pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

1 Syawal : Makan megi di tengah hari , sambil teringat rendang Umi :")

Assalamualaikum semua .


Hari ni 1 Syawal bersamaan dengan 30 haribulan 8 tahun 2011. Waah, dah raya ye ? Seronoknya bila raya. Sekarang ni Tim kat atas katil, jam pukul 12 tengah hari. Sambil tengah menaip entry sambil perut lapa bunyik " kriuk kriuk " . *laparnye*


Awal pagi bangun tadi, terus termenung. Aku di pagi raya rupenya. Pakai pun baju kelawar lagi. Lepas bangun terus mandi dan terus online. Ade 16 orang online. Tengok status kat Facebook semua ucapan " Selamat Hari Raya "..Hati jadi sayu lagi. T_T 






Lepas tu gosok baju uniform tiga pasang sebab esok kerja shift petang. Gosok baju sambil dengar lagu raya. Nasib baik tak menitis air mata kat atas uniform tu.. uuuu... T_T sedih lagi. 










Perut bunyi lagi tanda lapar. Alahai, sedapnya rendang ayam , ketupat, sate, kuah kacang, lemang di pagi raya. Aku sorang je sini sorang-sorang tak dapat makan. Ishhh. tak boleh jadi ni. Tim jerang air panas. Takde apa pun nak makan. Dalam almari tu pun ade maggi kawan punye. Perisa kari dengan tomyam :) Tu je la menu makan tengah hari kot. Lepas tu buat air milo. isk isk isk. Jadi laaa. janji tak perut tak bunyi lagi.












Lepas tu megi pun siap. Ini lah makanan tengahari Tim :) Meggi Tomyam.




Makan laju laju sebab lapar sangat !! sambil hirup milo panas sruuuuupppppppppppppp srrrrruuuuuuuuuuuuuppppppppppp :)

* Umi, tengok la ni. Anak umi makan megi je tengahari ni. Sebab cafe sini tutup. uuuu. Pagi tadi makan biskut cicah milo je. * T____T






Alhamdulillah, ada jugak makanan kan? Bila susah tak dapat makanan camni, jadi insaf sekejap. betapa susahnya orang yang takde makanan :")


Terima kasih banyak-banyak buat kawan2 Facebook yang sudi wish dan ade jugak yang perli-perli Tim tak dapat beraya. Cehsssss, tengok la tahun depan aku beraya baju raya aku 5 pasang ! aku buh gambo banyak2 lam facebook dengan blog . HAHA.




hihi. gurau jee. chill bebeh.


" SALAM LEBARAN KAWAN-KAWAN SEMUA"

P/S : "makan rendang ayam dengan lemang tu jangan lupakan orang yang tak dapat nak merasa semua tu pagi ni..Kalau baik hati, meh le hantor rendang sikit kat Hospital Serdang ni.. "


Assalamualaikum.









4 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

Lordskey said...

alahai, sedihnya baca post ni.. tabahkan hati ye tim .. tahun depan letak banyak2 gambar raye ye:)

Shahbri said...

sianye.. same lah kita.. pagi2 round g cari kedai makan, sume tutup, last goreng nugget.. hahah..

wachak said...

assalam tim.

alahai. ciannyer. x per tim. tahun depan raya sakan ya ... he33


selamat menyambut eidulfitri utk tim serta mereka2 yg bertugas di hospital :D

kura said...

haha. balas dendam sampai 5 pasang baju raya kan tahun depan. hekhek.

Selamat Hari Raya. jgn sedih sedih :0