pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Bila hujan, penyakit mula datang...


Batuk batuk batuk batukkkk !






Tak suka la batukkk. :(
Batuk pertama start petang tadi, lepas tu berlanjutan ke batuk yang seterusnya sampai sekarang...
Alahai..kenapa batuk..
Tim tak minum ais pun..
Mungkin cuaca kot..terlampau sejuk..
Mana taknya..2 hari dah hujan tak berhenti kat Ganu ni..
sejuk yang amattttt..
brrrrrrr !!

Tim nak makan ubat tapi ubat pulak takde..
Kalau nak pergi Klinik esok memang boleh sebab ubat batuk memang dapat free jee.
tak payah bayar pun..
Tapi malas la..dengan pakai uniform nya nak pergi ambil ubat batuk..
dah la esok ada kelas..

tadi pergi bilik kawan-kawan Tim..
pergi bilik ke bilik cari ubat batuk..
tapi diaorang takde ubat batuk tuu...
kalau ada pun diaorang nak guna sebab diaorang pun batuk..
*sigh*


Nampaknya malam ni terpaksa la tidur dengan batuk yang sangat kuat..
tak selesanya..mesti tak lena tidur..
tak suka la batuk..

Tapi takpe lah,
sakit kecil-kecil ni menghapuskan dosa-dosa kecil..
Sabar ye Tim..

sekadar renungan :)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


p/s : Kawan-kawan, doakan Tim cepat sembuh yaa.. Tim tak suka batuk :(












Hujan dan Terus Hujann !!


Assalamualaikum semua.
Sekarang Tim ada dalam bilik Tim..kat Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu..bilik nombor B220..haha (perlu ke?? ) sape sape nak datang meh le..ade ke yang nak datang? hehehe. Emmm.Korang nak tahu tak? Kat sini hujan tauuuuu. Sejuknya hanya Tuhan je yang tahu..Rasanya dah cukup tebal dah lemak yang terkumpul dalam badan ni..tapi still sejuk gak..Kipas dah tak bukak 2 hari sebab hujan non stop selama 2 hari ni..dasyat kan Terengganu? Kalau pergi jengah Pantai Batu Burok sekarang ni mesti ombak melambung-lambung..eee. takut la tengok ombak melambung-lambung..teringat Tsunami..Masya Allah.


Bila hujan, tak banyak benda boleh buat kan? Duduk je la dalam bilik ni..hari ni Tim online je..ni dari pagi duk online la ni..Tak bukak facebook, bukak blog..tak bukak blog, bukak facebook..Nak lipat kain pun..kain tak kering lagi..ermm..

Kalau hujan, nak pergi kelas pun susah, dah la kelas Tim jauh..kena jalan kaki..pakai pulak baju uniform..habis basah..kasut berendam dengan air..stokin basah lenjun..Payung pun kena pinjam dengan kawan sekelas sebab Tim takde payung..hehehe. Payung Tim hilang laaa..ade sape2 nak bagi pinjam tak? :P


Tapi kita kene bersyukur kan..Walaupun hujan, kita masih ada tempat berteduh yang selesa..
Bilik selesa, katil ada, selimut tebal..ade warmer dalam bilik..atap pun tak bocor..meja belajar..lampu, kipas semua cukup..Nak makan? Boleh masak sendiri sebab kelengkapan semua cukup..
=)

Tapiii....Cuba bayangkan kawan-kawan kita yang lain..ada rumah tapi macam takde..kesian kan?
Kat situlah dorang makan, minum, tidur, buang air,pastu kalau hujan habis basah..sejuk..lapar..sedihnya..
kalau lapar nak buat camana? tahan lapar dan cari makanan pada esoknya? Adusss.laparnya.
Itu kalau ada makanan?
:'(

hiasan (sumber : Google)

Sebab tu walaupun kita berada dalam kesusahan, ingat lah..ada orang yang lebih SUSAH daripada kita..jadi kita kena ucap Alhamdulillah selalu..tanda kita tak pernah lupa padaNya..Yang Maha Pencipta..
Sebab tu kalau Tim makan, pastu Tim tak habis, mesti Tim akan habiskan jugak,.Sebab Tim tak suka membazir..Tim teringat kat orang-orang yang tak dapat makan..Sedih sangat..


So pasni..korang-korang semua, kalau makan, make sure habiskan okey?
Kalau rasa tak boleh nak habis jangan ambil banyak..
(ehehhee. dah macam mak la pulak.)


Okay lah semua.
Tim ada kerja nak buat. Hujan kat luar masih belum berhenti..
Semoga hujan di luar mengajar insan di dalam bilik ini erti BERSYUKUR..
amin.
Salam sayang semua =)