pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Kenanganku Sebagai Blogger


  1. Tarikh lahir blog anda ..
    Blog Tim dilahirkan pada pertengahan Bulan Jun 2010..Tarikh yang tepat tak ingat sebab Tim dah lupa..Sorry =.="

  2. Punca kelahiran blog anda
    Punca? haha, bunyi macam punca penceraian. Actually, tak pernah pun terfikir akan buat blog..Memang takk. Cuma ramai kawan-kawan yang tanya " Tim, ko ada blog tak?" ..Tak tahu nak jawab apa..So dari situ la datangnya keinginan.. Lagi pun Tim tengok ramai kawan-kawan yang sebaya Tim ade blog..So Tim nak try, tengok blog dorang pun comel2 jee. hehe

  3. Orang pertama yang jadi follower anda
    Dah lupa la..kena cek balik ni..

  4. Entri pertama anda sebagai blogger
    Bertajuk "Yihaaaaa!!" di link ini.

  5. Entri pertama anda yang mendapat banyak komen /hits
    Haha.komen? Takde lah banyak mana pun. Paling banyak orang komen at entry ni.
    Masa ni nak exam, so ramai yang wish good luck untuk Tim..baik betul dorang ni..thanks kawan..

  6. Blogger pertama yang anda jumpa ..
    Hahaha, susahnya nak cakap, sebab kebanyakan blogger yang pernah jumpa adalah dalam kalangan kawan-kawan sendiri juga.. Tim tak pernah take part mana-mana function atau perjumpaan blogger2..
  7. Blog yg anda minat ..
    First sekali kalau bukak blog, lepas bukak Tim punya blog, Tim akan ke blog Ben Ashaari..Memang dia idola Tim..Keduanya, Tim akan singgah di blog orang yang berilmu. Selalunya Tim akan ke sini untuk tambah ilmu dan bersihkan jiwa..Banyak ilmu agama yang Tim dapat kat sini..alhamdulillah..Kalau bosan dan nakkan hiburan pulak, Tim pergi jumpa Hamzah Ian atau cuci mata kat TelordiBasuh..Mesti tersengih2 je bila baca blog sempoi dorang..hahaha.
  8. Ceritakan kenangan manis anda sebagai seorang blogger
    Kenangan manis memanglah tersangat manis..Suka bila ramai orang datang Blog Tim..komen2..wish good luck kalau Tim ada competition..kalau time exam..rasa macam semangat je nk jawab exam..Pastu Tim dapat kenal dengan kawan-kawan yang sangat ramai..malah connection tu bukan setakat kat blog je, malah sampai ke Facebook dan Formspring..thanks semua kawan-kawan..Satu lagi kenangan yang memang tak boleh nak lupa bila blogger famous Abg Ben Ashaari follow Blog Tim..Tak sangkanya orang hebat datang follow..dan dia juga ada promote blog Tim ni kat blog dia...Walaupun blog ni takdelah hebat mana..^_^ But really appreciate it bro !! thank u so muchh..

  9. Ceritakan kenanan pahit anda sebagai seorang blogger
    Pernah sekali tu Tim rasa dah putus asa nak update blog dan nak teruskan buat blog..rasa nak padam blog ni..tapi bila fikir -fikir balik..lepas tu macam ramai yang bagi semangat..So Tim tak jadi la, lagipun sebab Tim takde masa sangat nak update..coz lepas ni Tim akan sibuk bekerja dan kerja nurse ni ramai yang tahu kan, kerja by shift..So nak update memang kena curi masa laaa..So sorry kawan-kawan kalau suatu hari nanti Tim akan busy dan busy.. :(

  10. Impian anda terhadap blog anda ..
    Nak jadikan blog ni medan ilmu untuk semua blogger..nak buat semua orang tertunggu-tunggu entry Tim yang seterusnya (amin).. Nak buat orang happy bila baca blog Tim..nak ramaikan followers (insyaAllah), dan juga kalau boleh nak ramaikan pembaca yang betul-betul ikhlas baca blog Tim.. amin ya Allah..

Doa Khusus Untuk Elak Rogol dan Cabul

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak

Di Rogol & Cabul

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Sumber :

http://www.zaharuddin.net/



FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh

  • 18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.

  • 7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

  • 23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

  • 14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.

  • 13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.

  • 8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

  • 6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain

    lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

  • 5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun,Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.

  • 13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

  • 8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, 8 Januari lalu.

  • 17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.

  • 23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

  • 17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.