pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Tahun pertama beraya tanpa family tersayang :'(

Assalamualaikum semua.

Oh okay. Sekarang nak tarik nafas dulu. Tarik, hembusss. Tarik, hembusss. huh~ ( relaks )

Petang tadi satu family Tim dah berangkat ke kampung halaman di Ipoh, Perak untuk beraya. Kemudian diorang akan bertolak pulak ke Kelantan untuk beraya di kampung ke dua. Tim tak dapat join ikut sama ke kampung. Sebab?


Alahai jangan lah tanya sebab,
Sebab rasa nak nangis bila nak jawab. Sebenarnya, tahun ni Tim dah pun bergelar Staff Jururawat U29 di Hospital Serdang. baru je 3 minggu jadi staff nurse... Tahun ni Tim tak dapat cuti raya. jadi nak tak nak kena beraya kat hospital aje laaaa :(

Hiba nye la rase, aduhai. Tak pernah rasa jauh dengan family time raya. Setiap tahun, semenjak Tim lahir sampai umur Tim 22 tahun sekarang, inilah first time tak beraya dengan family. Kalau korang ada kat tempat Tim sekarang, apa yang korang rase ? mesti sedih kannn ?

Apa yang Tim boleh lakukan, hanya ambil ni semua satu cabaran. Ikhlas kan hati untuk bekerja dan sentiasa think positive =) takpelah, demi semua pesakit yang Tim jaga..insyaAllah..semuanya akan baik-baik sahaja. Sekali sekala beraya dengan pesakit, apa salahnya kan?? Pahala dapat, silap-silap kuih raya dengan duit raya pun boleh dapat kottt? :p

Alhamdulillah, Tuhan masih beri nafas ini untuk teruskan diri ini berbakti pada masyarakat . Pesakit amat memerlukan jururawat. Jadi, khidmat Tim diperlukan. Semoga raya tahun ini lebih bermakna dengan pesakit-pesakit di wad nanti.

Buat semua kawan-kawan NURSE yang sama nasib macam Tim tak dapat beraya di kampung halaman,

  • Tabahkan hati ye kawan-kawan. InsyaAllah, tahun depan giliran kita pula beraya. =)
  • Bekerjalah niat kerana Allah Taala. Insya Allah, pasti melimpah ganjaran dari Nya.
  • Niatkan dengan wang gaji yang bakal kita perolehi hasil dari kita kerja nanti untuk diberi kepada kedua orang tua kita.
  • Pekerjaan kita sangat mulia, membantu orang yang memerlukan. InsyaAllah diberkati.
  • Sentiasa senyum, amalkan konsep 10 s  ^_^
  • Jangan nangis ye kawan-kawan, kita ada jamuan hari raya kat hospital :P
Last but not least, korang doakan lah Tim kat sini ye. mesti meleleh je air liurTim tengok korang makan rendang dengan lemang ketupat di pagi raya. Tim ni entah cafe bukak ke tak nanti. :(

kesian kannn? 



5 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

wachak said...

assalam tim

Bersabar ya tim. Bila baru kerja mcam tu lah. terpaksa bagi laluan pada staff senior. tahun depan giliran tim beraya dgn family pula. Giliran junior lak kena kerja time raya.

semoga dilimpahi kegembiraan di eidulfitri.

gadis bunga said...

jangan sedih sedih ouh tim . tahun depan mungkin ade rezeki raye dengan family .

tapi , lau sy ada dekat tempat tim punnn , mesti meraungggg . HAHA

shazleenhairuddins said...

wat rilek je tim. tahun depan shaz pulak tak da[at beraye.hihihii.
ape ape pun selamat hari raye yer ^^

♥ MRS ZACKS ♥ said...

Alahai kesiannya dye x dpt beraya. kakak sy pun nurse jugak. mula2 dpt cuti. dh xcited gile nak blik. then tibe2 kne kerja. mmg mnges x brlagu lah dye. huhu pape pun sabar :) Insyaallah pekerjaan yg mulia ni akan diberkati ^^

selamat hari raya tim :)

Far8 budak baik said...

selamat hari raya k..
maaf byk byk tersalah komeng ke..
hehehe..=)