pesakit pesakit saya . sila beratur ye !

Najwa Latif yang Berbakat Besar :)


dah view video atas ni ? Apa pendapat korang ?
Suara dia sangat wow kan? hushh.

Nama girl cute ni ialah Najwa Latif . Kecil lagi budak ni. Kecil-kecil cili padiii :)
mesti ramai yang dah kenal dia kan? Anyway, suara dia sangat lunak . Tim suka dengar.
Ramai yang cakap dia akan ganti tempat Yuna. hehe, tak tahu lah pulak kan ?

Dalam banyak-banyak cover yang dia buat, Tim paling suka yang ini.
Cover lagu KALAU BERPACARAN. Ada satu lagi cover yang dia buat, lagu LOVE ME by Justin Bierber. Yang tu sedap jugakk . Lovely je suara dia :)

bagi sesiapa yang tak kenal dan tak pernah dengar suara dia, boleh la bukak Youtube. Search NAJWA LATIF okeh ?

Selamat Malam semua ...

Entry untuk Umi :")

Assalamualaikum umi,
Umi sihat ? Umi dah makan ?
Abi sihat tak ? Adik adik ?

Tima harap semuanya sihat =) amin.
Masa ni tak tahu kenapa tiba tiba nak buat satu entry untuk umi . Mungkin rindu sangat kot .

Umi,
Umi ingat tak masa zaman Tima dengan Umi 5 tahun dulu ?
Zaman Tima meningkat remaja . Zaman Tima baru nak kenal erti cinta dan hidup sempurna.
Zaman Umi selalu pukul Tima sebab Tima degil sangat sangat.
Tima nakal sangat kan ? Suka buat umi marah kan ?

Umi,
Maafkan Tima sebab ;
Selalu jadi anak yang tak dengar kata.
Tak dengar cakap umi .
Selalu tipu umi .
Selalu melawan cakap umi .
Selalu buat umi nak marah marah.
Bebankan fikiran umi dengan benda-benda yang tak kena pasal Tima.
Tak dapat jadi contoh yang terbaik buat adik-adik kat rumah.
Selalu kena kejut solat Subuh.
Tak nak belajar rajin rajin masa sekolah menengah .
Tinggi suara dengan umi .
Tak pernah bagi hadiah birthday kat umi.
Tak pernah mintak maaf kecuali waktu Hari Raya (itupun bila di suruh)
Bercintan cintun waktu sekolah .
Selalu marah adik-adik.
Selalu bazirkan duit abi.
Boros bila abi bagi duit .
Hiraukan nasihat umi dan abi.
Jeling umi bila umi marah-marah.
Tutup dua-dua belah telinga bila umi tengah membebel .
Dan banyak lagi kan ? Tima tahu, Tima banyak dosa dengan umi & abi , dengan Tuhan , dengan adik-adik .

Dulu masa sekolah, Tima benci sangat kat umi . Sebab umi suka pukul Tima sampai lebam-lebam banyak kat badan, peha, dengan kaki. Tima anggap umi macam penjenayah sebab suka pukul-pukul Tima. Dulu umi garang sangat-sangat. Hanger, rotan, penyapu, batang paip semua umi balun kat Tima kan? Tima boleh rasa pedihnya sampai sekarang. Dulu Tima remaja lagi, otak baru nak jadi matang. Fikiran Tima bercelaru kadang-kadang. Tima nak hidup macam remaja lain. Hidup bebas , boleh keluar pergi bandar, shopping shopping, pergi karoeke, tengok wayang, jalan-jalan sambil cuci mata... Tapi umi kurung Tima dalam rumah. Umi kata tak boleh keluar pergi mana-mana pun. Jangan harap! Nak keluar, nanti umi dengan abi bawak. Beli la apa pun nak beli. Tima jadi benci umi sebab Tima rasa umi kongkong hidup Tima.Umi halang Tima keluar dengan kawan-kawan sebaya Tima. Kenapa umi, kenapa ? Lepas tu, Tima abaikan study, Tima sibuk bercintan cintun dengan lelaki. Tima tengok ramai sangat kawan-kawan ada boyfriend, jadi Tima nak jugak ada boyfriend. Gedik kan ? Memang gedik, tapi itulah remaja. Perasaan ingin tahu dan menyelami rasa hidup sebagai seorang remaja membuak-buak.

Tima ingat lagi, waktu Tingkatan 3, Umi ada bagi Tima satu surat masa tu Tima kat asrama . Tima balik hostel baca surat tu, isi kandungan surat tu buat air mata Tima jatuh dan tak berhenti mengalir .Umi kata, umi nak sangat tengok Tima berjaya dalam hidup . Umi nasihat Tima supaya jangan main-main waktu belajar sebab kena ambil periksa PMR . Umi kata umi harap sangat Tima dapat jadi contoh pada adik-adik .Umi kata dari sekarang, tanam azam dalam hati, AKU NAK BERJAYA DALAM PMR. Umi kata lagi, umi sayang sangat kat Tima.Tima tersentuh sangat baca surat umi bagi tu. Tu pertama kali Tima dapat surat daripada umi dan pertama kali Tima dengar umi cakap UMI SAYANG TIMA SANGAT-SANGAT. Tima terharuuu ! :")

Lepas Tima dapat result PMR, result Tima sikit je. Tak banyak tapi ada la A nye, bukan lah bodoh sangat . =.="
Tapi umi tak puas hati dengan result Tima, umi jadi tak tegur Tima seminggu. Tima nangis. Tima buntu . Tima tak tahu nak buat apa. Tima rasa bodoh sangat, kenapa la aku tak belajar betul-betul. Kenapa la aku main-main? kenapa result aku tak macam orang lain ? Kenapa waktu UPSR dulu aku boleh dapat 5A ? Kenapa PMR dapat 2 A je?
Tima bermonolog dalam hati. Tima rasa nak pergi mintak maaf kat umi tapi rasanya dah terlambat ...So, Umi suruh Tima tukar ke sekolah harian biasa. Dekat dengan rumah, dekat dengan umi. Mulanya rasa berat hati nak tinggalkan sekolah asrama, tapi demi kebaikan diri dan masa depan, Tima tukar jugak.

Bila dapat result SPM, Alhamdulillah. Result Tima buat air mata umi mengalir kegembiraan. Umi peluk cium Tima waktu Tima dapat result. Tima nangis, umi pun nangis. Tu first time Umi peluk Tima kan ? Umi ingat tak ? Tima rasa syahdu je bila dipeluk umi.Terima kasih umi sebab umi buat Tima terharu.

Bila dah dapat result, umi la yang uruskan semua. Isi borang UPU, Politeknik, Unisel, Kolej-kolej swasta, SPA, macam-macam lagi la. Umi nak sangat tengok anak umi ni masuk U kan? Lepas tunggu punya tunggu, Tima dapat 3 tawaran yang lumayan serentak dan sekaligus.

1.Unisel -Diploma Pengajian Am Kanak-Kanak
2. Politeknik Ungku Omar - Diploma Information Technology
3. KUIS - Diploma in IT ( Multimedia)

Tapi Umi suruh Tima pergi KUIS, sebab kat sana International punya dan agak Islamik. So Tima pergi jugak walaupun rasa nak sangat masuk UNISEL atau pun POLY..Walaupun KUIS under kerajaan Selangor, tapi kos belajar sana agak mahal berbanding Unisel dan Poly. tapi sebab Umi dah suruh, Tima ikutkan je la. Tima sayang umi sebab tu Tima dengar cakap umi. Tima tak nak ulang sejarah dulu-dulu. Tima turutkan semua je apa yang umi mahu =)

Dekat KUIS, Tima jumpa ramai kawan-kawan yang baik hati. Sentiasa tolong ketika susah dan senang. Buat kerja final projek sama-sama. Keluar sama-sama. Study sama-sama. Makan sepinggan, tidur sebantal. Semua nya sama-sama. Banyak benda Tima belajar. Belajar hidup berdikari, belajar erti susah payah berjauhan dengan keluarga. Semua nya lahh =) Pointer Tima pun Alhamdulillah sepanjang duduk sana, tak pernah under 3.00 =) Sebab Umi tahu kan Tima minat gila subjek IT dan Multimedia. Tima suka duduk depan laptop dan habiskan masa dengan laptop.
Dan lupa nak bagitahu, abi ada bagi Tima laptop kan waktu Tima masuk KUIS..Sebab Tima ambil subjek IT, mesti kena ada laptop. Abi baik hati, bagi anak dia ni laptop sebijik walaupun pernah rosak beberapa kali, abi beli yang baru,TERIMA KASIH ABI :) Dan laptop yang Tima pakai sekarang ni untk buat entry ni pun abi yang bagi...Alhamdulillah, usia laptop ni dah mencecah 4 tahun . amin.

Masa cuti akhir semester, Tima balik rumah. Umi kata, ada surat dari SPA panggil Tima untuk temuduga. Baru Tima teringat masa lepas SPM umi ada isi borang SPA untuk Tima, umi suruh Tima mintak Ahli Farmasi, Nurse, Medical Assistant dan banyak lagi la. Tima tak ingat. So, umi kata pergi la temuduga tu, ambil pengalaman sedikit sebanyak sebab Tima tak pernah rasa 'feel' camana hadapi temuduga. Nak jugak rasa sekali sekala kan ? Umi kata lagi, takpe lah kalau tak lulus pun temuduga tu, just ambil pengalaman je. jadi Tima pergi je la. Macam Umi kata, AMBIL PENGALAMAN....

Lepas tu, Tima balik semula ke KUIS untuk masuk Semester 3. Rasa excited sangat sebab jumpa kawan-kawan balik lepas plang bercuti. hehehe. Belajar pun macam biasa la. Ada assigment, ada projek. Tu semua perkara biasa. Lepas tu Tima kena ambil kelas Bahasa Jepun. Rasa masa tu tak sabar nak belajar Jepun. Tima ingat lagi, waktu tu Tima tengah ada kelas animation kat Lab Multimedia, abi call. Abi cakap ada surat dari SPA untuk Tima. Abi kata TIMA DAPAT TAWARAN SPA-JURURAWAT PELATIH kat Terengganu. Tima tekejut, tak tahu nak cakap apa. Tima pandang kawan-kawan pastu kawan pelik. Kawan -kawan mesti marah kalau Tima pergi kan? sorry guys. Tima terima tawaran tu sebab Umi suruh. Umi kata kalau terima boleh kerja under kerajaan terus. tak payah bayar PTPTN. Free je semua, then Tima terpaksa ikut cakap umi lagi. Ya, Tima keluar dari KUIS dengan seribu tangisan dari kawan-kawan dan diri Tim sendiri. Berat sangat hati nak melangkah pergi.T_T


Umi,

Sekarang anak umi dah jadi NURSE pun. Sekarang dah semester 6. Lagi 5 bulan anak umi ni bakal jadi kakitangan kerajaan. Bakal kerja kat mana-mana hospital kerajaan. Bakal buat umi dengan abi tersenyum bila tengok anak umi ni pegang Diploma Kejururawatan atas pentas masa KONVOKESYEN nanti.

Umi,
Tima buat entry ni bukan sebab Tima nak bukak pekung di dada, nak bagitahu semua orang tentang apa yang pernah kita lalui, bukan nak berbangga dengan apa yang Tima capai sekarang ni, CUMA Tima nak bagi pengajaran dan pedoman pada adik-adik Tima yang baca entry ni tentang apa yang Tima pernah lalui dari zaman Tima jatuh sampai sekarang. Tima nak diaorang ambil iktibar dengan apa yang Tima pernah lalui. dan Tima nak ucap kan :

TERIMA KASIH UMI :')

SEBAB ;
  • Pernah marah-marah Tima dulu sampai Tima menangis, kalau tak, Tima takkan jadi anak yang baik.
  • Pernah pukul Tima sebab degil sangat, kalau tak mesti hanyut dalam kealpaan.
  • Selalu kejut time Subuh, kalau tak mesti tak solat Subuh.
  • Pernah tampar muka Tima sebab menjawab umi cakap, kalau tak mesti mulut ni celupar .
  • Selalu nasihat kan Tima supaya belajar rajin-rajin, kalau tak mesti dah jadi orang yang tak berguna.
  • Kongkong Tima dari keluar merewang dengan kawan-kawan, kalau tak mesti Tima jadi sosial.
  • Pernah membebel kat telinga Tima, kalau tak mesti tak jadi macam sekarang.

terima kasih jugak sebab sudi jadi MENTARI

terima kasih sebab pernah buatkan kek cokelat yang sedap

terima kasih sebab masakkan untuk Tima dari kecik sampai jadi gemuk macam ni

terima kasih sebab pernah melahirkan Tima walaupun nakal sangat waktu kecik dulu

Tima sayang Umi sangat-sangat !

Umi wanita dan ibu yang terbaik buat diri Tima !


TERIMA KASIH BUAT PUAN NOOR RIHAR BT ABDULLAH ..AKAN KU BALAS JASAMU SEHINGGA KE HUJUNG NYAWAKU..DOAKAN ANAKMU INI BERJAYA MENCAPAI APA JUA YANG DIIMPIKAN DALAM HIDUPNYA..BERIKANLAH RAHMAT DAN REDHAMU UNTUKKU MENERUSKAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN RANJAU DAN ONAK DURI..DOAKAN ANAKMU SENTIASA TABAH DALAM MENGHADAPI SEGALA BENTUK UJIAN YANG ALLAH BERIKAN..KU DOAKAN , DIRIMU SENTIASA DIRAHMATI ALLAH SWT DAN TENANG DALAM KEHIDUPANMU. YA ALLAH YA TUHANKU, KAU KASIHANILAH KEDUA IBU BAPA KU SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANIKU SEJAK KECIL..AMIN.

SALAM SAYANG DARI ANAKMU YANG JAUH,
siti fatimah binti borhan.




Lepas Baca Utusan Melayau...

lepas baca utusan melayau..

anak sedara aku tanya
"liwat" tu apa?
aku jawab
"liwat" tu basikal
anak sedara aku kata pulak
"kalau Pak Lang dah dapat gaji, bagi liwat sebijik boleh?"
aku garu kepala

anak sedara aku tanya lagi
"KY Jelly" tu apa?
aku kata minyak selindar
anak sedara aku mintak aku beli KY Jelly
dia kata "nak letak kat enjin motor Pak Lang"
"nak bagi enjin berkilat, memancar-mancar,lancar dan tak tersekat-sekat"
Lepas dia tanya mana nak beli benda tu?
aku sengeh aja

anak sedara aku tanya lagi
"jubor" tu apa?
aku kata ekzos motor Pak Lang
dia angguk-angguk
maknanya dia faham la tu
dia kata, "Pak lang tak korek jubor Pak Lang ke? Dah hitam legam dah"
aku rasa macam nak bagi penampor

lepas tu dia tanya lagi
"fuck" tu apa?
aku kata keropok cikedis
dia kata "boleh mintak fuck sebungkus"?
aku kata tak boleh, tak baik untuk kesihatan
Dia kata balik. "sekali ni aja"
aku kata tak boleh, tak baik!
lepas tu dia menjerit
"mak, mak nak fuck sebungkus!!"
"Mak, nak fuck, nak fuck!"

Adooi laa!
akak aku jeling semacam aje kat aku
salahkah aku?
abang aku pulak ambik utusan melayau tu dan buang dalam tong sampah

aku capai topi keledar
start motor
pergi jumpa awek..

copy dari sini :)

Pengalaman Kerja di Jabatan Kecemasan :)


Hai everbody. Sihat ke? Lama Tim tak update blog, maafla sibuk sejak dua tiga minggu ni . Sekarang ni sibuk praktikal kat Hospital Sultanah Nur Zahirah . U all tahu kan, Tim sekarang berada di sem akhir , iaitu Semester 6 yang memang menguji fizikal dan mental Tim as a student nurse.. And God Willing habis la study ni bulan enam ni ..amin ya Allah.. First week and second week, kumpulan Tim kena praktikal kat bahagian Jabatan Kecemasan HSNZ ( Hospital Sultanah Nur Zahirah).. Mula -mula nak masuk memang rasa berdebar sangat sangat. Tipu lah kalau tak berdebar kan? Jantung memang dup dap dup dap la. Mana biasa dengan suasana kecemasan. Dari sem 1 sampai 5 asyik duk amik tekanan darah, suhu badan, cek jantung (ECG), bagi ubat,bagi injection, cuci luka (dressing) dan macam macam lagi la :) Tapi kali ni kat jabatan kecemasan. Wow, mesti la prosedur lebih mencabar kan? Dalam kepala otak Tim waktu mula mula masuk sini, terbayang la pesakit-pesakit yang in bad condition macam sesak nafas, accident, jatuh dari tempat tinggi , cedera parah dan sebagainya. ya, memang itu pun yang ramai Tim jumpa.


Masa hari first Tim kat sini, Tim ditempatkan di Red Zone atau Zon Merah . Suasana kat sini agak sibuk sebab pesakit pesakit yang paling teruk akan dimasukkan kat sini. Pesakit kritikal contoh yang baru lepas accident, atau tak sedar diri, akan di bawa ke Zon Merah untuk rawatan. Kerja Tim sebagai student nurse ? Tolong doktor lahh, kalau doktor suruh buat CPR, kena la buat. Kalau doktor suruh bagi injection, jadi kena bagi lahh. Semua yang nurse buat adalah dari arahan pihak doktor. tak boleh main buat jee. Kat Zon ni memang kena semuanya pantas. Tak boleh lambat lambat. Kesian kat pesakit. 


Hari ni pulak Tim kerja kat Zon Hijau. Hari kedua Tim kerja kat Zon ni. Zon Hijau ni menempatkan pesakit pesakit yang takde lah kritikal sangat, means ada penyakit yang tak teruk. Contoh patah kaki, luka yang perlu dijahit, sakit perut, demam, asma..macam2 lagi la. Kat sini best sebab ramai pesakit, hehehe. Kat sini la nak buat prosedur jahit kat tempat luka ke, nak ambil darah untuk ujian makmal, macam-macam lagi la.tapi hari ni Tim ada belajar satu benda baru, masukkan branula (jarum) kat tangan untuk tujuan masuk solution atau orang kampung kata masuk air. Mula mula ada MA (Medical Assistant ) ajar, then dah boleh buat, yeayyy ! Camni la lebih kurang Tim buat tadi. First Tim buat kat lelaki muda, pastu perempuan pregnant. hehehe. Wahhhh, Tim dah berani ! =)

Macam ni la cara masukkan jarum kat tangan yang BETUL.


Pastu jadilah camni ye kawan kawan lepas dah siap..=)
(macam buat kuih la pulak, dah siap2)


Ada satu lagi prosedur yang Tim belajar jugak selain masukkan branula tu. Benda ni, korang nak tahu apa kan? Ni nama nya prosedur Toilet & Suturing ( jahit luka). Woooo. ni sakit wooo.Kalau ada luka terbuka, kena jahit la. Mana boleh biar camtu, masuk kuman, pastu bernanah, lagi teruk jadi. So kena jahit. Tim memang belajar tapi setakat ni Tim tak berani nak buat lagi. Tim hanya membantu je. Tolong doktor apa yang patut.Tapi kalau MA tu suruh Tim buat, teringin jugak nak buat kat kulit orang betul-betul. Camana agaknya rasa dia ehh? Heeee. mesti bestt ! Haaaa..camni lah bentuk jarum untuk jahit luka =) yang panjang tu benang dia.



Lepas dah siap, jadi camni ...


Erm..hehe. Camana perasaan korang lepas tahu pengalaman Tim kerja kat Jabatan Kecemasan ? Gila mencabar kan? haaa.. camtu la life as a nurse..jadi nurse ni memang kena belajar sabar, kuat, dan tahan kena marah. Kalau kena marah tu perkara biasa dah sebab kita bermain dengan nyawa orang. Lain rasanya bila bekerja bermain dengan nyawa orang, InsyaAllah Allah tetapkan hati Tim dalam kerjaya mulia ni. Tim bersyukur sebab jadi nurse sebab Tim boleh tolong ramai sangat orang. Tim jugak boleh jumpa macam-macam ragam orang. kerjaya NURSE ni ajar Tim supaya bersabar, cekal hati, berani hadapi cabaran, dan tolong orang yang sangat memerlukan.

Tim selalu terbayang, bila mak ayah Tim dah tua, dah tak larat, siapa nak jaga diaorang? Siapa nak suap makanan kat dorang, dan yang paling penting dan ramai orang yang tak sanggup nak buat,siapa nak basuh berak kencing dorang? Nanti dah tua kita sebagai anak kena buat semua tu. Tim bila terkenang semua ni mesti rasa bergenang air mata. walaupun mak ayah Tim mda lagi, tapi sakit hidup semua tu kerja Tuhan. Kita tak tahu bila mak ayah kita akan jatuh sakit, jadi Tim anggap kerjaya ni sangat membantu Tim. Tim ada atuk dan opah yang masih sihat. Jadi bila diaorang jatuh sakit, Tim dah pasang niat nak jaga diaorang sehabis baik. =) aminn. * sedih la pulak* isk!



Terima kasih buat kawan-kawan Tim yang banyak membantu sepanjang kita study 3 tahun kat Terengganu ni. Tak tahu macam mana nak lupakan korang, gelak tawa semua, sedih sama sama, buat salah and kena denda pun sama-sama. Tak boleh blahhh kan? hahaaha. Korang semua Kumpulan Ambilan Julai 2008 memang SUPERB la ! Maafkan sahabatmu ini Siti Fatimah Borhan, kalau sepanjang aku ada dengan korang, aku banyak buat salah kat korang =) Serius ni, AKU SAYANG KORANG !


Kami : ( Kumpulan 2/08)






Kelebihan Bekerja di Sektor Awam & Rahsia Lulus Temuduga :)


Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau – risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli ‘banglo’ idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua – duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di’support’ oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya

Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Nak tahu rahsia LULUS TEMUDUGA ? KLIK SINI =)


sumber : sini ^___^

Korang Pernah Masuk Blog Monkey Bonjol ?


Hai semua..Selamat pagi..hehehe..Apa khabar semua..sihat tak? Tim sihat je kat sini..Alhamdulillah..Hari ni Tim nak introduce korang satu blog best..mesti korang tak sabar sabar kan nak tahu..bukan senang Tim nak promote blog orang..tapi kali ni rasa nak promote kat korang satu blog yang bagi pandangan Tim sangat best dan cool..huhuu..Korang try la terjah dulu...Tim promote bukan sebab Tim ada affair dengan dia..ishhh..tidak sama sekali..Tapi saja promote sebab Tim rasa blog dia sangat best.. !!

Tuan blog ni berbangsa Cina..walaupun dia bangsa Cina..tapi mostly kawan-kawan dia semua berbangsa Melayu..kat rumah pun dia borak dgn mak dia dalam Bahasa Melayu...(seperti yang diceritakan oleh dia laaa...)
the \

Tim kenal dia agak lama la jugak, tak pernah jumpa pun..duk main main kenal dalam facebook, formspring gitu je laa..hehehe..jumpa lagi la tak pernah..Dia ni gila gila orangnya..Lepas korang terjah blog dia..korang nilai la sendiri..okay ?

Hari tu Tim ada buat satu entry kat blog ni pasal dia..boleh tengok kat sini..okay?

Nak tengok blog dia? Boleh je Tim nak tunjuk, tapi janji korang mesti terjah okay? hahaha..Entry dia buat semua hasil buah fikiran dia..Cerita tentang dia study kat U..memang lawak sebab lawak dia slamber jeee..kalau tengah tensen, mesti tersenyum je bila baca..Tapi kalau ada lawak yang gila babun sikit, boleh guling guling gelak..Sebab ayat ayat dia memang tak boleh blahh..Ada satu entry yang ini..Tim suka gila..sebab kreatif dan sangat memanggil Tim waktu zaman kecik kecik dulu..Korang mesti pergi baca dan pasti korang akan suka juge..

My Photo


SELAMAT MENERJAHHHH

C I N T A ? ?

Apa nak jadi dengan manusia,

semua benda nak kongsi bersama,

air segelas minum berdua,

konon setia katanya.


Yang lagi dahsyat,

berjalan kemana-mana pun nak berdua,

dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,

macam belangkas sentiasa berdua.

Inilah bahana orang bercinta,

bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.

Inilah sekarang punya remaja,

maaf andai terkasar bahasa,

bukan mengutuk bukan mengata,

semuanya realiti benar belaka.

Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?


Kalau buta dimana matanya?

Ada yang kata cinta itu gila...

macam-macam pengertian remaja,

pening kepala dibuatnya.

Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,

untuk buat suka-suka,

untuk seronok-seronok saja.

Ada yang kata cinta itu,

C - cinta

I - itu

N - nikmati

T - tubuh

A - anda



tak ke melampau namanya?!

Manusia manusia...

Muda-muda dah gatal nak bercinta,

konon dah cukup remaja,

tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,

dah tak tau nak cakap apa,

kalau ditegur bukannya nak dengar kata,

bila nasihat ada-ada saja jawapannya..

darah muda... macam tu la gayanya...

Mula-mula kenal sms dan chat saja,

bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa

dari berkawan jadi bercinta.

Bila dah bercinta...

Bila dah bercinta macam2 ragamnya,

sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,

itulah kata-kata manis si dia.

Bila berjumpa nak berdua aja,

konon nak privasi katanya,

dia tak tau ada orang ketiga,

yelah benda tak nampak di mata.

Mula-mula bercinta semua cantik di mata,

yang panas pun sejuk katanya.

Manusia manusia...

Inilah permainan dunia...

benar kata orang cinta itu buta,

tapi kalau buta dimana matanya...

Inilah yang buat aku tertanya-tanya.

Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,

cinta takkan dapat kalau tak diberi...

Betul ke?


Sukar untuk aku percaya...

Tapi inilah hakikatnya.

Mind is the greatest gift,

gunakan lah sebaiknya.

Cintailah Yang Maha Mencintai...


hasil karya : syuk

Kontest Blog Paling Comel :)

Okay, assalamualaikum.

Kali ni join kontest yang kedua pada hari yang sama =)
auwwwww. Lantak korang la nak cakap Tim gila kemaruk kontes ke apa ke tak sedar diuntung ke gedik ke. haiyaaa.
hahaha.

Tim join kontest ni ikut mood.
kalau rasa nak join, maka ia akan automatik,
jari-jari mulus ni ( mulus ke ? ) akan bergerak mengikut alunan lemah gemalai untuk terus membuat entry.
;D

Anyway guys, ada satu kontest yang menarik ni.


si jelita yang membuat kontest :
sila terjah



nama dia Nurul Nabiela .sangat somel dan cute. umur baru 14 tahun . mude gila kan?
Masa Tim umur sebaya adik nabiela ni Tim baru je belajar menaip komputer, handphone pun takde sebab duduk asrama, cayalah adik ni. hehehe =)

syarat-syaratnya (copy dari blog adik ni)

warga negara MALAYSIA .

semua jantina diterima

ada blog! takder blog .. ditolak !

kena follow blog aku.. tak nak follow takper.. tak der paksaan :)

tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join


tarikh tutup

5.2.2011 ... itupun melebihi 100 orang penyertaan .


hadiah

DUIT menanti anda !

tim tag pulak :


okay siap :)


harap harap menang, walaupun blog takde lah comel mana.
belum cuba belum tahu kan? wish me luck semua.

.THANKS.

Contest Pic Hitam Putih Paling Cool !

Heeeeee :) hello hello assalamualaikum readers !

hari ni tiba tiba rasa nak join satu contest yang best
dari blog ini


Sebelum tu nak tegur si tuan blog !

Hai tuan blog yang comel..
weeeeee, nama kamu Siti Fatimah eh ?
Eh nama kita sama laaaaa..

Saya Siti Fatimah jugeeee =)

hai siti fatimah sana, siti fatimah sini nak join contest kamuuu !
boleh boleh ?

=)

Syarat syarat penyertaan :

(copy dari blog siti fatimah)

1.okay macam biasa korang kena jadi follower blog ni
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*
contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !
4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !
5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1st, Tim dah follow kamu =)
id : Cik Kupukupu Ungu

2nd, letak banner contest kat sidebar- DONE

3rd, buat entry -DONE

Tim pertaruhkan gambar kat bawah ni yeee =)

Cerita pasal gambar :

Kami adalah 8 sekawan yang kini 'membiak' di Kolej kejururawatan Kuala Terengganu.
Kami memegang title sebagai STUDENT NURSE dan kini berada di Semester 6.
Alhamdulillah, bulan 6 ni habis belajar. Kami sangat gile gile dan suka buat apa yang kami suka walaupun orang lain tak suka. Kami gila bergambar dan itu boleh dilihat buktinya daripada gambar di atas.Tim ada didalam gambar di atas, tapi korang semua kena cari sendiri. miahahahaha =)
okay, itu saja, terima kasih.

Kalau saya MENANG, saya nak beli external hard disk campur sikit dengan duit saya, baru boleh beli.
Disebabkan saya dah lama menyimpan keinginan untuk external hard disk, maka saya harap saya MENANG !


tag 5 orang :



okayyy. THANKS A LOT ..








Bila blogger mengidam pancake cicah madu.. :P

Salam everybody :)
Okay hari ni Tim nak cerita al kisah seorang blogger kita yang mengidam nak makan pancake cicah madu.
HAHAHA.


tak tahu pancake cicah madu? tak pernah makan?

pancake cicah madu tu dia lebih kurang rasa cam lempeng yang kita masak kat rumah tu je..
nama orang putih dia LEMPENG, nama melayu dia PANCAKE =P
pancake ni jadi lebih sedap kalau cicah dengan apa-apa yang boleh dicicah..tak semestinya kena dengan madu..
boleh try cicah dengan kari ayam ke, susu pekat ke, jem ke,gula halus pun ada jugak..ais krim pun bolehh..ikut la pada selera masing-masing..tapi jangan la pegi buang tebiat cicah pancake ni dengan sambal belacan atau tempoyak..adesssss :\

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Korang mesti nak tahu sape yang mengidam tu kan kan? hehehe..

sebelum kita tahu siapa si blogger yang mengidam tu..hehehe..
jom kita layan or jamu mata tengok
camane la rupe nye pancake ni yerp?
hehehehe.

meh meh sini Tim tunjuk..




haaaaaa, ni la nama nye pancake.
nak resepi ? hehehe. ade ade.


Yang bagi resepi ni kat Tim blogger yang mengidam tu la. hehehe. ngidam sungguh dia ye ?
Kecian beno Tim kat dia, mesti teringin beno tuuu..ish ish.


Haaaa, ni antara bahan-bahan nak buat pancake. aicehhh. hehehe




ish sedap beno nampaknye pancake ni..mengalir-ngalir madu.. adehhh.




perghhhhh..gulpp :) patut la dia mengidammm...



ni ada buah rasberry pulaakkk..huissshhh..gile arh.



gulp :) telan air liur kejapp. pancake with honey and strawberries =)



nyam nyam nyammmmm :D



ni kalau si blogger ni dapat makan memang habis ni....hahaha




ni pulak pancake with ice cream ..nampak sedap je kann?
huh~memang tergoda iman sape sape tengok. hehehe



dan jeng jeng jengggg..

si pengidam itu ialahhhhh....



Izamir Ridzwan
hehehehe




okay, masa untuk lupakan pasal pancake ye kawan-kawan, takut terbawak-bawak sampai ke mimpi. HAHAHA




BAHAYA letak gambar dalam Intenet ?

Salam semua.
Sihat ke semua ? ?

Tim baru saja lepas baik demam ni =.="
Alhamdulillah, walaupun masih batuk dan selsema masih nak update blog..
Sorry la lama tak update..
Sian blog Tim ni suram je takde sapa nak datang..
bersawang dah kan?
hehehe. tapi takpe laahhh..tak kisahh..
sebab Tim tahu ada seorang pembaca setia blog Ungu Tim ni..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

* buat kamu yang sedang baca ni, thanks sangat-sangat sebab sudi baca blog dan tertunggu-tunggu entry baru daripada saya.. Kamu lah semangat saya untuk update blog selalu..
kamu Kawan Alam Maya yang paling istimewa buat saya :) *

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Okay..sudah lari tajuk. HAHAHA. maaf la, Tim buat sikit penghargaan pada yang setia dengan Blog Tim ni..maseh sangat-sangat...

Okay, berbalik pada tajuk entry...
Kenapa post kali ni tajuk dia camtu?
Memang Tim nak tunjuk korang semua bahaya nya letak gambar kat internet ni..
Tapi Tim nak tunjuk gambar je.
Korang boleh nilai la sendiri oke?

Ambil mana baik, yang buruk tu tinggalkan..okeh semua??

================================================================


Nampak gambar kat atas ni ? haaaa..muka dia macam ala-ala Jepun sikit kan? maybe la..Tim pun tak tahu jugakk.. Ni gambar ASAL dia..

Mungkin ada orang nak khianati atau dengki dengan dia..
Ada lah seseorang pergi edit gambar dia ni..


terus lah bertukar...








takpelah, yang ini comel lagi kan??





kita tengok yang lain pulakk.




errrrr..nak komen apa apa tak??
okay la KOT, jadi Batman kan..

okay teruskan.





Doraemon...?? errrr..





*nak gelak, tapi tahan*





(yang ini memang tak boleh nak terima ... =.=")






ishhh..agak-agak la nak aniyai orang pun...






lastly ....



TITANIC ??

===================================================================


Erm, tu lah manusia..Susah la kalau ada orang dalam dunia ni penuh dengan sifat hasad dengki dan tak boleh nak tengok orang lain hidup senang dan gembira..Tak tenang la hidup orang cam ni kan? Sentiasa iri hati dengan orang...So korang kalau nak bubuh gambar-gambar tu..beringat lah..Biar berbatas..Fikir dulu..Tim nasihat ni untuk diri Tim juga...Kalau ada orang nak sakitkan hati kita, burukkan kita kat laman cyber ni sekejap je kan..? Edit-edit pastu sebar kat Internet..
Yang kat atas ni okay lagi la sebab MANGSANYA = LELAKI...
Kalau perempuan? Nak jawab apa? Muka terpampang kat depan, badan orang lain??
Masya Allah.
takut betul..


Nauzubillah kan?
Sama-sama kita berdoa semoga dijauhkan dari segala bala tersebut.
amin.

Okay lah kawan-kawan, semoga dapat iktibar..

SALAM..