pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Di dewan bedah : Hari ke tiga ( mastectomy )

Assalamualaikum semuaaa :D

Hari ni dah hari ketiga masuk ke dewan bedah. Kali ni punya pembedahan lagi advance ^^.. Korang pernah dengar pembedahan mastectomy @ pembedahan pembuangan payudara ?


Meh sini Tim cerita ye kawan-kawan...

pembedahan pembuangan payudara ni dilakukan untuk pesakit yang mengalami tumor dalam bahagian payudaranya..samada pesakit mengalami barah payudara atau ketumbuhan yang abnormal di bahagian payudara..penyakit ni selalunya akibat keturunan atau kesan pengambilan makanan yang berlemak..

_________________________________________________________________


" Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28. "



Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.


Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

______________________________________________________________________________
sumber : sini



sekarang, Tim nak tunjukkan korang video pembedahan pembuangan payudara seperti yang Tim tengok kat dewan bedah tadi.. video ni dalam bentuk animasi 3D..harap korang dapat sedikit input..^^





Assalamualaikum semua !!


5 juta kali kena komen. meh la komen sini ! :

alp fnd said...

wow..ilmu yg baek..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

blogger daddy ziyyad pernah citer mengenai isu ini dahulu..mmg detail penerangannya

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

alp fnd : hehehe..thanks :)

sahrom : oo yeke..sape daddy ziyad tu ekk..xpenah la pulak dengar,,btw thanks..

intan noorashikin kamarulzaman said...

takut nengokyer .. hope ley bg lebih mndlm tntg tanda2 kanser nie .. n cara nak mencegah .. kalo ade ... :)

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

intan : ermm..takpe..breast cancer ni boleh dicegah..kalau dapat dikesan lebih awal..^^

cara nk cegah? next entry ye..thanks..