pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

macam2 benda boleh jadi kat atas dunia ni kan?

tak tahu nak eloberate camana dengan tajuk di atas ni.
aihhh.
Hai kawan-kawan semua.
Bertemu dengan Tim lagi selepas pulang dari Melaka.
Penat, letih, gembira, sedih semua ada.
Alhamdulillah..segalanya dah selesai.
Pengorbanan, usaha, titik peluh semua dah berakhir.
Baru sekarang Tim kena belajar erti pengorbanan yang sebenarnya.
By the way kawan-kawan.
About pertandingan koir tu,
kami dah cuba buat yang terbaik !
Walaupun tak dapat tempat pertama,
tapi kami semua tempat pertama di hati penonton.
Semua penonton suka persembahan kami.
Yeahh.. !!
Tapi pihak juri dah buat keputusan dan kami terima.
Kami bangga sebab dah buat yang terbaik.
tak pe..takpe..next competition kita balun lagi ok?

tahniah buat Zon Selatan sebab menang..


Tapi ada something la Tim nak tanya korang semua kawan-kawan..
Lagu

Tanya Sama Itu Hud-Hud nyanyian M. Nasir

masuk dalam kategori lagu Nasyid ke??

p/s : Sampai sekarang masih pening ..grrrr.

✿Kawan-kawan, saya nak pergi JAUH.. ✿


Hai kawan-kawan !!
Fuh fuh fuh....habis dah bersawang blog Tim ni kan?
Dah lama tak update blog...So sorry dear..
Tim busy sangat sejak dua menjak ni..Jadual padat dengan latihan Koir..

Nak bagitahu korang semua...
Malam ni Tim nak berangkat ke Melaka..
Pergi dengan bas kolej Tim pukul 10 malam ni..
Sampai Insya Allah pagi la kot..
So Tim harap korang dapat doakan keselamatan pergi dan balik Tim
nanti..
Tim ada rasa juga tak sedap hati..
Yelahh. Perjalanan jauh waktu malam dengan cuaca yang kurang baik sekarang ni.
Risau juga apa-apa jadi...
So harap korang dapat doakan.

Eh.
Lupa pulak nak bagitahu kenapa Tim pergi Melaka.
hehe :)
Tim dan kawan-kawan Koir yang lain adalah wakil untuk ke Melaka sempena Pertandingan Koir dan Tarian Peringkat Kebangsaan. Semua Kolej Kejururawatan dari setiap negeri akan terlibat.
Memang saingan agak sengit lah disitu. Yelah, lawan dengan kolej yang hebat-hebat.
Yang Tim paling risau dari Kolej Sabah dan Sarawak.
Dengar cerita orang sana suara sedap-sedap yeh??

Ape-ape pun..
Tim harap sangat Kolej Tim akan JUARA nanti..
Yelah berbaloi la dengan apa yang kitaorang dah berlatih selama ni.
Penat siang sampai ke malam.
Huhu.
Semuanya Tim akan serah pada Allah..
Amin.
Nanti kalau Tim rakam video koir tuh.
Tim bagi korang tengok okay??


Okaylah kawan-kawan. Nak packing barang.
Sebelum packing barang, nak kena selesaikan satu "kerja sekolah" dulu.

Nak tahu apa?
Haa. Ni lah soalan-soalan maut yang Tim kena jawab.
Huhu. Tak sangka baru tinggal Formspring 5 hari dah soalan banyak sampai macam ni.
Isk isk isk...
Seksa jiwa ragaku.

Okay Tim cuba jawabbb...

P/s : Kawan-kawan, jaga kesihatan ye semua.
Cuaca kurang baik sekarang.
Tim tinggalkan korang semua sekejap.
Nanti Tim datang balik 3 hari lagi.

Salam semua :)