Kekok rasa jari jemari nak menaip semula di atas blog kesayangan.
Kesiannye blog ni aduhai..Sorry ye blogku :(
And now, straight to the our topic. aicewah. hihi.
Sekarang usia dah menjejak 23 tahun walaupun cukup umur 23 tahun tu pada bulan September ni.
But sekarang, Tim rasa sudah sampai masanya Tim menuju ke alam yang akan mematangkan diri Tim dan Tim rasa Tim perlu pikul tanggungjawab yang besar lepas ni.
Dan dengan izin Allah , Tim bertunang dengan seorang lelaki pilihan Ummi dan Abi.
Mohamad Al-Hafiz bin Jelani namanya.
Kami sepakat memilih tarikh 20 Jun 2012 iaitu pada Hari Rabu.
"kenapa Rabu, kenapa tak buat hari cuti ? Alaaa..aku tak dapat datangla Tim..."
Sayang-sayang semua, maaf sebab buat pada hari cuti. As korang semua tahu kan, Tim kerja macam mana. Jururawat kerja ikut jadual yang telah diaturkan. So Tim tak boleh elak yang itu. Tim mintak maaf sangat-sangat okeh padan kawa-kawan yang nak hadir tapi tak dapat. But Tim rasa bersyukur sangat-sangat sebab korang dapat doakan untuk Tim . Really appreciated. <3
Kedua-dua pihak keluarga kami tak rancang benda ni begitu lama. Only a few weeks before the majlis kami berdua prepare everything ! Hantaran , baju tunang, semuanya ! Allah helps me a lot .
Syukurrr sangat-sangat. Dan majlis berlangsung begitu sempurna dan tenang.
Kat bawah ni ada sedikit tatapan buat kawan-kawan semua yang tak sempat hadir ke majlis pertunangan kami. Simple tapi sangat terkesan di hati Tim (':
*****
Semua ahli keluarga berkumpul. Waktu tu memang rasa berdebar sangat-sangat. Tapi rasa tenang.
Yang mana ayah saya, yang mana tunang saya ? Yang mana ayah tunang saya ? hihi.
Teka sendiri.
Dan...
Blueberry cheese cake from him <3 Yummy sooo muchy !
Lord of the ring. hehe :D
Cincin ni kami beli bersama-sama mak dan ayah tunang Tim.
Ditemani oleh adik Tim, Basyirah . Tunang kata, avoid beli cincin ada batu. Biar kosong je.
Guess why?
Siapa tahu? hihi. Kalau tahu, share kat ruangan komen bawah tu yee.
Ni sebahagian wang hantaran. Kalau style orang sini.. diaorang bagi wang hantaran sikit sebagai wang deposit la. I dont know why tapi adat je ni. Seumpama macam dorang cop la pengantin perempuan ni. Ehem. :p
Hantaran dari pihak lelaki. Perfumes from Cosway.
Handbeg choosen by me. Tak pernah ada handbag hitam so thats why.
Jam tangan couple. He's also warna biru. Sangat cantik.
Jubah hitam from First Lady Boutique. Sulam dia kemas dan cantik.
Kasut.
All the hantarans untuk pihak perempuan :)
Ni hantaran dari pihak Tim untuk lelaki.
***
Special thanks kepada semua kawan-kawan yang hadir.
Bawah ni semua kawan-kawan Tim yang kerja sekali satu wad di Hospital Serdang. Dari kiri, K. Aziah , K. Sue , me , K. Laily. Dioarang antara yang paling rapat di tempat kerja. Thanks and love u all kakak.
* baju hitam tu single lagi tau* hihik
I am officially engaged !
***
Salah satu suprise yang Tim dapat pada hari pertunangan. Mereka datang.
Tahu siapa ni ? Kawan-kawan Tim waktu Tim study di KUIS dulu.
Dah dekat 4 tahun tak jumpa !
Mereka datang mengejut tup tup dah ada depan pintu rumah. Ya Allah syukurrr sangat-sangat.
Thanks Allah. :')
I love all of them, seriously. Sampai rasa tak nak bagi diaorang balik MMU.
Noor Wahyuna, Siti Aminah, Shariah, dan Nurul Filzah Bakhtiar. Thank youuuu :')
****
Kini Tim tunangan orang dan insyaAllah isteri kepada Mohamad Al- Hafiz tak lama saje lagi. Apa yang Tim harapkan, semoga hubungan ini dipenuhi rahmat Allah dan barakah yang tak putus-putus dari Nya. Amin.
Thanks semua sudi baca.