pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Penyakit yang famous dikalangan orang lelaki : ANGIN PASANG . Ramai yang tanya,so...cekidaut !

Assalamualaikum..

Tim saje je buat entry ni untuk jawab soalan beberapa sahabat lelaki Tim yang selalu menanyakan tentang penyakit angin pasang..Sebenarnya penyakit ni selalu terjadi kat kaum lelaki dan kebetulan Tim baru je habis praktikal kat Dewan Bedah semalam..dan apa yang Tim boleh tengok, memang banyak sangat kes tentang penyakit angin pasang yang terjadi kepada pesakit lelaki..

Penyakit angin pasang atau dalam bahasa medikalnya ialah INGUINAL HERNIA adalah penyakit di mana sebarang organ dalaman yang terjujur keluar dari tempat asalnya. Selalunya kes yang Tim tengok adalah bahagian usus yang terkeluar..so dia melepasi ke bahagian kemaluan dan kadangkala ianya sakit.

Kalau nak tengok macam mana rupa hernia ni...jom kita tengok.



okay, yang ini lah penyakit angin pasang. nampak tak benjolan kat celah kelangkang tu?



Yang ini pulak hernia yang terjadi kepada bayi-bayi lelaki sebaik sahaja dilahirkan atau kadang-kadang ia akan muncul bila dah beberapa tahun usia baby tu..ia bergantung..


gambar ni pulak hernia yang terjadi kepada wanita..tapi kes sebegini tersangat lah jarang berlaku.. ^^


Yang ini hernia peringkat teruk dan perlukan pembedahan segera..sebab ianya terlalu besar..takut usus jadi tertekan dan boleh jadi kurang pengaliran darah kat situ..kes macam ni Tim ada tengok hari tu..memang besar lah sebelum bedah, but bila habis bedah dah jadi okay =)



Puncanya ?

1. Beban- Selalu angkat barang-barang yang berat dan ini boleh beri beban pada bahagian bawah badan.
2. Keturunan - mungkin ada dalam kalangan ayah, bapa saudara atau saudara mara yang ada penyakit ni..ingat, anda berisiko..
3. Usia - otot dinding jadi lemah..so berisiko untuk penyakit ni.
4. Gaya hidup - ubah lah gaya hidup anda...seperti biasa, tidak merokok :)
5. Elak sembelit - tekanan pada bahagian perut anda ..

Rawatannya ?

Setakat ini, untuk merawat penyakit ini hanyalah melalui pembedahan..tapi ada jugak rawatan tradisional yang biasa digunakan bagi sesetengah pihak..terpulanglahh.. =)

Tim nak kongsi sikit tentang pembedahan membetulkan penyakit angin pasang ni...Tim ada tengok hari tu pembedahan ni kat dewan bedah, jadi Tim nak kongsi.. ^^

nak tahu lagi tentang HERNIA ? sila klik sini


Ni versi 3D :





Ni versi real punya =)



okay lah. sorry sebab gambar tak sensored kann..anggaplah ianya untuk belajar dan untuk pencegahan masa akan datang..
assalamualaikum semua..jaga diri baik-baik ^^


Di dewan bedah : Hari ke tiga ( mastectomy )

Assalamualaikum semuaaa :D

Hari ni dah hari ketiga masuk ke dewan bedah. Kali ni punya pembedahan lagi advance ^^.. Korang pernah dengar pembedahan mastectomy @ pembedahan pembuangan payudara ?


Meh sini Tim cerita ye kawan-kawan...

pembedahan pembuangan payudara ni dilakukan untuk pesakit yang mengalami tumor dalam bahagian payudaranya..samada pesakit mengalami barah payudara atau ketumbuhan yang abnormal di bahagian payudara..penyakit ni selalunya akibat keturunan atau kesan pengambilan makanan yang berlemak..

_________________________________________________________________


" Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28. "



Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.


Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

______________________________________________________________________________
sumber : sini



sekarang, Tim nak tunjukkan korang video pembedahan pembuangan payudara seperti yang Tim tengok kat dewan bedah tadi.. video ni dalam bentuk animasi 3D..harap korang dapat sedikit input..^^





Assalamualaikum semua !!