pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

saya beri awak hati saya.


sejak akhir akhir ni hati ni cepat sangat sedih.
sensitif yang amat sangat,apa je orang buat, mesti terasa.
entah la.apa yang tak kena?

mungkin hati ni perlukan seseorang untuk take care dan jaga. tak perlu susah2 jaga sangat. cukup lah menyayangi hati ini. hati ini senang bila disayangi.
bila ada orang sayang kita, hati akan rasa senang kan? jadi...

"Belajarlah menyayangi orang lain."
Bila hati kita disakiti, rasanya bagaikan mencucuk cucuk.
pedih yang amat sangat...tapi kalau hati orang kita sakiti,

pernah korang fikir takk?
jadi..sebelum tidur muhasabah diri..maafkan semua orang yang buat salah pada kita sebelum kita masuk tidur..
kerana itu adalah yang terbaik.

bila hati korang sedih,
mesti rasa nak nangis kan?
Kalau tak menangis luar pun, pasti menangis di dalam.

Cara aku :
  1. Aku akan tarik nafas dalam dalam sebanyak yang mungkin. tarik lepas, tarik lepas..(jangan kentut lak.hahhaa :))..tarik nafas sehingga betul2 lega..
  2. pergilah mandi ke, apa ke, untuk sejukkan badan. nak duduk kat dalam bilik aircond pun takde masalah.hehehe
  3. makan aiskrim atau coklat. makan dalam kuantiti yang sederhana untuk elak jadi obes.hahaha. atau korang leh cuba makan makanan kegemaran korang
  4. Try fikir positif untuk apa jua perkara yang berlaku. Ingat, kejadian tu semua ada hikmahnya.
  5. call mak kalau rapat dengan mak. Call ayah kalau rapat dengan ayah. Sedikit sebanyak mereka tahu masalah anda dan tahu anda sedih.
  6. Ambil wudhuk, Sembahyang Taubat dan berdoa kepada orang yang telah membuat anda sedih itu.Kemudian baca Al Quran untuk tenangkan hati yang sedang lara..
INSYAALLAH.

Selamat Mencuba.

p/s : Aku dah maafkan korang semua hari ini. :)










0 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :