pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Penyakit yang famous dikalangan orang lelaki : ANGIN PASANG . Ramai yang tanya,so...cekidaut !

Assalamualaikum..

Tim saje je buat entry ni untuk jawab soalan beberapa sahabat lelaki Tim yang selalu menanyakan tentang penyakit angin pasang..Sebenarnya penyakit ni selalu terjadi kat kaum lelaki dan kebetulan Tim baru je habis praktikal kat Dewan Bedah semalam..dan apa yang Tim boleh tengok, memang banyak sangat kes tentang penyakit angin pasang yang terjadi kepada pesakit lelaki..

Penyakit angin pasang atau dalam bahasa medikalnya ialah INGUINAL HERNIA adalah penyakit di mana sebarang organ dalaman yang terjujur keluar dari tempat asalnya. Selalunya kes yang Tim tengok adalah bahagian usus yang terkeluar..so dia melepasi ke bahagian kemaluan dan kadangkala ianya sakit.

Kalau nak tengok macam mana rupa hernia ni...jom kita tengok.



okay, yang ini lah penyakit angin pasang. nampak tak benjolan kat celah kelangkang tu?



Yang ini pulak hernia yang terjadi kepada bayi-bayi lelaki sebaik sahaja dilahirkan atau kadang-kadang ia akan muncul bila dah beberapa tahun usia baby tu..ia bergantung..


gambar ni pulak hernia yang terjadi kepada wanita..tapi kes sebegini tersangat lah jarang berlaku.. ^^


Yang ini hernia peringkat teruk dan perlukan pembedahan segera..sebab ianya terlalu besar..takut usus jadi tertekan dan boleh jadi kurang pengaliran darah kat situ..kes macam ni Tim ada tengok hari tu..memang besar lah sebelum bedah, but bila habis bedah dah jadi okay =)



Puncanya ?

1. Beban- Selalu angkat barang-barang yang berat dan ini boleh beri beban pada bahagian bawah badan.
2. Keturunan - mungkin ada dalam kalangan ayah, bapa saudara atau saudara mara yang ada penyakit ni..ingat, anda berisiko..
3. Usia - otot dinding jadi lemah..so berisiko untuk penyakit ni.
4. Gaya hidup - ubah lah gaya hidup anda...seperti biasa, tidak merokok :)
5. Elak sembelit - tekanan pada bahagian perut anda ..

Rawatannya ?

Setakat ini, untuk merawat penyakit ini hanyalah melalui pembedahan..tapi ada jugak rawatan tradisional yang biasa digunakan bagi sesetengah pihak..terpulanglahh.. =)

Tim nak kongsi sikit tentang pembedahan membetulkan penyakit angin pasang ni...Tim ada tengok hari tu pembedahan ni kat dewan bedah, jadi Tim nak kongsi.. ^^

nak tahu lagi tentang HERNIA ? sila klik sini


Ni versi 3D :





Ni versi real punya =)



okay lah. sorry sebab gambar tak sensored kann..anggaplah ianya untuk belajar dan untuk pencegahan masa akan datang..
assalamualaikum semua..jaga diri baik-baik ^^


Di dewan bedah : Hari ke tiga ( mastectomy )

Assalamualaikum semuaaa :D

Hari ni dah hari ketiga masuk ke dewan bedah. Kali ni punya pembedahan lagi advance ^^.. Korang pernah dengar pembedahan mastectomy @ pembedahan pembuangan payudara ?


Meh sini Tim cerita ye kawan-kawan...

pembedahan pembuangan payudara ni dilakukan untuk pesakit yang mengalami tumor dalam bahagian payudaranya..samada pesakit mengalami barah payudara atau ketumbuhan yang abnormal di bahagian payudara..penyakit ni selalunya akibat keturunan atau kesan pengambilan makanan yang berlemak..

_________________________________________________________________


" Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28. "



Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.


Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

______________________________________________________________________________
sumber : sini



sekarang, Tim nak tunjukkan korang video pembedahan pembuangan payudara seperti yang Tim tengok kat dewan bedah tadi.. video ni dalam bentuk animasi 3D..harap korang dapat sedikit input..^^





Assalamualaikum semua !!


Penjual meludah dalam soya ??

Assalamualaikum buddies =D

Tim tak sure la ramai atau tak yang dah tahu pasal ni..tapi pepun, korang layan la video indah ni dulu.



Video ni buat Tim jadi terfikir sejenak.

Betul ke dia meludah?
Kalau tak meludah dia buat apa?

# baca doa?
# tiup plastik kasi kembung?
# atau baca jampi?

Kalau betul orang ni meludah..mesti ada tujuan kan? Tujuan apa ye?? Untuk pelaris mungkin?
Ermm..entah la..Tim tak bukan nak fitnah..tapi sebaik-baiknya penjual tu tahu sensitiviti..Dia kan berada kat tempat awam..dekat dengan Maybank, dekat dengan Shell..bila dia tunduk ke arah plastik tu, orang kat sekeliling akan salah anggap..betul tak??

Lagi satu, memang penjual soya @ air akan tiup plastik dulu ke sebelum ikat?
Kenapa Tim tak pernah nampak pun kat pasar malam?

ishhh..confuse ni.. @_@

Tapi kalau betul la dia tiup udara dalam plastik tu...kalau Tim ada kat situ, errrrr..
Tim tak beli kottt air soya tuu..baik buat air kat rumah..

pesanan Tim, kurangkanlah beli air atau makanan kat luar..sebab kita tak tahu tahap kebersihan dia macam mana...kan kan..berlainan la dengan kalau kita buat sendiri..lagi terjamin...jimat pun jimatt..hehehe^^

p/s : patut laaa..ayah Tim dari kecik lagi marah
betul kalau beli air kat tepi jalan..
dia kata air tepi jalan tak masak betul-betul..
hahaha..lawak mase kecik-kecik dulu..^^

Pengalaman di Dewan Bedah : Hari Pertama :)

phewwww ~ Assalamualaikum guys. Serius hari ni letih sangat kat Dewan Bedah. Hari first masuk hari ni dah macam longgar kepala lutut. Baru hari first ni..haiyaaa..mane taknya, berdiri dari pagi sampai ke petang. Lenguh weh lutut ni..duk tengok doktor buat pembedahan..

Hari ni baru hari pertama kan, tapi Tim dah belajar macam-macam. Mujur lah doktor dan staff nurse baik dan sudi beri tunjuk ajar. Tim dapat belajar apa yang ada kat "intubation trolley" , belajar catat data "vital sign" dalam chart die..belajar kenal alat dan ubat-ubat, dan banyak lagi..

Mula-mula masa masuk Dewan Bedah Umum ni..kitaorang ahli kumpulan diberi orientasi dulu..rupanya banyak dewan bedah yang ada kat sini..antara dewan bedah yang ada..Dewan Bedah Surgikal..Dewan Bedah Orthopedik..Dewan Bedah Bersalin..Dewan Bedah Neurosurgikal..dan ada banyak lagi tapi Tim dah lupa.wahaha. ^^

Kat Dewan Bedah ni suasana dia sangat sibuk..semua doktor dan jururawat sibuk dengan pembedahan..suhu pulak memang sejuk tak tahu nak cakap..pakai baju 2 lapis pun still sejuk lagi..sebab kene suhu yang sejuk adalah kerana untuk melambatkan atau mengelakkan proses pembiakan bakteria dalam dean bedah..^^ perghhh..sejukkkkk !!

Hari pertama ni Tim dah tengok macam-macam jenis pembedahan..semua bilik bedah tim pergi..hehehe..saja nak tengok..dan ambil peluang sebab prosedur pembedahan hari ni semuanya jarang nak dapat..sebab prosedur tu jarang-jarang dilakukan..so Tim apa lagi..tak nak lepaskan peluang !!^^ Bantai tengok semua pembedahan yang ada..hehehe..tamak kann?

Antara pembedahan yang Tim sempat tengok adalah pembedahan laparatomy.Pembedahan ni dilakukan untuk meninjau atau merawat penyakit seperti hamerrhoid ( buasir) atau appendicitis yang mana bahagian bawah dada akan dibelah dan usus akan dikeluarkan untuk melihat sebarang keabnormalan...tadi Tim berpeluang jugak tengok doktor keluarkan buah pinggang dan diletakkan betul-betul depan mata Tim..gile seriau je rasa..hahahha. kecil molek je buah pinggang rupanya..lepas tu baru Tim tahu yang buah pinggang tu dah tak boleh digunakan lagi..sebab dah rosak...

Ni sampel pembedahan laparatomy..tapi diambil dari Doktor Youtube..^^lebih kurang la macam yang Tim tengok kat dewan bedah tadi...





okay ni pulak pembedahan cranioplasty. pembedahan ni dilakukan dengan cara membuka bahagian kulit kepala dan kulit tengkorak untuk lihat sebarang darah beku atau tujuan rawatan..tadi Tim tengok doktor sambungkan balik kulit kepala yang telah dibelah dan doktor jahit semula..^^ wahhh..hebat betul doktor yang buat tu..teruja!!



hermmm. ada banyak lagi pembedahan yang Tim tengok tapi yang dua ni je Tim sempat cerita..nanti Tim cerita lain kali oke..alahai penat rasa nye duduk kerja kat Dewan Bedah tapi seronok sebab dapat tengok doktor buat pembedahan betul-betul depan mata..^^
bai semua.

Tim nak tido dahh..esok nak pergi dewan bedah lagikk!!
hehehe




p/s : tak sabar rasanya nak pergi Labour Room OT, boleh tengok baby pulak..heheheh..














Esok masuk Dewan Bedah.. *gulp*

Assalamualaikum semua pembaca blog Tim...

Tim harap korang semua sihat dan dilindungi Allah selalu ^^..
Sorry lama sangat sangat tak update blog dan tulis something untuk korang..Tim busy sekarang sebab tak lama lagi nak final exam..harap sangat korang dapat doakan Tim..hehehe..

Actually, nak cerita kat korang..esok Tim kene kerja kat dewan bedah..ini pengalaman pertama bekerja kat dewan bedah..perasaan ? wowoott..mestilah berdebar kann..first time kot nak keje kat dewan bedah ni..


So esok masuk kerja dalam 7:30 pagi camtu..then balik dalam pukul 5 petang..esok Tim masuk untuk orientasi dulu..then lusa baru kerja macam biasa.. So esok Tim kene pakai baju macam ni dalam Dewan Bedah..


Kat sana ada macam-macam dewan bedah..Ada dewan bedah orthopedik..( untuk kes-kes kepatahan tulang)..dewan bedah general..dewan bedah bersalin..dan macam-macam lagi laa..

Perghhh..gile berdebar ni..esok la nak tengok orang kene kerat sana..kene kerat sini..fuhh...maybe boleh kott..hahaha..Tim apa yang tak boleh kan? hehehe..


Esok kena lah tolong doktor buat pembedahan, wajib ! sambil tu nak belajar jugak dan ambil pengalaman tengok doktor buat pembedahan secara "LIVE"..^^

hehehe..tak sabar sangat !!!

anyway, esok bila Tim dah dapat pengalaman tu..Tim cerita lgi okee?

babai. Assalamualaikum.^^