pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

pertandingan KOIR institut latihan kementerian kesihatan malaysia anjuran BPL..


Baru baru ni, pada tanggal 021010..kami pelatih Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu bergabung dan
berpadu tenaga dengan pelatih Kolej Kesihatan Awam batu Rakit untuk menyertai pertandingan koir peringkat zon Timur di Kolej Kejururawatan Kuantan..happening sangat sebab ni first time kami join pertandingan macam ni.lebih2 pulak ia melibatkan
bahagian latihan.. ^^

Memang seronok sebab satu :dapat kawan baru yang sangat ramai...kebanyakan dari sarawak..so mmg best sebab dorang semua sempoi..cool dan friendly !! Kitaorang lawan antara tiga buah kolej zon timur.. Kolej Kejururawatan Kuantan, Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, dan Kolej Kejururawatan Jerantut.. Pengalaman ni amat sukar dilupakan sebab kami telah menang tempat pertama selepas bertanding dengan Kolej Kejururawatan Kuantan..wow ! hebat kan? hehehe.

And now kami sedang bersiap sedia untuk bertanding di Kolej Kejururawatan Melaka sebagai wakil untuk zon Timur..pada awal bulan 12 ni...alhamdulillah..semuanya berkat usaha
dan keyakinan serta doa para pensyarah kami..

kita boleh menang kan kawan kawan ?? sure punya laaahh !! yeahhh..
ku doakan kita bakal menggondol tem
pat pertama...
amiinnn ^_^

bawah ni ada photos yang nk kongsi dengan korangg..
enjoy ya !!




nasib baik baju dia colour purple..kalo x, aku nak quit koir nih..grrr ! hahaha

alololo..kau ingat kau chomel? hahaha

bersama sama pasukan KKABR ^^

with sakinah ismail ^___^



boleh tak saya nak jadi perempuan yang SETIA?


cinta.
kenapa kau hadir?
aku tau aku perlukan kau tapi aku tak perlukannya sekarang.
kalau aku suruh kau pergi jauh dari hidup aku,
kau akan pergi tak??

aku bukan benci kau.
aku amat perlukan kau.
tapi aku bingung.
aku rasa aku terlalu mentah untuk memahami kau.
aku tak mungkin dapat hidup tanpa kau.
kau faham kan perasaan aku?

cinta..
kalau aku jauh dari kau,
kau akan datang balik kat aku tak satu masa nanti?
kau tak merajuk kan?
sebab aku tau kau setia.

aku daif untuk terima semua cinta ni.
aku tak lemah, aku juga tak kuat.
salahkah aku cinta pada yang setia?

setia tunggu aku.
sedia menyintai aku sesungguh sungguhnya.
sedia menerima cacat cela kesilapanku.
sanggupkah dia sehidup semati denganku?
susah senang badai melanda dilalui bersama.

diri ini sayu pabila dirinya berkata..
" duit boleh di cari sayangg.tapi hati ni mudah berubah...abang akan penuhi segala permintaan sayang..abang akan cuba bahagiakan sayang.."
mengalir air mata ini...
tatkala ungkapan itu dilafazkan..
aku genggam erat tangannya.
seerat eratnya seperti tidak mahu dilepaskan.

cinta..
kalau itu pilihannya,
aku terima
aku redha.
cuma satu..
sekiranya jodoh ini tidak berpanjangan.
bahagiakanlah dirinya dengan insan itu...
kerana ketulusan hatinya ..
dia berhak untuk mendapat yang lebih baik dari itu....




nukilan : tim
101010 @ 11.30 pm