pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Tentang insan yang bernama AKU .



____________________________________________________________


Aku manusia.
Manusia yang asalnya dari kain yang berwarna putih dan kini telah dicorakkan.
Aku tak punya apa-apa.
Aku hanya ada hati dan jiwa yang sangat telus.
Aku manusia.
Manusia macam kau , kau dan KAU.

Aku tak hebat.
Aku tak bijak.
Aku tak cantik.
Aku tak sempurna.
Aku insan biasa.
Aku hanya sebagai manusia.
Manusia yang berperasaan seperti manusia.
Manusia yang berakal dan bernafsu.
Manusia yang banyak cacat dan celanya.
Manusia yang diciptakan untuk manusia juga...

Aku anak perempuan yang sangat degil.
Aku student nurse yang dahagakan ilmu.
Aku kakak sulung yang sangat tegas.
Aku boleh jadi kawan.
Aku juga boleh jadi teman.
Mungkin juga aku boleh jadi sahabat.
Tapi tak semua orang kenal aku macam yang sebenarnya.
Aku lain. Sangat berbeza.
Tak semua orang boleh faham aku.
Mak aku pun tak faham apa yang ada dalam jiwa aku.

Kadang-kadang aku penat jadi manusia.
Sebab aku kena tempuh macam-macam perasaan manusia.
Sedih , marah , kecewa , hiba , gembira ..
Aku penat.
Tapi kalau aku tak jadi manusia..
Aku nak jadi apa?

Kadang-kadang hati aku menangis..
Kadang-kadang hati aku kecewa...
Kadang-kadang hati aku tertanya-tanya..
Kenapa mesti aku tempuh semua ni..?
Kenapa mesti aku lalui dan hadapinya..?
Tiada suara yang menjawab..
sebab aku hanyalah manusia yang kerdil..
Yang hanya meminta belas dan sekelumit harapan..
Harapan yang hanya tinggal harapan..

Setiap kali hati kecil ini menangis..
Aku hiba. Aku terkedu.
Bagaikan tiada siapa yang bakal menemani aku.
Aku seorang diri.
Tanpa teman.
Aku sedar aku siapa.
Aku insan yang hina dan kosong.

Aku manusia.
Iman aku senipis kulit bawang.
Maafkan aku kerana aku tak bisa jadi manusia yang kau mahu.
Maafkan aku kerana aku tak bisa jadi anak yang baik.
Maafkan aku kerana aku tak bisa jadi teman dan sahabat macam yang kau inginkan.
Sebab..

Aku hanya manusia.
Yang tak punya apa-apa.

Maafkan aku untuk kesekian kalinya....

maafkan aku KAWAN..





assalamulaikum semua...





2 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

Anonymous said...

indahnya Pencipta manusia yang maha sempurna dan tiada apa yg menyamaiNYA...

~CH~

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

saya tahu kamu siapa...
thanks for the comment CH...

tiada yang sempurna melainkan Allah..
amin.

* terimakasih*