pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Award dari Cik Cipa =) Trimasss !

Salam semua. Sekarang ni Tim kat bilik, baru balik dari kerja. Tim kerja petang hari ni. Penat memang tak tahu nak cakap lah kann. Pening kepala sebab hari ni wad sangat sibuk. tapi takpelah dah nama pun jururawat kann. =) kene senyum selalu....hehe.

Hari ni dapat award dari seorang blogger yang bernama Cik Cipa.


Comel je kan award nye ? Ada teddy bear lagi. hehehe. Tapi muke die garang laaa.. ewwww.

Ada 3 soalan cepu mas untuk Tim ;

1. Best tak blog Cik Cipa?

hehehe. blog cik Cipa cool..best je..warna pun menarik..tak lah gelap sangat..keep it up cik Cipa !! semoga happy bila berblogging ya !~

2. Ringan ke berat blog cik Cipa ? Senang tak masuk?

Erm..semalam Tim bukak blog cik Cipa..agak lambat la jugak dia loading..mungkin sebab line kureng kot..Tapi malam ni bila bukak, senang pulak nak loading..laju jee..So tak berat la kott..hehehe..

3. Komen tentang cik Cipa ?

tak de hape pun nak komen, lagi pun kita baru je kenal. ehehee. cuma nak ucap semoga sukses dan teruskan lah berblog..niat kene baik bila nak berblog..biar bagi manfaat pada pembaca..
good luck !
=)

okay dah.

thanks a lot. much much.
for the award.


salam =)




Kita tak layak nak hukum dan nilai seseorang sebab kita pun manusia biasa jugak. Bukan malaikat.

Panas ! panas ! Memang panas dunia blog sekarang. Dari dulu sampai sekarang, Tim duk diam je. Padahal memang Tim ikut kisah-kisah blogger yang kena hentam ni satu persatu. Cuma selama ni jadi silent reader je. Saje je, nak tengok..dunia blog yang cukup indah !Kalau buat kronologi ni, memang top lah dunia blogger. Siap buat tarikh step by step. Syiokkk kan?

Lepas satu, satu blog kena hentam. Ape hal sebenarnya ni? Blogger ni kutuk blogger ni, blogger tu kutuk blogger tu .Macam dah tak de keje lain dah asyik nak kutuk sana sini. macam lah bagus sangat nak kutuk-kutuk orang. Kita ni blogger je pun, blogger tu sama maksud dengan MANUSIA. paham ? Manusia tu sama maksud dengan malaikat ke ? Tolong jawabkan boleh?

Kalau tak kenal malaikat meh sini Tim nak ajar. Malaikat ini ada sepuluh yang wajib kita ketahui.Pertama Jibril..tugasnya menyampaikan wahyu..kedua Mikail, tugasnya menurunkan rezeki... bla bla bla. Takkan lah nak ajar pulak kan? Masing-masing dah belajar ilmu tauhid waktu sekolah dulu kan ? Ke tak belajar ? haaaa. kalau tak belajar tu yang payah sangat tu..bawak-bawak lah pergi mencari ilmu Allah baru tahu betapa tingginya ilmu Tuhan berbanding ilmu kita yang hanya hamba-Nya yang sangat kerdil.

Bila kita nak kutuk orang, fikir lah dulu. jangan nak main hentam orang je. Kalau dah tahu kita tu tak perfect, jangan lah mengata orang. Cuba duk diamdiam.Beristighfar ke apa ke lagi baik. Pahala pun dapat, orang pun sayang, hati pun senang. Allah lagi lah SAYANG.

Cuba cakap kat Tim, apa faedah dan fadhilatnya korang kutuk-kutuk sesama blogger ? Dapat cabutan bertuah ke? Dapat hadiah Vios sebijik ? Ke dapat aiskrim pop 3 ketul ? Kalau dapat PAHALA.....ish Tim pun nak jugak kutuk-kutuk orang.. baru syiokkkkkkkkkk kan? masalahnya sekarang, korang yang suka kutuk mengutuk ni..dapat DOSA campo kene maki dengan orang lain..korang pahammm ? kalau boleh tengok la buku catitan amalan belah kiri mesti ko dah tanak kutuk-kutuk orang kan?

Tim cakap ni bukan Tim nak marah sangat sebab Tim tahu sifat marah ni adalah sifat mazmumah atau dengan kata lain sifat syaitan laknatullah. Tapi, fikirlah sikit maruah, air muka orang lain bila dikutuk. Camana hati dia bila dikutuk ...remuk, berkecai..musnah segala impian dia..Kita kena jugak jadi professional..Tambah-tambah pulak bila yang kena kutuk tu perempuan..Perasaan perempuan ni lain bro..Tulus dan mulus..Tim tahu lah sebab Tim pun PEREMPUAN..Hanya perempuan tahu isi hati perempuan camane.. Laki ni boleh tahan lagi..dia masih boleh cool..sebab dia LELAKI..

Bila kena kutuk ni..mesti rasa down down gile kan ? Hurmm. memang pun. Tim dulu ada jugak sorang blogger maki maki Tim . Mesti ramai yang tak tahu kan? Korang tayah la tahu sape..Dia memang femes gila la kot dan dia juge seorang PEREMPUAN. Tapi Tim tak kisah, sebab dia kan femes. Semua orang kenal dia.Tim ni sapa la sangat. Tim redha je apa dia maki. Tim hanya doakan dia sentiasa dirahmati Allah selalu. Kalau dia baca ni..anggap lah Tim dah maafkan kamu dunia dan akhirat. Tim ni tak sempurna. Banyak cacat celanya. Tim ni manusia.Bukan malaikat. Terima kasih atas makian membina itu. semoga kamu bahagia.

Dan jika ada mana-mana blogger yang nak hentam Tim sebab kan entry ni..ingatlah Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang SABAR.

"Hentam dan kutuklah orang selagi boleh kau kutuk. Keji lah orang selagi boleh kau keji. Maki lah orang selagi boleh kau maki. Kelak , kau di dalam kubur yang gelap dan sempit,
KAU JAWABLAH SENDIRI.
Tuhan tu ada, buat apa nak takut ??"

Buat kawan-kawan blogger yang pernah ditimpa musibah..Tim doakan kamu kuat sayangs.



dan buat si kupukupu kecik ... si kupu kupu ungu tumpang simpati pada kamu. Be strong dear.
ALLAH SENTIASA ADA DENGAN KAMU :)

assalamualaikum.

Nak tahu tentang penyakit GASTRIK?


Penyebab sakit perut yang biasa terjadi di kalangan orang dewasa adalah penyakit gastrik @ gastritis. Apakah gastritis? Bagaimana seseorang boleh mengidap sakit gastritis? Adakah penyakit ini berbahaya? Apakah langkah yang perlu di ambil bagi mengelakkan penyakit ini? Itu mungkin persoalan-persoalan yang bermain di fikiran seseorang apabila dimaklumkan oleh doktor punca sakit perut yang dihadapi olehnya adalah gastrik. Hurmm..mesti ramai kat luar sana yang pernah mengalami gastritis kan? terutamanya orang-orang perempuan sebab nak diet ! ahahaha. Tim pun tengah diet, tapi control jaga makan lagi..Tak nak lah ada penyakit gastrik..Okaylah,kat sini Tim nak tunjuk kat korang, apa sebenarnya yang dikatakan dengan penyakit Gastritis.

Apakah gastritis?

Gastritis terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati.


Antara tanda-tanda penyakit gastric/gastritis:

(a) Sakit ulu hati
(b) Rasa mual
(c) Rasa perut kembung
(d) Kemungkinan pesakit juga akan muntah



Adakah penyakit ini berbahaya?

Penyakit gastrik / gastritis di peringkat awal tidak begitu berbahaya, namun jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah.

Apakah punca penyakit gastritis /penyakit gastrik ?

Antara punca penyakit gastritis adalah:
(a) Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal ( jangan biasakan diri macam ni)
(b) Tekanan/stress (stress akan meningkatkan penghasilan gastric juice dalam perut korang, maka lapisan perut akan terhakis )
(c) Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren ( ini ubat tahan sakit dalam bentuk tablet ) dalam jangkamasa yang panjang
(d) Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii
(e) Merokok (lelaki ? stop2 ye merokok...)

Secara semulajadi, apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastric. Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.

Selain daripada itu, merokok, pil penahan sakit dan Helicobacter Pylorii akan menghakis permukaan dinding perut secara sedikit demi sedikit. Ketiga-tiga bahan ini akan memberikan risiko kepada seseorang untuk mengidap penyakit gastritis.

Bagi tekanan/stress pula, apabila stress berlaku, asid gastric akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang.

Apakah langkah untuk mengelakkan penyakit gastrik @ gastritis ?

1. Mengambil makanan mengikut aturan waktu.

2. Elakkan mengambil ubat-ubatan penahan sakit bagi jangka masa yang panjang. Kebiasaan warga emas adalah terdedah bagi pengambilan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang panjang kerana pada waktu itu mereka sering mengalami sakit lutut, sakit-sakit badan.

3. Elakkan tekanan. Belajar cara yang sepatutnya di ambil untuk mengawal stress. Bagi Tim untuk mengelakkan stress perkara yang paling utama adalah kita kembali kepada fitrah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Belajar untuk merasa redha dan sentiasa berdoa. Mencuba membuat yang terbaik tetapi kena yakin bahawa faktor yang menentukan kejayaan, rezeki dan sebenarnya adalah semuanya adalah daripada Allah jua. Namun, usaha perlu juga ada, okey ?

4. Jangan merokok. Jika anda seorang perokok, berhenti dari sekarang untuk kebaikan diri anda dan juga keluarga anda. =) peace !


Jika korang telah mengidap penyakit gastric apa yang perlu korang buat?

1. Makan secara teratur
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam (cili padi, jeruk masam dll)
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe
4. Mengawal stress dengan bijak
5. Elakkan minuman berkarbonat
6. Berhenti merokok

Apakah penyakit ini boleh dirawat ?

Penyakit gastrik @ gastritis boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya. Namun, keberkesanannya bukan dalam masa sehari dua. Jika penyakit ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk terjadi, begitu juga fasa pemulihannya juga mengambil masa. Oleh itu, perkara yang paling UTAMA adalah berdisiplin untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh menerukkan lagi keadaan penyakit ini.
Berita gembira untuk korang adalah penyakit ini boleh sembuh dan tidak perlu pergantungan kepada ubat tetapi dengan syarat langkah yang sepatutnya diambil adalah dipatuhi. Tetapi jika langkah penyembuhan tidak diambil, perkara yang sebaliknya akan berlaku, pesakit boleh tiba-tiba di suatu hari muntah berdarah dan perlu dibedah untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Keadaan ini biasanya amat serius dan boleh membawa maut. Oleh itu, langkah pencegahan adalah lebih baik dari merawat.

p/s : Ingat pesan Tim , makan biar ikut time okehh. Jangan terkena gastrik, nanti korang yang merana !!

babai semua ! =)

Karam Singh He Wale buat hal lagi ??


Tadi jalan-jalan kat Facebook , ada kawan Facebook tag gamba ni kat Tim. Aiseh man. terkejut kawe mak aihhh. HAHAHA. Boleh pulak macam ni. Tak sangka pulak Karam Singh He Wale (bukan nama sebenar dan nama dalam IC) buat hal pulak lagik. Miahahaha. Ape pun halnya korang semua kena tabah laa.

Yang tak tahan bagi pantun POWER punya pantun tuh.. Bukan senang kan nak bagi pantun yang power macam Karam Singh ni.. ( bukan nama sebenar).. Malas nak cakap banyak, korang baca la pantun empat kerat yang memang terkerat habeh ni.. hehehe.. Semoga terhibur =)



p/ s : masih tak dapat tangkap lagi maksud pantun yang kedua tuu..
" burung merpati, didekat lari,
burung sendiri dipegang berdiri.."


garu-garu kepala je dari tadik. :P



okay bai !! :P


Contest Senyum Paling Ceria


Nampak atas ni ? hehe. Rasa nak sengih sekali bila tengok gambar atas ni.
Jom kita senyum sama-sama =)

Cheeseeee !!!

Okay, tak nak cakap banyak. Tim nak join satu kontest yang telah dibuat oleh seorang gadis cantik yang bernama Namee . Harap-harap boleh menang okay..hehee.

Korang nak JOIN ? Klik la kat banner atas tu.. Boleh la join. okay?


Ni gambar yang Tim pertaruhkan.


_______________________________________________________________________

Okay, first of all, harap korang tak gelak tengok gamba kat atas ni . Gambar ni diambil secara tidak sedar oleh webcam laptop Tim. hehehe =) Masa ni memang happy sangat sebab kitaorang tengah lapar dan masa tu tengah tunggu jamuan atau parti kejutan Hari Lahir Puan Lacmidar iaitu puan pengajar kami. Okay sekarang boleh perhatikan muka -muka kami yang memang lapar. Hahaha. Tak boleh blah kan? Rasa nak ngaapppp je orang time tuh. ehehe. tu je kot pasal gambar. Abaikan wajah-wajah kami diatas sebab kami tahu kami tak lawa. Tengok senyuman tu jee. Mahal tuu. muehehe.
______________________________________________________________________________

Tim nak tag;


Alahai Comelnya Hospital ni !!!


Hai semua. Salam 1 Malaysia diberi. Malam ni takde nak update apa pun. hehehe. Terjumpa something pulak malam ni. Something yang sungguh COMEL oke. Korang yang tengok ni mesti cakap comel jugak. Nak tengok tak ? Nak tengok ?

Cuba korang tengok ini.



cuba teka ni gamba apa ? muahaha. Mesti lah gambar patung Hello Kitty kan ? Comel kan patung ni. Okay , sekarang korang tahu patung ni kat mana ?
Patung ni ada dalam sebuah hospital maternity ( hospital bersalin) kat Taiwan yang dibina dengan kos sebanyak 3 juta.
Huiyoooo...mahal tuu.


Apa yang menariknya, hospital ni dinamakan Hospital Hello Kitty @ HK Hospital..
Semua kainan cadar, baju pesakit, baju nurse, baju doktor, selimut, semuanya lah bertemakan Hello Kitty cartoon. Alahai...so cuteee !!







Ni bilik pesakit atau ibu-ibu yang bakal melahirkan baby kesayangan mereka... :)



waaaa..ibu baby suka betul kan kan ??



sangat comel dan cute kannn??


Doktor merawat pesakit..tengok langsir belakang tuuuu !! comel.



alahai....COMEL !!





Serius memang teringin sangat nak pergi hospital ni. HK Hospital, tolonglah amik Tim jadi nurse kat sana . Oh pelisssss !! ( merayu sambil kenyit kenyit mata ) . HAHAHA.



Cuba bayangkan korang ( girls je laaa...) bersalin kat hospital ni. Mesti rasa tenang je kannn..Semua nya Hello Kitty.. !! hehehehe..


+++++++++++++++++++++++++++++++




p/s : heeeee. boleh tak Malaysia buat satu hospital tema Teletubbies ? hehehe. errrrrr.


(okay, sila gelakkan..sekian.) !@#$%^&




semua gambar sumber dari : Doktor GOOGLE :)



SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


Assalamualaikum semua !!


jom kawan-kawan kita meriahkan segmen abg ben ashaari ni..

nak join meh sini meh =)



bai abg ben ! eh eh eh :)

bai semua =)
tehehehe.

Korang rasa korang dah CUKUP bersyukur ?

" Aku ni dah la gemuk, tak cantik, banyak jerawat, takde sorang pun suka dekat aku..Dah laa kawan pun takde, bukan orang kaya pun, kulit pun hitam legam macam bontot kuali, bontot kuali lagi putih, tangan pun tak sama panjang, tulisan buruk macam !@#$%^, kerja lagi la takde, main bola sepak tak pandai, apatah lagi menyelam skuba dan memancing. Memang aku ni diciptakan kat dunia ni takde apa-apa. Aku ni tak guna kan? Semua orang tak suka aku, siapa lah aku ni di mata orang..Mana ada orang nak pandang aku..isk isk isk.."


Ehh ehhh relaks la bang, kak.. oiii.. apa ke halnye nihhh. Cube tarik nafas, lepass..tarik nafas lepas...pastu tahan....eh tak tak.. hahahaha. lepaskanlahhh. okay. Sekarang dah lega kan? Pastu senyummm.. =)


hehehee. apa la aku buat ni? hahaha. Ingat ini sesi terapi oksigen ke nak suruh orang tarik nafas macam tak cukup dah oksigen kat luar.hahaha.

Korang tahu apa makna bersyukur ? Bersykukur tu dari pandangan mata Tim ialah apabila kita menerima segalanya dengan redha dan memanjatkan seribu satu kesyukuran tanda terima kasih kita kepada Yang Maha Pencipta. Cube korang teka, berapa ramai orang kat dunia ni yang tak reti nak bersyukur bila dah dapat sesuatu? Susah nak cakap kannn? Sebab kadang-kadang kita sendiri tak pernah nak rasa bersyukur dengan apa yang dah ada sekarang.

Sekarang cuba korang tengok sekeliling korang.


Dah tengok? Ermm apa yang korang nampak ?

Bilik korang bersepahh? baju banyak tak basuh lagi ? Alat tulis berterabur ? Laptop korang berhabuk ? Buku tunggang terbalik ?
meh sini nak cakap.. korang patut rasa bersyukur sebab masih lagi ade BILIK yang selesa walaupun ianya bersepah , korang masih ada lagi BAJU yang boleh dipakai dan tak perlu korang bertelanjang ke sana sini, korang masih ada ALAT TULIS yang canggih manggih sampaikan pen banyak-banyak kaler boleh jumpa. Korang masih ada BUKU dan LAPTOP yang mahal-mahal walaupun semakin berhabuk sebab korang malas nak bukak buku dan bukak laptop.. ( ini tersangatlah tipunye )

see ?? Pernah tak kita rasa bersyukur ? Pernah tak bila kita tengok baju dalam baldi yang bertimbun, kita cakap..

" ALHAMDULILLAH..AKU MASIH LAGI ADA BALDI DAN BAJU YANG MASIH ELOK..TERIMA KASIH YA ALLAH.."

Apa yang kita cakap ialah..

" ish..malas nya nak pergi basuh baju, tangan aku ni dah krem dah asyik basih baju, kaki pulak lenguh, takde ke orang aku nak upah basuh baju ni..Aku sanggup bayar mahal..Nak pergi mesin basuh guna duit syiling tu malas la pulak nak turun tangga..alahai..kalau aku tak basuh baju ni tak boleh ke..?? "

teruk kan perangai kita ? Apa la nak jadi..

So sekarang, muhasabah diri korang. Sejauh mana korang rasa bersyukur sebagai seorang yang manusia yang sempurna =)

Tim nasihat untuk diri Tim juge..dan untuk semua pembaca...

ingat kata-kata ni :

KALAU KITA RASA SUSAH . INGAT, ADA ORANG YANG LAGI SUSAH DARI KITA .
JADI, HIDUPLAH SEBAGAI SEORANG YANG BERSYUKUR.

thanks for reading guys.
love u.


Bawah ni ada video untuk korang supaya kita rasa lebih bersyukur dengan nikmat yang telah Tuhan bagi pada kita.

tengok tauuuu :)




Kita pergi mana pun mesti beradab kan..? Macam tu jugak bila singgah masuk blog orang ..

Masa kecik-kecik dulu, bila lalu depan orang tua kita tunduk, bila orang datang rumah kita salam, bila orang tua sedang berborak, kita lari jauh-jauh, takut kene cubit dengan mak ayah duk sibuk dengar orang tua bersembang. Semuanyan mak ayah kita ajar adab-adab sebagai orang Melayu amnya.

Tim ingat lagi waktu kecik-kecik, Tim sebagai anak sulung mesti kena jadi contoh pada adik-adik..Kalau umi dengan abi takde kat rumah atau ada hal, Tim yang kena jaga adik-adik. Adik-adik Tim ramai, semua ada orang. Adab-adab dengan orang tua, dengan kawan-kawan, dengan orang yang kita tak kenal semua umi dengan abi Tim ada ajar..Sampai lah Tim besar dan terus membesar..( eh lain macam je ayat ni..) , Tim terus diajar, apa yang Tim tak tahu, umi dengan abi banyak tegur Tim..kalau adik-adik Tim nakal, Tim sendiri yang akan tegur dan marah diaorang..sebab? Tim kan anak sulung.. =)

Bercerita pasal adab..kali ni Tim nak kongsi dengan korang satu adab yang Tim rasa tak ramai blogger yang tahu.. Tim nak cakap tentang ADAB DAN ETIKA BERBLOGGING..
Korang rasa korang dah beradab ke bila masuk blog orang ? Blog orang tu umpama macam rumah tau..Semua yang ada dalam blog dikuasai sepenuhnya oleh tuan blog.. So kepada mana-mana blogger yang rasa masih kurang beretika dan tak tahu makna sivik yang sebenarnya..berhentilah berblogging. Nasihat ini ditujukan khas buat semua termasuk diri ini. =)

ETIKA ADAB-ADAB BERBLOGGER

1. Memberi dan menyampaikan maklumat adalah kerja terpuji bagi membina dan membentuk minda para pembaca . Tetapi ianya mestilah dilakukan dengan penuh adab dan etika . Bertanggungjawab dengan tulisan dan amanah dalam meriwayat .

2. Pertama : Ikhlas , jujur dan suci niat dalam apa jua bentuk tulisan justeru ia diperhati dan dinilai oleh Allah swt sekalipun serapat mana bilik komputer kita dikunci

3. Kedua : Tulis dan riwayat perkara yang benar . Jangan berbohong atau berdusta . Menyembunyikan fakta sebenar dan menukilkan andaian yang penuh hasad dan dusta . Kerana dosa dan neraka juga boleh menerima seorang penulis blog sebagaimana pahala dan syurga juga boleh menerima mereka . Bergantung bagaimana mereka ber"blog" .

4. Ketiga : Berbahasa dan berbudi dalam tulisan tentunya menjadikan hasil karya kita lebih bermutu dan meyakinkan . Kebenaran akan ternoda dengan kalimah dan tulisan yang kesat atau celupar dan berbau fitnah .

5. Keempat : Tulisan yang bertanggungjawab ialah yang diketahui siapa penulisnya . Penulis misteri hanya meletakkan tulisannya setaraf surat layang yang tidak memiliki kredebiliti untuk dipercayai dan diyakini .

6. Kelima : Penulisan menggambarkan karektor penulis . Penampilan gaya dan cara penulisan yang tenang , ceria , jelas dan benar akan membawa pembaca merujuk kepada kehebatan peribadi penulis . Lantaran itu , menulislah dengan jiwa yang tenang dan nurani yang suci nescaya tulisan itu akan meresap dengan tenang ke segenap jiwa pembaca dan membawa ketenangan kepada semua .

7. Ramai penulis mutaakhir ini selain terjebak sebagai penulis upahan untuk menjuarai kepentingan tertentu , terdapat juga penulis picisan yang tidak punya matlamat dalam menulis kecuali menabur fitnah dan menyalakan api permusuhan . Mereka langsung tidak memiliki etika penulisan bahkan tiada juga adab dalam menulis .

8. Mereka menulis seolah - olah mereka bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa memikirkan implikasi atau risiko yang bakal tercetus gara - gara tulisannya . Mereka hanya mementingkan diri sendiri untuk mencapai sebuah kepuasan yang tidak pasti benar atau salah . Penting bagi mereka ialah puas . Mereka tidak peduli kadang - kadang sahabat handai dan rakan taulan sendiri remuk rendam perasaan angkara tulisannya .

9. Hati - hatilah sahabat sekelian , dalam kita menulis di sana terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum kita publish sesuatu tulisan itu . Asasnya ialah bertanggungjawab terhadap tulisan tersebut dan ianya bertunjangkan kebenaran fakta dan nas .

10. Berjiwa besarlah justeru tulisan kita akan membentuk persepsi masyarakat terhadap apa jua isu yang kita bawa , jika tulisan yang kita paparkan adalah tulisan yang meyakinkan bukan menjengkelkan . Maka tulislah perkara yang baik nescaya kita akan dapat natijah yang baik .

Pun begitu , sabarlah ! Terkadang tulisan yang baik dan benar ini akan diserang oleh musuh dan difitnah atau ditohmah kerana mereka tidak senang dengan kebenaran yang dibawa dan mereka cuba mengheret kita menjadi blogger seperti mereka yang penuh dengan hasad , fitnah , kata - kata kesat dan celupar serta sumpah seranah .

Oleh Ustaz Nasrudin Tantawi

Sumber: Etika Adab Blogger
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com

Sekian terima kasih.

Yang buruk jadikan sempadan, kita ambil yang boleh jadikan teladan je ye.. peace !


Kerana Sebijik Tupperware Pink.....

Warnanya merah jambu . Pink tu dengan merah jambu semua orang tahu warna yang sama. Kalau sesiapa yang tak tahu memang dia kena pergi buat medical check up cepat-cepat sebelum hospital atau klinik tutup.
Sayang gila kat tupperware pink tu. Memang sayang sangat. Tak tahu kenapa.

Ohh tupperware pink. Kenapa kau boleh hilang ? Kau pergi mana?

gambar cilok dari Google. tapi tupperware Tim bukan camni. isshh.. ni lawa sangat ni.

Tupperware tu Tim beli sendiri guna duit elaun. Harganya memang tak mahal mana pun. Harga tak sampai RM10 pun,tapi Tim sayang. Nak tahu sayangnye banyak mana? Sebanyak nasi dalam pinggan korang makan setiap hari. Korang cube kira sebijik bijik nasi tu kalau boleh. Haa. banyak tuu la.

Nak tahu camana boleh hilang ? haaa. itulah yang kita bakal bincangkan malam ni. (aisehman)

Ceritanya mcam ni..Hari tu Tim bagi kawan Tim pinjam. dia kata nak isi makanan dalam tu. Tim pun bagi je la. Ala, ape salahnya tolong kawan kan kan. Then, dah lama tu dalam seminggu lebih jugak la Tim mintak la balik.

aku : wehh !@#$% ..aku nak tupperware pink aku hari tu...
dia : (muke terkejut) ehh..tupperware pink yang mana eh??
aku : alaa..tupperware yang kau buat tapau makanan tuu..
dia : ooo..hok tu ehh..aku tak ingat la aku letak mana wehh..hari tu aku letak kat atas meja tu..lepas tu tengok-tengok dah takde..aku rasa ade orang buang laa..
aku : ..............(!@#$%^&*!@#$%^&)
dia : takpe lah, nanti aku ganti aku beli lain ke mu.
aku : ermm..ye laaa. (muke hampa gila)

Dia kata nak ganti tapi sampai sekarang tak ganti-ganti. Tim bukan lah kisah sangat sebenarnya tapi masalahnye kan, bila jumpa Tim tengah jalan takde pun rasa nak cakap, "eh Tim, tupperware ko tu nanti aku ganti yee..aku tak keluar bandar lagi buat masa ni.."
hurmm..takde pun? Jumpa buat muka biase jee..macam takde apa-apa yang berlaku..ermm..
Tim rasa dia dah lupe kot pasal tupperware tu...

Kalau korang berada kat tempat Tim masa ni..apa reaksi korang ? Bengang? Rasa nak bagi penumbuk? rasa tak puas hati? rasa tahape je kan? Ke korang rasa happy bila barang yang korang sayang, dan satu-satunya yang korang ada hilang lepas bagi pinjam kat kawan? huhu. Kalau happy tu memang tipu bebeno la kannn. ish ish.

Mula-mula memang Tim bengang jugak, sebab ye la..kita dah bagi pinjamkan barang kita kann..jaga la elok-elok..ni senang je cakap.." eh hilang la.." "ehh..yang mana eh..??" "eh sorry la..lupe letak mana.."berapa banyak ehhh la kamu nak bagitahu aku. Biar pun ia HANYA sebijik tupperware murah, tapi tu kan hak orang..kita kena la jaga elok-elok..Ni baru sebijik tupperware..pas ni kalau benda lain..? Sumpah la aku tak bagi kau pinjam dah barang-barang aku. Dah terkena sekali..takde dah kot peluang. Sorry.

Benda nampak kecil je kan..?

"ala Tim..tupperware je pun...bukan duit beribu juta.."
"hek eleh Tim..releks laaa..tupperware 2 ringgit berlambak kat kedai.."
" poyo je Tim..setakat tupperware..tu pun nak berkira..menggelabah betul.."
" perlu ke cerita kat entry pasal tupperware..? takde modal la tuu.."

ish ish ish korang ni..ngumpat yee? hehehe.

Bukan la korang..Tim bukan nak sangat pun tupperware tu..Tapi tim terkilan..apesal tupperware yang mudah sangat nak jaga boleh hilang? dah la hak orang..memang la dia kata nak ganti..Tapi Tim rasa dia takkan ganti kot..Sebab Tim tahu " dia " tu jenis orang macam mana..Kita ni, kalau dah pinjam hak orang, jaga la elok-elok macam jaga barang-barang kitaa..
Okat tu je lah nak membebel malam ni. hahaha. Sorry la kalau terpaksa dengar Tim membebel. hehek.

* Buat si peminjam tupperware pink murah yang dibeli kat Mydin Mall..
Ko tak payah la ganti tupperware tuu..Aku dah halalkan dunia akhirat..nanti la aku pergi beli lain..Ko tahu tak betapa susahnya aku nak tapau makanan aku..Dulu aku senang je nak tapau..huhuhu..Tapi takpe lahh..aku tak kisah..kalau tak makan pun takpe. Biar aku kurus sikit.
Lepas ni kalau ko pinjam barang orang jaga la elok-elok.Tak baik hilang kan. Aku tau kau tak sengaja tapi tolonglah belajar jaga elok-elok hak orang. Ni hak aku..aku boleh tolak ansur..Kalau orang lain..? Belum tentu kan?

Okey lah kawan-kawan semua. babai buat masa ni. Jaga diri baik2 okehh. Salam sayangg tupperware pinkkkkk !
peaceee :)





Perlu ke sambut Valentine's Day ?

Assalamualaikum semua pembaca.
Malam yang dingin ni tibe-tibe rasa nak update satu entry . Memang ngade-ngade kan? Sekarang ni dah pukul 11:20 pm dah ada hati lagi nak online sambil update entry. ok fine esok Tim kerja pagi. bangun kena awal kalau tak, habis laa tim. ehehe.takpe kot kan update satu entry ? kan kan kan? ala..Tim janji Tim bangun awal pagi esok. cecece. =)

weh korang, hari ni berapa hari bulan ekk? ermm. baru sehari cuti dah tak ingat dah tarikh ye Tim. ko memang gedik kan?cuti sehari je kot. tidur tak puas lagi. assignment pun tak siap lagi. adoii la. takpe takpe. kita enjoy update entry dulu then kita sambung buat assignments okay? =)

Korang mesti tahu kan 14 Februari ni ada satu hari yang sangat famous, yang disambut oleh seluruh manusia di seluruh DUNIA. Hebat kan hari ni. Takkan korang tak tahu hari apa .. ni tipu la ni. tipu sangat. tahu kan Hari Valentine's yang bagi Tim, perlu ke nak sambut?



Kat bawah ni ada sedikit info yang patut korang-korang semua yang teringin bebeno nak ikut jejak langkah Yahudi ni. Fikirkanlah mana yang baik dan mana yang buruk. Satu faedah pun tak dapat dari menyambut hari tahapa hapa ni. dan rasanya IA AMAT TIDAK PERLU DISAMBUT.

--------------------------------------------------------------------

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambut Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

1)Pendapat pertama

Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

2) Pendapat kedua

Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

i) Versi pertama.

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjarakan serta diseksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

ii) Versi kedua.

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

3) Pendapat ketiga.

Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

4) Pendapat keempat.

Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Sambut Valentine Bagi Orang Islam

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67) Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita bincangkan ini.

Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120).

Kesimpulan yang boleh Tim buat, tak perlu lah KOT nak sambut-sambut benda tak guna camni. Lu ada otak kan, lu pikir baik baik. Hari macam Maulidur Rasul, Hari Awal Muharram tu tak nak pulak sambut . pelik. Nak jugak ikut yang dah terang-terang kapir laknatullah punya hari tu. Ishh. Memang tak faham.

Okay lah semua. Thanks for reading. iloveu lahh. hehehe.


assalamualaikum semua. take care okay =)

Kudis Buta atau 'Scabies'


Apa itu kudis buta?

Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang
bernama Sarcoptes Scabiei.
Perihal Sarcoptes Scabies :
• Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
• Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
• Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
• Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun,
ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah
asuhan.


Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?
Kudis buta biasanya berkait dengan :
1. Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan
selepas mandi air panas.
2. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
3. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
4. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)



Kawasan yang biasa dijangkiti
Tempat-tempat yang biasa ialah :
• Dicelah-celah jari
• Tapak tangan
• Bahagian dalam pergelangan tangan
Kawasan-kawasan lain termasuk :
• Kawasan kemaluan.
• Punggung
• Sekitar pusat.
• Celah-celah ketiak.
• Siku
• Kaki dan buku lali.



Bagaimana ianya merebak?
Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:
• Sentuhan kulit ke kulit.
• Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)


Apakah rawatan untuk kudis buta?
Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen
disapu pada kulit. Ini termasuk:
• Losyen benzyl benzoate
• Krim gamma benzene hexachloride
• Losyen malathion

Dimana ianya disapu?
• Daripada bawah dagu hingga kehujung jari-jari kaki.
• Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan
kemaluan.

gambar : Gamma Benzene Hexachloride

gambar : Malathion

Bagaimana ianya disapu?
• Ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
• Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.
Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.
Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka
ada rasa gatal atau tidak.

Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan
untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.
Pencegahan dari merebak kepada orang lain
1. Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai
rawatan.
2. Rawat seluruh ahli keluarga serentak.

Semoga dapat memberi info pada kamu semua =)