad orang dewasa..pagi-pagi masuk rasa relaks je..ambil report dan lepas tu buat bed making ( kemas katil pesakit-pesakit ) .. dan lepas tu boleh la bagi ubat dan buat prosedur lain-lain..orang dewasa ni tak banyak kerenah..hehee..

Pengalaman Tim sepanjang 3 tahun kat Hospital HSNZ ni..wad kanak-kanak adalah yang paling mencabar dari segi fizikal dan mental selain bekerja kat Jabatan Kecemasan hari tu...Sebab..kat wad kanak-kanak kita kena berhadapan dengan kanak-kanak yang ada macam-macam penyakit..Bila diaorang sakit..diaorang akan hanya menangis dan menangis..tugas jururawat? Kena lah pandai tarik perhatian diaorang..Selalunya Tim akan sediakan sikit gula-gula untuk budak-budak ni..kadang-kadang ada jugak bagi mainan sebab nak tarik perhatian budak-budak ni untuk bagi kerjasama pada kita masa buat prosedur contohnya bagi makan ubat..atau lain-lain..budak-budak memang susah sangat nak makan ubat..seriously..kadang-kadang rasa fed up nak bagi..HAHA. jahat kan Tim ?



Tapi bila tengok dan renung wajah budak-budak yang sakit ni..walaupun sakit..tapi still comel..rasa kesian dan sayang sangat kat dorang..Tim suka budak-budak sebenarnya..memang suka main dengan budak-budak..Tapi bila kerja kat wad kanak-kanak ni rasa sedikit tertekan sebab kena berdepan dengan budak-budak yang macam-macam ragam..tapi Tim anggap tu sebagai satu cabaran untuk Tim bekerja sebagai staff nurse nanti. Dorang kan sakit, so Tim kene la faham kan? ye dok?heehehe


Bila kita berdepan dengan kanak-kanak macam ni..banyak yang kita kena belajar dari segi psikologi kanak-kanak..cara kita berdepan dengan pesakit kanak-kanak dan pesakit dewasa adalah dengan cara yang berbeza..kanak-kanak kena layan macam ni..dan dewasa ada cara lain..
Doktor pun kena main peranan sebab doktor kena pandai berkata-kata dan kena pandai layan kanak-kanak..suka sangat bila ada doktor lelaki main dengan budak-budak untuk tarik perhatian dorang..cool je bila tengok..hehehe. * mood gatal* HAHA


Bila tengok kanak-kanak menangis sebab sakit..hati pun jadi rasa sayu. Macam-macam penyakit Tim jumpa kat wad ni.. Antara penyakit-penyakit yang selalu ada.. Asthma..Bronchopneumonia, Kawasaki disease, Nephrotic Syndrom, AGE ( cirit birit ) , demam tinggi, Diabetes Mellitus (kencing manis ), Tubercolusis ( TB ) , cholera ( taun ) dan ada jugak penyakit lain-lain..Bila fikir balik-balik, dorang ni masih kecil dan perlu tanggung semua penyakit ni..


">

Apa-apa pun..Tim doakan yang terbaik untuk adik-adik yang sedang sakit dengan ujian yang Tuhan berikan tu..ada hikmah untuk semua tu..rasa sebak bila tengok budak-budak ni batuk tak berhenti-henti..sesak nafas tiba-tiba..kerut-kerut muka tahan sakit..Ya Allah..pedih rasa hati..terasa tak tertanggung ujian bila kena kat atas diri kita sendiri..bila kena sakit bukan bermakna Allah benci kita, tapi sebab Tuhan nak uji kita..keimanan kita..:)

Tim harap pun korang dapat doakan kesejahteraan adik-adik kita yang sedang sakit ni..Mereka masih kecil dan tak tahu apa-apa tapi dah terpaksa menanggung segala macam penyakit di usia yang sangat muda..

dan untuk korang semua pembaca...tak kisah la laki ke perempuan..
Tim nasihatkan supaya bila korang dah kahwin nanti dan merancang untuk dapatkan anak yang sihat dan bijak..

  • Mesti kena tinggal amalan kehidupan yang tak sihat. Contoh ? alahai senang je..merokok la ! Korang orang laki kalau merokok..tak banyak pun sikit mesti ada effect kat baby nanti..so stop-stop la merokok tu ye wahai lelaki bujang..! Untuk perempuan yang merokok..kemungkinan besar bila korang mengandung...anak boleh jadi cacat atau ada masalah jantung.
  • Pemakanan mestilah seimbang..banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi ibu yang mengandung.
  • Minum air masak dengan banyak dan elak makan makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi dan berlemak.
  • Senaman ketika mengandung. Ada cara khusus untuk senaman ibu yang mengandung..Senaman yang sangat mudah dan boleh mudahkan ibu untuk mengandung nanti ! ^^
  • Elak stress. Bila ada masalah, be cool. Jangan cepat melatah dan mengamuk. relaks dan cuba selesaikan step by step. okey ?
  • Sokongan emosi dari si suami. Korang orang laki kena selalu bagi sokongan emosi kat si isteri...baru lah romantik dan ini boleh releasekan tekanan yang si isteri ada..^^
  • Doa dan tawakkal pada Allah..Doa yang terbaik untuk bakal anak korang..Banyak-banyak kan berzikir dan baca ayat-ayat suci Al-Quran..insya Allah anak yang bakal lahir merupakan seorang yang bijak, berilmu dan beriman..amin :)
Okay..tu je tips untuk dapatkan baby comel dan bijak . hehee. ^^ Korang kena ikut okay ? insyaAllah..yang lain kita berserah pada Allah..okaylah semua..esok Tim kene kerja kat wad kanak-kanak lagi ! yaeahhh :)

bai semua ! as salam ^_^

p/s : tetiba teringat kat hospital yang sangat comel ni..kan best dapat kerja kat situ..huhuhu..


1 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :