pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Mesej misteri yang menakutkan...

As salam kawan-kawan. Semalam masa balik dari kerja, Tim tengok handphone Tim bergegar.




Lepas dah seminit berlaku 'pergegaran' (tipu) ...Tim pun bukak la mesej tuu.. Ingat mesej dari si pakwe tapi...

Tim baca mesej tu tak berkelip mata. Apakah ini? Mesej ugutan atau amaran ? Tim cuba tengok sender dia. cuma ada nombor 5 digit. kalau tak silap Tim, 62288 kot. Tapi nombor yang stail macam tu la. means bukan nombor biasa-biasa. tapi luar biasa.
Tim cakap dalam hati..

" mesej main-main ni kottt.."
" infeksi...?? infeksi apa la pulakkk.."
" takkan orang ni nak bagi mesej macam ni..apa motif dia..?"
" dah la..malas layan mesej tahape nihh.."


Tim pun tekan butang 'BACK'

Then nak tahu apa jadi....???







Bila Tim cuba bukak balik mesej tadi tuu..




mesej tu dah takde okayyy !! dah hilangg !! Tim cuba cek inbox Tim banyak-banyak kali tapi mesej tu memang dah takde.... !

Korang rasa pelik takk? Rasa nak gugur jantung bila tengok mesej tu dah takde...
Tim garu-garu kepala Tim yang tak gatal.
Ishh..peliknyaa...
Tim tak pasti apa sebenar motif mesej ni tapi yang pelik hanya pengguna Celcom sahaja yang dapat mesej ni...
Tim tak tahu mesej ni betul atau tak..
Cuma sekarang Tim tengah keliru dengan maksud dan motif mesej tu dihantar..* sigh*


Tim nak tanya korang semuaaa...
Korang ada tak dapat mesej yang sama macam Tim kat atas ni....??

dan...

Tim tiba-tiba rasa nak kaitkan mesej ni dengan sesuatu yang melanda negara kita sekarang...
Korang nak tahu apa?

tengoklah sini.





Apa pendapat korang ehh ??

* buntu *





comel tak doodle pertama saya ? hehe


Doodle ni dibuat khas untuk semua follower baru blog Tim ni..
thanks yah semua..


^_^



salam perkenalan !

babai.

Suka budak-budak tapi....

As salam semua kawan-kawan. Rasa rindu sangat sangat nak mengupdate kat sini..lama dah rasanya tak buat blogwalking..alahai maaf la semua..Tim sekarang memang bust sangat-sangat sebab sibuk exam kan..maklumlah dah final sem..dan bulan 6 ni InsyaAllah bakal pegang title Staff Nurse..OMG takutnya..rasa macam tak bersedia nak pikul tanggungjawab as a staff nurse yang bekerja..mesti banyak benda Tim kena tempuh sorang-sorang sebab semua yang Tim buat adalah atas tanggungjawab Tim sendiri..tapi InsyaAllah..Tim akan buat yang terbaik..^^


By the way, sekarang ni Tim praktikal kat wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah , Kuala Terengganu . Dah lama dah tak praktikal kat sini taw. Last Tim kerja wad ni waktu sem 3 hari tu. Lepas tu dah takde. Ni dah sem 6 baru masuk balik. Lain pengalaman kita dapat bila masuk wad kanak-kanak dengan orang dewasa..Memang banyak perbezaannya..

Hari pertama Tim masuk hari tu nampak katil banyak gila. Penuh dengan budak-budak..nangis sana..nangis sini..bayangkan pagi-pagi buta pukul 6.45 pagi nak mulakan kerja dah dengar budak-budak terjerit sini sana..ada yang tidur nyenyak tapi bilangannya boleh dikira dengan jari la..Budak-budak kan..macam-macam ragam..nama pun budak-budak..^^


Ni berlainan bila kita masuk wad orang dewasa..pagi-pagi masuk rasa relaks je..ambil report dan lepas tu buat bed making ( kemas katil pesakit-pesakit ) .. dan lepas tu boleh la bagi ubat dan buat prosedur lain-lain..orang dewasa ni tak banyak kerenah..hehee..

Pengalaman Tim sepanjang 3 tahun kat Hospital HSNZ ni..wad kanak-kanak adalah yang paling mencabar dari segi fizikal dan mental selain bekerja kat Jabatan Kecemasan hari tu...Sebab..kat wad kanak-kanak kita kena berhadapan dengan kanak-kanak yang ada macam-macam penyakit..Bila diaorang sakit..diaorang akan hanya menangis dan menangis..tugas jururawat? Kena lah pandai tarik perhatian diaorang..Selalunya Tim akan sediakan sikit gula-gula untuk budak-budak ni..kadang-kadang ada jugak bagi mainan sebab nak tarik perhatian budak-budak ni untuk bagi kerjasama pada kita masa buat prosedur contohnya bagi makan ubat..atau lain-lain..budak-budak memang susah sangat nak makan ubat..seriously..kadang-kadang rasa fed up nak bagi..HAHA. jahat kan Tim ?



Tapi bila tengok dan renung wajah budak-budak yang sakit ni..walaupun sakit..tapi still comel..rasa kesian dan sayang sangat kat dorang..Tim suka budak-budak sebenarnya..memang suka main dengan budak-budak..Tapi bila kerja kat wad kanak-kanak ni rasa sedikit tertekan sebab kena berdepan dengan budak-budak yang macam-macam ragam..tapi Tim anggap tu sebagai satu cabaran untuk Tim bekerja sebagai staff nurse nanti. Dorang kan sakit, so Tim kene la faham kan? ye dok?heehehe


Bila kita berdepan dengan kanak-kanak macam ni..banyak yang kita kena belajar dari segi psikologi kanak-kanak..cara kita berdepan dengan pesakit kanak-kanak dan pesakit dewasa adalah dengan cara yang berbeza..kanak-kanak kena layan macam ni..dan dewasa ada cara lain..
Doktor pun kena main peranan sebab doktor kena pandai berkata-kata dan kena pandai layan kanak-kanak..suka sangat bila ada doktor lelaki main dengan budak-budak untuk tarik perhatian dorang..cool je bila tengok..hehehe. * mood gatal* HAHA


Bila tengok kanak-kanak menangis sebab sakit..hati pun jadi rasa sayu. Macam-macam penyakit Tim jumpa kat wad ni.. Antara penyakit-penyakit yang selalu ada.. Asthma..Bronchopneumonia, Kawasaki disease, Nephrotic Syndrom, AGE ( cirit birit ) , demam tinggi, Diabetes Mellitus (kencing manis ), Tubercolusis ( TB ) , cholera ( taun ) dan ada jugak penyakit lain-lain..Bila fikir balik-balik, dorang ni masih kecil dan perlu tanggung semua penyakit ni..


">

Apa-apa pun..Tim doakan yang terbaik untuk adik-adik yang sedang sakit dengan ujian yang Tuhan berikan tu..ada hikmah untuk semua tu..rasa sebak bila tengok budak-budak ni batuk tak berhenti-henti..sesak nafas tiba-tiba..kerut-kerut muka tahan sakit..Ya Allah..pedih rasa hati..terasa tak tertanggung ujian bila kena kat atas diri kita sendiri..bila kena sakit bukan bermakna Allah benci kita, tapi sebab Tuhan nak uji kita..keimanan kita..:)

Tim harap pun korang dapat doakan kesejahteraan adik-adik kita yang sedang sakit ni..Mereka masih kecil dan tak tahu apa-apa tapi dah terpaksa menanggung segala macam penyakit di usia yang sangat muda..

dan untuk korang semua pembaca...tak kisah la laki ke perempuan..
Tim nasihatkan supaya bila korang dah kahwin nanti dan merancang untuk dapatkan anak yang sihat dan bijak..

  • Mesti kena tinggal amalan kehidupan yang tak sihat. Contoh ? alahai senang je..merokok la ! Korang orang laki kalau merokok..tak banyak pun sikit mesti ada effect kat baby nanti..so stop-stop la merokok tu ye wahai lelaki bujang..! Untuk perempuan yang merokok..kemungkinan besar bila korang mengandung...anak boleh jadi cacat atau ada masalah jantung.
  • Pemakanan mestilah seimbang..banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi ibu yang mengandung.
  • Minum air masak dengan banyak dan elak makan makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi dan berlemak.
  • Senaman ketika mengandung. Ada cara khusus untuk senaman ibu yang mengandung..Senaman yang sangat mudah dan boleh mudahkan ibu untuk mengandung nanti ! ^^
  • Elak stress. Bila ada masalah, be cool. Jangan cepat melatah dan mengamuk. relaks dan cuba selesaikan step by step. okey ?
  • Sokongan emosi dari si suami. Korang orang laki kena selalu bagi sokongan emosi kat si isteri...baru lah romantik dan ini boleh releasekan tekanan yang si isteri ada..^^
  • Doa dan tawakkal pada Allah..Doa yang terbaik untuk bakal anak korang..Banyak-banyak kan berzikir dan baca ayat-ayat suci Al-Quran..insya Allah anak yang bakal lahir merupakan seorang yang bijak, berilmu dan beriman..amin :)
Okay..tu je tips untuk dapatkan baby comel dan bijak . hehee. ^^ Korang kena ikut okay ? insyaAllah..yang lain kita berserah pada Allah..okaylah semua..esok Tim kene kerja kat wad kanak-kanak lagi ! yaeahhh :)

bai semua ! as salam ^_^

p/s : tetiba teringat kat hospital yang sangat comel ni..kan best dapat kerja kat situ..huhuhu..


Anwar Hadi Di Benci?

Assalamulaikum all readers !

Anwar Hadi dibenci ..?
kenapa kenapa ?

Korang kenal siapa Anwar Hadi ?
Rasanya semua blogger kenal dia kot.
Sebab dia femes boleh cakap orang puteh.hehe =)
Tim suka tengok semua video dia sebab cool~ sangatlah cool !
Korang tak caya boleh tengok sini - Anwar Hadi

ni video yang the latest :


dan Tim suka gila video yang ini. heheh


Dan..
jumpa pulak satu video ni..
tak tahu nak cakap apa.
Korang describe la sendiri apa yang telah dilakukan dengan orang yang
seagama, sebangsa dengan Anwar Hadi ini...





dah tengok kan ?
hanya satu je Tim mintak dari pembuat video ni..

# Korang pergi lah mintak maaf kat Anwar Hadi..
seriously, kalau korang tak suka dia..just ignore je lah all his videos. tak payah tengok dan tak payah dengar. senang kan ?

# Korang sebut nama Tuhan dalam video ni.. (Allahuakbar !)
**lepas tu korang sebut nama binatang yang diharamkan oleh Tuhan dalam video ni.. (babi)

# Korang kata hidung Anwar Hadi besar ..?
**Korang tahu tak siapa pencipta hidung Anwar Hadi yang besar tu ? Korang ke cipta nak tanya sikit ? malas nak cakap sebab mesti korang dah tahu jawapannya kan? So insaflah..tak payah la nak benci-benci sesama Muslim ni..

# Korang panggil Anwar Hadi - Anwar Hadas ?
** alhamdulillah la..semoga korang diberkati dan diampunkan Tuhan yang Maha Esa..amin.

p/s : sifat benci membenci ni sifat syaitan..jadi..hindarkanlah ia.. peace !


Rasa puas dan happy BILA ......


Hai semuuaaaaa ! hehehe. Korang sihat tak ?

Setiap kali online .. Dua benda ni memang tak sah kalau Tim tak bukak. Nak tahu apa benda ? hahaaha~ Rasanya mesti ramai yang serupa macam Tim.. Tim macam korang jugak, bukak Facebook then bukak Blog tercinta :)

Tim mula berblogging awal Jun 2010 sampai lah sekarang. Mula-mula buat macam tahape hape je blog ni. hahaha~ pastu dah lama-lama okaylah sebab dah jumpa, kenal, borak dengan macam-macam blogger . Dapat kenal dengan senior blogger..kawan-kawan baru..hehehe. Overall , memang happy sangat dapat berblogging ! :)

Dulu Tim suka tengok dan baca je blog orang but now Tim dah ada blog sendiri . Serius macam tak percaya sebenarnya. Sebab buat blog ni , bukan semua orang boleh buat . Tak semua orang boleh cerita dan luahkan segala penulisan dia dalam blog. Sebab..blog ni kan boleh dibukak oleh sesiapa jee. Melainkan lah kalau orang tu privatekan blog dia.. Haaa.. yang tu lain cerita .

Bila Tim terjun ke dalam dunia blogging ni..Tim banyak belajar tentang kehidupan. Walaupun ianya sekadar alam maya , tapi ia sangat terkesan dalam hati Tim. Sebab dengan blog, Tim boleh tahu semua benda dengan cepat dan pantas. Kadang-kadang lagi cepat dari Buletin Utama TV3 ..haaaaaaaaa.. cepat tak ? hehehee.. Sebab bila Tim blogwalking..Tim boleh baca macam-macam entry tentang dunia..hal-hal negara luar..yang memang susah Tim nak dapat..

Blog jugak bagi Tim merupakan satu elemen atau medium untuk seseorang menceritakan, berkongsi segala perasaan dan pandangan..Dengan blog kita boleh tukar-tukar pendapat tanpa bersua muka dan berpegang tangan dengan bukan muhrim.. (eh , ni apa kene mengene ? ) hahahaha ~

Bila Tim tulis blog , mesti Tim happy . Happy bila ada orang datang baca dan rasa puas bila ada orang datang komen entry kita. Bagi Tim, follower tu perlu.. tapi Tim tak pernah paksa orang follow blog Tim sebab tu adalah atas keihklasan masing-masing untuk follow..Sebab tak semua blogger suka dengan blog, cara penulisan kita.. so sebab tu lah kita tak boleh nak paksa-paksa orang follow blog kita.. kan kan kannn ?

Bagi Tim, cukuplah orang tu datang dan baca blog Tim..nak komen, alhamdulillah..Tim sangat hargai orang yang datang komen entry Tim.. tanda dia prihatin dan sangat rajin ! hehehehe =) Thanks kepada semua yang sudi komen yee.. Nah cokelat !! :P

Sampai sekarang, bila bukak blog mesti tersenyum jee.. hehehe.
ermm.. puas dan happy bila dapat berblog ! yeahhh :D

hari ni jumpa kawan-kawan blogger yang baru :


Tentang insan yang bernama AKU .



____________________________________________________________


Aku manusia.
Manusia yang asalnya dari kain yang berwarna putih dan kini telah dicorakkan.
Aku tak punya apa-apa.
Aku hanya ada hati dan jiwa yang sangat telus.
Aku manusia.
Manusia macam kau , kau dan KAU.

Aku tak hebat.
Aku tak bijak.
Aku tak cantik.
Aku tak sempurna.
Aku insan biasa.
Aku hanya sebagai manusia.
Manusia yang berperasaan seperti manusia.
Manusia yang berakal dan bernafsu.
Manusia yang banyak cacat dan celanya.
Manusia yang diciptakan untuk manusia juga...

Aku anak perempuan yang sangat degil.
Aku student nurse yang dahagakan ilmu.
Aku kakak sulung yang sangat tegas.
Aku boleh jadi kawan.
Aku juga boleh jadi teman.
Mungkin juga aku boleh jadi sahabat.
Tapi tak semua orang kenal aku macam yang sebenarnya.
Aku lain. Sangat berbeza.
Tak semua orang boleh faham aku.
Mak aku pun tak faham apa yang ada dalam jiwa aku.

Kadang-kadang aku penat jadi manusia.
Sebab aku kena tempuh macam-macam perasaan manusia.
Sedih , marah , kecewa , hiba , gembira ..
Aku penat.
Tapi kalau aku tak jadi manusia..
Aku nak jadi apa?

Kadang-kadang hati aku menangis..
Kadang-kadang hati aku kecewa...
Kadang-kadang hati aku tertanya-tanya..
Kenapa mesti aku tempuh semua ni..?
Kenapa mesti aku lalui dan hadapinya..?
Tiada suara yang menjawab..
sebab aku hanyalah manusia yang kerdil..
Yang hanya meminta belas dan sekelumit harapan..
Harapan yang hanya tinggal harapan..

Setiap kali hati kecil ini menangis..
Aku hiba. Aku terkedu.
Bagaikan tiada siapa yang bakal menemani aku.
Aku seorang diri.
Tanpa teman.
Aku sedar aku siapa.
Aku insan yang hina dan kosong.

Aku manusia.
Iman aku senipis kulit bawang.
Maafkan aku kerana aku tak bisa jadi manusia yang kau mahu.
Maafkan aku kerana aku tak bisa jadi anak yang baik.
Maafkan aku kerana aku tak bisa jadi teman dan sahabat macam yang kau inginkan.
Sebab..

Aku hanya manusia.
Yang tak punya apa-apa.

Maafkan aku untuk kesekian kalinya....

maafkan aku KAWAN..





assalamulaikum semua...





Jom layan lagu ni ! its cool :)


Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

___________________________________________________

Translated into Bahasa Melayu :

Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu

___________________________________________________

suka lagu ni sebab sedap laa. hahaha. takkan la sebab tak sedap kan? rasa sayu je dengar suara Fares ni..thums up laa !
kalau korang dengar lagu ni sampai habis mesti korang jatuh cinta :) awwww.

selamat menjamu telinga.. !
jom la nyanyi sama-sama dengan Tim jommm !


Wahai Wanita seluruh DUNIA !


Welcome picture memang cun melecun kan ? hehe. eh lupa pulak. Assalamualaikum semua... Sorry lama bebeno tak update entry..Maklum la baru balik dari bercuti..ehem ehem..baru balik dari kampung sebenarnye..hehehe.

Tak sangka hari ni 8 Mac 2011 adalah Hari Wanita Sedunia. apesal selama ni tak tahu eh? Ke baru diiktiraf ? hahaha. Entah laa.. Siyes memang tak pernah tahu ada Hari Wanita Sedunia.
Sebab kelmarin Tim ada dapat satu MMS daripada MAXIS..wishing me " HAPPY WOMAN'S DAY".. Tim boleh cakap camni pulak bila dapat MMS tu..

" Ape ke halnya Maxis ni tetibe wish aku Happy Woman's Day..?"

hahaha.Rupa-rupanya memang wujud rupanya Hari Wanita ni..aiyooo. hak hak.
Bagus jugak ada Hari Wanita ni..sekurang-kurangnya wanita rasa lebih dihargai dan disanjungi..Bukan la nak suruh disanjung sangat..Tapi mesti haruslah menghargai wanita..kan kan? cececeee =)

Wanita ni sangat istimewa. Korang lelaki tak rasa ke kitaorang istimewa ? hahaha.
*tetibe bangga*



Korang nak tahu apa kelebihan yang ada pada seorang WANITA?

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada

suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu (isteri dan anak-anak) menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.

Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc….

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

…………………………………….

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Wallahua’lam..



sumber : sini =)



Erm..bila baca semua ni rasa macam insaf sikit kat hati..Senang je rupanya orang perempuan ni nak masuk syurga..Tapi Wanita juga senang nak dihumbankan ke dalam neraka ? Selalunya sebab apa..?? Ermm..tu kena TEPUK DADA, TANYA IMAN laa.. ye masing-masing..





Ni ada lagu untuk korang semua WANITA..

SELAMAT HARI WANITA !!

salam alaik.




Jom Ber Soley Soley ! hahaha.



ok bai !



p/s : mood nak balik rumah makin kuat, so hanya mampu bersoley2 je lahh.. nak bersolek pun boleh..hehehe=)